Sains ada di sekeliling kita – di rumah, alam sekitar dan di dalam tubuh badan kita sendiri.
Oleh itu, ada banyak sebab mengapa kita patut mengasah ‘literasi sains’ anak-anak kita. Bukan sekadar subjek di sekolah, impak positif sains ke atas pembangunan kanak-kanak tidak terhitung nilainya. Sebagai contoh, para penyelidik yang telah membuat kajian ke atas 120 orang pelajar sekolah rendah mendapati bahawa pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) mampu membina kemahiran pemikiran kritikal mereka.
Di samping itu, satu analisis yang disiarkan pada tahun 2020 telah menyimpulkan bahawa pendidikan STEM boleh melengkapi pelajar lebih baik dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran industri 4.0, dan pada masa yang sama, menggalakkan inovasi.
Penemuan daripada tinjauan persepsi sains global 2021 oleh 3M yang bertajuk “3M State of Science Index” mendapati bahawa COVID-19 juga telah menarik perhatian ramai terhadap STEM. Hampir kesemua responden Asia Pasifik, atau 91% bersetuju bahawa dunia ini memerlukan lebih ramai individu dalam bidang kerjaya yang berkait dengan STEM.
Mujur, 73% bersetuju bahawa golongan muda kini lebih tertarik dengan sains serta isu berkaitan dengan sains.
Ingin mencetus minat terhadap sains dalam diri anak anda juga? Anda boleh melakukannya menerusi lima kaedah yang mudah dan menyeronokkan ini!
Pada zaman internet ini, dimana pelbagai jenis ilmu boleh didapati secara meluas, adalah penting untuk kita bersikap lebih arif. Pastikan anda merujuk sumber-sumber yang boleh dipercayai dan sahih serta manfaatkan penyemak fakta dalam talian seperti Google’s Fact Check Tools dan FactCheck.org untuk memastikan anda tidak membaca berita palsu.
Seterusnya, ibu bapa juga boleh bertanya soalan untuk menggalakkan proses pembelajaran dan penerokaan anak mereka. Satu kajian pada tahun 2019 yang melibatkan kanak-kanak berusia 4-6 tahun, bermain dengan gear mendapati bahawa jenis soalan yang ditanya oleh ibu bapa juga boleh mempengaruhi tingkah laku anak mereka. Ibu bapa yang menggalakkan anak mereka untuk menjelaskan tentang mekanisme gear berkenaan boleh menjurus kepada perbincangan yang lebih mendalam. Sementara itu, galakan untuk meneroka pula boleh membawa banyak masa kepada kanak-kanak menghubungkan gear tersebut.
Oleh itu, jangan mengelak soalan yang ditanya oleh anak anda, sebaliknya, ambil peluang ini untuk meneroka sains bersama dan didik mereka tentang kepentingan penyelidikan dan penemuan!
Semasa kecil, Encik GT Lim, Ketua 3M Malaysia telah melalui kehidupan yang serba sederhana dekat dengan alam semula jadi. Mengambil air dari perigi, menggunakan lampu minyak sebagai sumber cahaya, dan mengumpul kayu api untuk memasak telah mencungkil minat dan apresiasi beliau terhadap sains. Anak anda tidak perlu menjalani kehidupan seumpama ini untuk mengamati alam semula jadi. Bawa anak anda bersiar di tapak rizab semula jadi atau zoo untuk meneroka hidupan liar, atau berkhemah untuk mengalami keajaiban bumi kita.
Ajar anak anda tentang fungsi geseran dengan bermain tarik tali, atau biar mereka cipta permainan berpapan cahaya menggunakan litar kertas. Jika mereka lebih suka permainan sains dalam talian, Code – sebuah pertubuhan yang tidak bermotifkan keuntungan, bertujuan untuk meluaskan akses ke atas bidang sains komputer – memperkenalkan sains komputer kepada anak-anak anda dengan cara yang menyeronokkan dan mudah untuk difahami, seperti pelajaran yang berpaksikan Angry Birds serta Minecraft misalnya.
Encik Ewe mengingati kembali “Saya pernah membuat layang-layang menggunakan buluh dan helaian kertas. Kami juga pernah mencipta pelbagai mainan yang lain, bezanya layang-layang ini telah mengajar kami sedikit sebanyak tentang aerodinamik, iaitu sains penerbangan.”
Ketika membesar, warga 3M, Encik Ewe Kok Chye sering bermain di luar bersama rakan-rakan dan mendapat ilham dari apa yang mereka tonton di kaca TV. Jurutera Aplikasi di Divisyen Solusi Pasaran Elektronik 3M yang berlokasi di Malaysia ini berkata, “Selalunya imaginasi kita akan menguasai diri kita dan ‘mainan’ yang dicipta merupakan hasil imaginasi tersebut, jadi begitulah minat saya terhadap sains dan matematik telah tercetus.”
Menurut tinjauan Gallup yang melibatkan 1,036 guru, 2,673 ibu bapa dan 853 pelajar, pemupukan kreativiti dalam pendidikan adalah mustahak. Dengan menggalakkan kreativiti ketika belajar, ia dapat mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar. Selain berupaya untuk menyerap lebih banyak ilmu, pelajar juga boleh menjalinkan hubungan antara subjek dengan lebih baik, memahami dengan lebih mendalam mengenai sesuatu subjek, dan mencapai prestasi yang lebih baik dalam peperiksaan.
Tonton Science Show dan lihat bagaimana keajaiban sains, malah anda juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Panca Sains untuk melakukan sesuatu yang praktikal apabila anda melawat Petrosains bersama anak anda.
Jika anak anda suka belajar dengan cara mendengar, mereka boleh menimba inspirasi daripada siri audio siar (podcast) Generation Future-Ready. Jika mereka suka membaca, luaskan pengetahuan mereka dengan pelbagai fakta menarik dan aktiviti DIY yang mereka boleh pelajari di Wonderblog. Jika anak anda merupakan pelajar kinestetik, lembaran yang boleh dimuat turun dan permainan pendidikan dalam talian pasti akan membuat mereka fokus sepenuhnya. Sekiranya mereka kerap mengadap tablet atau televisyen, gunakan pendekatan pembelajaran auditori-visual mereka sebagai suatu kelebihan dengan memperkenalkan video-video sains yang terdapat di saluran YouTube. Di segmen Learning Bytes yang terdapat di laman sesawang Petrosains, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk anak anda.
Perlu sumber yang lain? Cuba lakukan eksperimen sains bersama anak anda di rumah dengan merujuk laman sesawang Science At Home oleh 3M. Terokai bagaimana anda boleh menggunakan barangan yang terdapat di rumah untuk mempelajari tentang prinsip-prinsip teras sains yang informatif lagi menyeronokkan. Cuba cipta roket kertas, atau belajar menghasilkan efek bunga api yang menarik!
Dengan menggalakkan anak anda untuk belajar dan mencintai sains, ia dapat membuka sebuah pengembaraan dan penjelahan yang menyeronokkan lagi menguntungkan buat mereka. Berbekalkan lima tip ini, kami berharap anda dapat menimba sumber inspirasi untuk mencungkil sisi saintis dalam diri anak-anak anda.