Memelihara kulit sensitif dan merangsang deria anda
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2024 – Aveeno® dengan bangganya memperkenalkan Losyen Energizing Daily Moisturizing baharu, penambahan sofistikated kepada rangkaian penjagaan kulitnya yang terkenal. Ia memberikan penghidratan selama 24 jam yang terbukti secara klinikal dan melegakan kulit sensitif, memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari. Dipertingkatkan dengan aroma sitrus segar daripada limau gedang dan delima, ia bertindak menyegarkan mood anda selepas penggunaan!
Losyen Daily Moisturizing Energizing Aveeno® diperkaya dengan oat koloid, yang secara selektif menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma kulit sihat dan meningkatkan tahap asid laktik, justeru meningkatkan lagi manfaat pelembapannya. Selain itu, formulanya yang cepat menyerap dan tidak berminyak bersepadu dengan lancar ke dalam rutin penjagaan kulit anda tanpa meninggalkan sebarang kesan. Untuk hasil yang optimum, gunakan Mandian Badan Daily Moisturizing Aveeno® sebelum menggunakan Losyen Energizing Daily Moisturizing. Gabungan ini menawarkan dua kali ganda manfaat oat yang berkhasiat, memberikan kulit anda penghidratan dan penyegaran yang dipertingkatkan.
“Dengan Losyen Energizing Daily Moisturizing baharu, kami telah menggabungkan kepakaran kami dalam penjagaan kulit sensitif dengan pati limau gedang dan delima yang menyegarkan. Losyen ini bukan sahaja menawarkan penghidratan yang terbukti secara klinikal tetapi turut mempertingkatkan rutin harian anda dengan sentuhan aromaterapi, menjadikannya pengalaman yang benar-benar menyegarkan,” kata Pengurus Besar Kenvue Malaysia dan Singapura, Steve Tiu.
Manjakan diri anda dengan manfaat yang menenangkan dan menyegarkan Losyen Energizing Daily Moisturizing Aveeno®, perhebatkan rutin harian anda, jadikan ia sebagai ritual penjagaan diri yang mengasyikkan. Ia boleh didapati di semua cawangan Guardian serta farmasi dan gedung utama yang lain, dengan harga runcit RM73.60, mulai Oktober 2024. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Aveeno®, sila layari https://www.aveeno.com/ atau ikuti kami di Facebook dan IG @aveenomy.