Pelakon, Ibu dan Aktivis bertemu peminat dalam acara ‘Syok Raya’ Watsons untuk berkongsi tip penjagaan kulitnya dalam bulan Ramadan dan Syawal
Kuala Lumpur, 28 Mei 2019 – Penjagaan kulit tidak selalunya leceh dan membosankan. Pada hujung minggu lepas, Cetaphil® dengan rakan jenamanya, Lisa Surihani mendekati dan memberi inspirasi kepada para pengguna dalam acara ‘Syok Raya’ anjuran Watsons. Sejajar dengan komitmen Cetaphil® dan Lisa sendiri untuk menggalakkan penjagaan kulit yang sihat, orang ramai di IOI City Mall, Putrajaya telah menyaksikan secara peribadi bagaimana Lisa menjaga kulitnya sepanjang bulan Ramadan dan dalam persediaannya untuk menyambut Lebaran. Pada masa yang sama, pelakon kesayangan Malaysia ini turut meluangkan masa bersama para peminatnya melalui sesi ramah mesra.
Sebagai individu yang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan di samping membahagikan masa bekerja dan menguruskan keluarga, Lisa amat memahami yang tubuh juga turut mengalami perubahan. Peralihan waktu tidur, tabiat makan dan dehidrasi merupakan antara faktor yang memberi kesan pada kulit. Kelesuan boleh mengakibatkan kulit nampak kusam, manakala pilihan makanan ketika bersahur dan berbuka pula boleh menyebabkan perasaan haus dan lama-kelamaan, kesemua ini akan membuat kulit terasa begitu kering.
Mengambil langkah lebih proaktif seperti menggunakan produk penjagaan kulit yang lembut dan melembapkan serta memilih makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan amatlah penting agar kulit kekal hidrat dan sihat. Lisa turut menekankan kepentingan untuk menumpukan kepada penjagaan asas kulit supaya ia sihat dari dalam.
“Bila tiba Hari Raya, kita akan lebih berusaha untuk tampil menarik di samping keluarga dan rakan-rakan, dan yang paling utama sekali kita ingin mempunyai keyakinan diri. Lisa memang tak sabar untuk meraikan Aidilfitri dan meluangkan masa bersama seisi keluarga. Mengambil potret keluarga pula sudah menjadi satu tradisi kami. Tapi di sebalik setiap gambar, walaupun lengkap berpakaian dan mekap yang cantik, kita tak dapat nafikan apa yang kulit kita rasa, samada ia kering, berminyak atau sensitif. Bagi Lisa, kulit yang betul-betul sihat adalah kulit yang kekal hidrat dan seimbang. Jadi nasihat Lisa, untuk dapatkan kulit yang sihat kita mesti menggunakan pembersih kulit yang sesuai. Sesuatu yang lembut namun berkesan dan melembapkan serta dipercayai oleh pakar dermatologi,” jelas Lisa Surihani, pelakon Malaysia.
Menurut Lisa lagi, “Kulit kita melalui pelbagai situasi dan ia berubah dari masa ke semasa, kadang kala ia berminyak kerana hormon atau kering kerana dehidrasi. Sejak menggunakan Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® dua tahun yang lalu, Lisa banyak belajar mengenai kesan pilihan penjagaan kulit terhadap kulit Lisa. Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® adalah bebas sabun yang bermaksud ia tak akan mengeringkan kulit, bebas pewangi di mana ia tidak menyebabkan iritasi dan paling utama, ianya sesuai untuk semua jenis kulit kerana formulasinya yang lembut. Maknanya, tak kiralah bagaimana kulit Lisa berubah, pembersih Lisa tetap sama.”
Rutin penjagaan kulit Lisa untuk mengekalkan kulit yang sihat termasuklah:
“Acara pada hari ini merupakan platform terbaik untuk Lisa dan Cetaphil® berkongsi secara lebih dekat dengan pengguna. Di awal kerjasama, tujuan kami adalah untuk membimbing pengguna mendapatkan kulit yang lebih sihat. Dan pada hari ini, Lisa telah menyedarkan kita semua bahawa tidak seorang pun akan mempunyai jenis kulit yang sama pada setiap peringkat dalam kehidupannya. Apa yang boleh kita lakukan ialah menjaga kulit agar ia sihat dari dalam dengan menggunakan pembersih kulit yang lembut. Pembersih tersebut tidak akan membuatkan kulit rasa tegang, namun ia sepatutnya membersih dengan sempurna dan membuat kulit berasa segar dan lembap. Kami berbangga bila diberitahu bahawa 99% wanita termasuk Lisa bersetuju Pembersih Kulit Lembut Cetaphil® membersih dengan lembut sambil melembapkan kulit,” kata Cindy Tiu, Pengarah Komersil Galderma Malaysia.
Untuk maklumat lanjut. Layari Facebook Cetaphil® Malaysia di www.facebook.com/cetaphilmalaysia.