Lotus’s Malaysia Selesai Pengubahsuaian Stor Ampang dan Mutiara Damansara

Lotus’s Malaysia Selesai Pengubahsuaian Stor Ampang dan Mutiara Damansara

Selangor, 26 September 2024 – Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah mengubah suai dua stor lagi untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan dalam ruang yang baharu. Lebih RM3 juta telah dilaburkan untuk mengubah suai kedua-dua Lotus’s Ampang and Lotus’s Mutiara Damansara. Ini mencerminkan komitmen jenama ini dalam mencipta pengalaman membeli-belah yang memuaskan, dan untuk mengalakkan suasana di mana para pelanggan merasai keceriaan dalam membeli-belah dan rakan-rakan kerja berasa bangga dalam menjalankan tugas masing-masing.

Perkara yang diutamakan adalah penambahbaikan estetika stor- seperti paparan produk, susunan, aliran dan hiasan dalaman. Terdapat beberapa perkara lain yang tidak berubah seperti pilihan produk yang pelbagai, kualiti produk dan harga yang rendah.

“Keseluruhan penampilan dua stor tersebut kini tampil lebih menarik dan moden berbanding dengan sebelumnya. Sebagai contoh, suasana stor telah bertambah baik dengan pencahayaan yang lebih baik dan dilengkapi dengan paparan gondola kreatif di mana produk dapat dipamerkan dengan lebih jelas berbanding dengan sebelum ini. Beberapa rak juga telah ditambah untuk memberikan pilihan produk yang lebih komprehensif”, kata Neil Gurusamy, Pengarah Operasi di Lotus’s Malaysia.

Lotus’s Malaysia Selesai Pengubahsuaian Stor Ampang dan Mutiara Damansara
Lotus’s Malaysia Selesai Pengubahsuaian Stor Ampang dan Mutiara Damansara

Stor-stor di Lotus’s telah menjadi sebahagian yang penting dalam komuniti selama beberapa tahun. Peruncit ini memahami atas peranan penting yang dimainkannya dalam kehidupan pelanggan tempatan, terutama semasa musim perayaan. Untuk meraikan pengubahsuaian kedua-dua stor, Lotus’s mengadakan promosi istimewa selama 5 hari dan pelbagai aktiviti mesra keluarga dari 26 September hingga 30 September 2024.

Lotus’s Malaysia Selesai Pengubahsuaian Stor Ampang dan Mutiara Damansara

Hadiah dan Lotus’s e-Baucar untuk Menang

  • Siapa Cepat Dia Dapat – belanja RM80 dalam satu resit dan peluang memenangi produk jenama Lotus’s bernilai RM40 (50 pemenang)
  • Timbang, Pastu Menang – dapatkan minimum 40kg setiap troli dan membawa pulang baucar tunai RM20 (100 pemenang)
  • Cabutan Bertuah– belanja minimum RM120 dalam satu resit dan peluang membawa pulang Lotus’s e-baucar bernilai RM200.
  • Jadi salah satu daripada dua ahli My Lotus’s yang baru daftar yang bertuah untuk memenangi iPhone 16 Pro yang baharu atau Lotus’s e-baucar bernilai RM500.

Sampel Percuma dan Kumpul Barangan Percuma di Ceria-Yah

  • Rasa, beli dan kumpul barangan percuma dari 8 jenama yang menyertai di Lotus’s Ampang dan 7 jenama yang menyertai di Lotus’s Mutiara Damansara.
  • Nikmati tawaran seperti Beli 1 percuma 1 atau Beli 2 pada RM3, dapatkan ganjaran yang hebat seperti RM50 Touch n Go reload, Sunway Nights of Fright tiket bernilai RM258, RM20 rebat dan banyak lagi.
  • Jenama yang menyertai adalah CP Foods, Milo Intense, Harvest Gourmet, Spritzer, Sunquick, Dugro Aptamil, Sasa Foods, Libresse, Nuuna, Ayamas, Nescafe, Saji, MamaRai, Maggi dan Nestum.
Lotus’s Malaysia Selesai Pengubahsuaian Stor Ampang dan Mutiara Damansara

Activiti dan Tawaran Lotus’s Mall yang Menarik

  • Nikmati tawaran istimewa dan penjimatan sehingga 70 peratus dari kedai peruncit, makanan dan minuman yang terlibat di Lotus’s Ampang dan Lotus’s Mutiara Damansara.
  • Daftar untuk aktiviti Lukisan Batik dan Reka Personalized Acrylic Coaster dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Ampang.
  • Temui Jojo, kambing jenis pygmy dan rakan-rakannya di Mini Petting Zoo dengan perbelanjaan minimum RM20 di Lotus’s Mutiara Damansara.

Lotus’s Malaysia dijangka akan mengubah suai lebih banyak stor sebelum akhir tahun.

© 2024 BlackButterfly DesignArts