Shah Alam, 26 Mac 2024 – Dibawah kempen RamRaya, Sama-Sama Riang Berganda, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) menghayati keistimewaan bulan Ramadan dengan kerja amal, sokongan komuniti dan usaha sukarelawan di empat lokasinya di Semenanjung Malaysia.
Bersama rakan amal, Food Aid Foundation, sesi #KitakanJiran Ramadan Cookout ini merupakan tahun ketiga ianya dianjurkan, dan kali ini lebih dari 100 sukaralewan Lotus’s telah turut serta bersama untuk menyumbangkan masa mereka dan menyediakan dan mengagihkan 2,000 juadah berbuka puasa kepada rumah kebajikan, surau dan masjid yang berdekatan di Kota Bharu, Seberang Jaya, Melaka dan Shah Alam. Lebih bermakna lagi dengan adanya sokongan dan penyertaan dari pelbagai jenama terkenal seperti Adabi Consumer Industries, Kara Marketing, Coca-Cola Companies, Harold’s Bread, Empire Sushi, HomePro, Fun Kids, Kings Confectionery, Tealive, M&M Playland, G Accessories, dan syarikat animasi tempatan, Animonsta Studios Sdn Bhd (Animonsta).
Azliza Azmel, Pengarah Khidmat Korporat Lotus’s Malaysia berkata, “Tahun ini, kami telah berniat untuk berkongsi keberkatan bulan Ramadan dengan membawa keriangan kepada golongan yang kurang bernasib baik, serta memupuk perasaan kesyukuran dan bertanggungjawab terhadap komuniti dalam setiap warga kerja Lotus’s. Sesi penyediaan dan pengedaran juadah tahun ini juga lebih menyentuh hati dengan adanya ramai warga kerja Lotus’s dari stor dan ibu pejabat yang menyertai dengan bersadaqah masa mereka untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk 200 anak-anak dari enam rumah kebajikan dan sebuah sekolah”.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua rakan niaga kami yang sangat bermurah hati kerana telah menyumbangkan pelbagai produk dan baucar yang secara keseluruhannya bernilai RM28,000 untuk kegunaan anak-anak ini dan rumah kebajikan yang didiami mereka”.
Di samping itu, tahun ini merupakan julung kali Lotus’s berkerjasama dengan syarikat animasi tempatan, Animonsta, dan ini telah menyediakan ruang dan memberi peluang untuk anak-anak berinteraksi dan menyertai aktiviti-aktiviti seperti Meet & Greet bersama BoBoiBoy dan Mechamato, BoBoiBoy Galaxy Run, anyaman kertas dan lukisan batik. Ramadan bertambah lebih istimewa dengan penyediaan 2,400 bekas bubur lambuk untuk orang ramai oleh Adabi dan sukarelawaan Lotus’s di Melaka dan Shah Alam.
Di sesi terakhir #KitakanJiran Cookout dan iftar bersama komuniti di Shah Alam hari ini, Lotus’s telah menyambut lebih dari 40 kanak-kanak dari Pertubuhan Kasih Bestari, sebuah pusat yang berdedikasi untuk mendorong dan membesarkan anak muda untuk mencapai potensi mereka sepenuhnya agar menjadi ahli masyarakat yang berguna. Dengan adanya aktiviti seperti ini, Lotus’s bersama rakan niaganya telah dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak dari rumah-rumah kebajikan seperti Rumah Tunas Harapan, Rumah Anak Yatim Darul Kautsar (Kelantan), Pusat Jagaan Permata Kasih Mengkuang, Madrasah Tahfiz Darul Ukasha (MTDU), Pusat Jagaan Nasyiatul Aisyiyah (Penang) dan pelajar-pelajar SMK Bukit Katil (Melaka) yang kurang berkemampuan.
Selanjutnya, sukarelawan dari 15 cawangan Lotus’s turut menjalankan aktiviti-aktiviti tersendiri sepanjang bulan Ramadan, seperti menyumbangkan juadah dan minuman untuk Moreh dan Khatam Quran di masjid dan surau yang berdekatan.
