Selangor, 26 September 2024 – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah mengubah suai dua stor lagi untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam ruang yang baharu. Lebih RM3 juta telah dilaburkan untuk mengubah suai kedua-dua Lotus’s Ampang and Lotus’s Mutiara Damansara. Ini mencerminkan komitmen jenama ini dalam mencipta pengalaman membeli-belah yang memuaskan, dan untuk mengalakkan suasana di mana para pelanggan merasai keceriaan dalam membeli-belah dan rakan-rakan kerja berasa bangga dalam menjalankan tugas masing-masing.
Perkara yang diutamakan adalah penambahbaikan estetika stor- seperti paparan produk, susunan, aliran dan hiasan dalaman. Terdapat beberapa perkara lain yang tidak berubah seperti pilihan produk yang pelbagai, kualiti produk dan harga yang rendah.
“Keseluruhan penampilan dua stor tersebut kini tampil lebih menarik dan moden berbanding dengan sebelumnya. Sebagai contoh, suasana stor telah bertambah baik dengan pencahayaan yang lebih baik dan dilengkapi dengan paparan gondola kreatif di mana produk dapat dipamerkan dengan lebih jelas berbanding dengan sebelum ini. Beberapa rak juga telah ditambah untuk memberikan pilihan produk yang lebih komprehensif”, kata Neil Gurusamy, Pengarah Operasi di Lotus’s Malaysia.
Stor-stor di Lotus’s telah menjadi sebahagian yang penting dalam komuniti selama beberapa tahun. Peruncit ini memahami atas peranan penting yang dimainkannya dalam kehidupan pelanggan tempatan, terutama semasa musim perayaan. Untuk meraikan pengubahsuaian kedua-dua stor, Lotus’s mengadakan promosi istimewa selama 5 hari dan pelbagai aktiviti mesra keluarga dari 26 September hingga 30 September 2024.
Hadiah dan Lotus’s e-Baucar untuk Menang
Sampel Percuma dan Kumpul Barangan Percuma di Ceria-Yah
Activiti dan Tawaran Lotus’s Mall yang Menarik
Lotus’s Malaysia dijangka akan mengubah suai lebih banyak stor sebelum akhir tahun.