Pada awal bulan Mac, Lotus’s Malaysia telah melancarkan kempen Sama-Sama Riang Berganda yang menawarkan pelbagai promosi dan ganjaran sehingga 24 April 2024. Kempen selama 10 minggu ini memberi pelanggan penjimatan sehingga 50 peratus untuk barangan seperti makanan, minuman, bahan-bahan segar, pakaian, peralatan dapur dan sebagainya. Pelanggan juga boleh mencuba pelbagai makanan dan minuman dari 25 jenama terkenal sebelum membuat pembelian di Lotus’s Raya World yang terdapat di 22 cawangan peruncit itu. Lebih menyeronokkan, pelanggan juga dapat menyertai akitiviti Raya World Roadshow yang akan berlangsung di Melaka Peringgit (30 Mac – 31 Mac 2024) dan Kota Bharu (6 April – 7 April 2024) untuk memenangi pelbagai barangan jenama Lotus’s dan baucar.
Untuk memeriahkan sambutan Ramadan dan Hari Raya, BoBoiBoy Malaysia akan menjalankan aktiviti-aktiviti yang direka khas untuk keceriaan keluarga-keluarga dan kanak-kanak di 11 Lotus’s Malls yang terpilih. Aktiviti-aktiviti ini termasuk sesi Meet and Greet bersama BoBoiBoy, permainan digital interaktif seperti Galaxy Run dan Roblox, bengkel seni dan kraf serta pelbagai pertandingan yang menarik.
Pelanggan boleh merujuk kepada media sosial rasmi Lotus’s untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti menarik yang disediakan di bawah kempen Sama-Sama Riang Berganda.
Lampiran 1: Penaja-Penaja Lotus’s #KitakanJiran Ramadan Cookout
Pembekal
1. | Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. (Adabi) |
2. | Kara Marketing (M) Sdn. Bhd. (Santan Kara) |
3. | Coca-Cola Refreshments Malaysia Sdn Bhd (Fuze Tea) |
Rakan Niaga Pusat Beli-Belah Lotus’s
1. | Harold’s Bread |
2. | Empire Sushi Sdn Bhd |
3. | G Accessories Sdn Bhd |
4. | M&M Fun Kids Sdn Bhd |
5. | Small Small Amusement World Sdn Bhd |
6. | Rainbow Fashion (Melaka) |
7. | King’s Confectionery Sdn Bhd |
8. | Home Product Center (Malaysia) Sdn. Bhd. (HomePro) |
9. | Loob Integrated Sdn Bhd (Tealive) |
Lampiran 2: Cawangan Lotus’s yang Menjalankan Aktiviti Komuniti Tempatan
Lembah Kang | Ampang, Puncak Alam, Jenjarom, Kajang, Shah Alam |
Utara | Seberang Jaya, Seri Iskandar, Jitra, Sungai Petani |
Selatan | Eco Tropics, Seri Alam, Parit Raja |
Pantai Timur | Indera Mahkota, Kota Bharu |
Lampiran 3: Senarai Cawangan Lotus’s Raya World
Lembah Klang | Kepong, Ampang, Cheras, Bukit Beruntung, Puncak Alam, IOI City Mall, Jenjarom |
Utara | Ipoh Garden, Manjung, Seri Iskandar, Penang E-Gate, Penang Sungai Dua, Bertam Perdana, Bagan Ajam, Mergong, Bandar Puetri Jaya, Stargate |
Selatan | Desa Tebrau, Melaka Peringgit, Bahau, Parit Raja |
Pantai Timur | Indera Mahkota |
Lampiran 4: Sesi dan Lokasi Lotus’s Celebrate Raya with Boboiboy’
29 Feb – 7 April 2024 | Ampang |
26 Mac – 7 April 2024 | Shah Alam |
28 Mac – 7 April 2024 | Mergong, Desa Tebrau, Indera Mahkota |
Lokasi dan Sesi Meet & Greet bersama BoBoiBoy | |
26 Mac 2024 | Shah Alam |
29 Mac 2024 | Desa Tebrau |
30 Mac 2024 | Seremban Jaya |
31 Mac 2024 | Indera Mahkota |
6 April 2024 | Mergong |
7 April 2024 | Kajang |