Libresse® SensitiV™, Rangkaian Penjagaan Feminin Diperakui Hipoalergenik Yang Pertama di Malaysia

Rangkaian penemuan baharu ini menyediakan penjagaan terbaik untuk bahagian intim wanita yang halus dengan 0% alergen biasa*, wangian dan pewarna

Kuala Lumpur, 29 Mac 2021 – “Libresse®, rangkaian jenama terunggul bagi penjagaan intim wanita yang sentiasa berfikiran jauh kehadapan, telah melancarkan Libresse® SensitiV™, rangkaian penjagaan feminin yang pertama di Malaysia yang diperakui hipoalergenik dan diuji secara dermatologi dengan 0% alergen biasa*, wangian dan pewarna.  Keseluruhan rangkaiannya – pad, liners, pencuci intim dan tisu basah intim – menawarkan penjagaan paling lembut untuk vulva dan Zon-V yang halus.

“Sesetengah wanita tidak tahu banyak mengenai bahagian intim mereka, dan mungkin tidak pernah mendengar perkataan vulva sebelum ini,” kata Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Patricia Lim Su-Lyn. “Vulva adalah bahagian luaran bahagian intim kita, yang sentiasa bersentuhan dengan seluar dalam, liners dan pad kita. Oleh kerana ia terdiri daripada tisu mukosa, maka ia tiada halangan pelindung dan mudah mengalami iritasi.”

“Sebaik sahaja anda menyedari bahawa vulva ini adalah sebahagian daripada kulit anda dan sangat mudah terdedah kepada bahan iritasi, secara semulajadinya kita akan sedar bahawa kita perlu memilih pakaian dalam dan produk penjagaan feminin yang menyediakan penjagaan lembut dan tidak merengsakan untuk bahagian intim kita. Lagi pun, keramaian wanita mengambil pelbagai usaha dalam memilih produk yang kita gunakan pada muka dan badan, jadi mengapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama untuk Zon-V kita?”

Dalam satu undian baru-baru ini yang dijalankan oleh Libresse® yang membabitkan 700 wanita, mendapati tujuh dalam 10 wanita Malaysia menyedari bahawa kulit vulva adalah sangat halus, dengan 86 peratus tahu bahawa vulva mudah mengalami iritasi disebabkan faktor-faktor seperti geseran, kelembapan berlebihan, pertumbuhan bakteria buruk, wangian dan pewarna.

Oleh kerana faktor-faktor ini boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kegatalan, hampir semuanya bersetuju bahawa vulva memerlukan penjagaan yang lembut, dan 75 peratus berkata mereka lebih suka untuk menggunakan produk penjagaan feminin hipoalergenik jika boleh.

Sebagai tindak balas kepada kebimbangan dan keperluan yang semakin meningkat ini, Libresse® memperkenalkan rangkaian SensitiV™ yang diuji secara dermatologi dan diperakui hipoalergenik. Ia memenuhi keperluan untuk dua ujian ketat yang berbeza yang ditetapkan oleh International Contact Dermatitis Research Group (ICDRC)

Kesemua pad dan liners Libresse® SensitiV™ mempunyai lapisan atas yang diperbuat daripada fiber yang 30% lebih halus daripada lapisan atas konvensional. Ini akan mengurangkan geseran, untuk lebih keselesaan.

Liners Libresse® SensitiV™ mempunyai 3x pengudaraan yang lebih baik untuk meningkatkan kekeringan, dan membantu menghalang pertumbuhan bakteria buruk.

Pencuci dan tisu basah intim Libresse® SensitiV™ direka khas untuk mengekalkan keseimbangan pH vulva yang optimum, yang secara semulajadinya lebih berasid (antara 3.5 ke 4.5).

Pengguna juga boleh meyakini bahawa semua pad Libresse® SensitiV™ juga direka khas dengan teknologi SecureFit™ yang dipatenkan, berdasarkan kontor badan wanita untuk padanan sempurna dan digabungkan dengan Saluran DFC (Deep Flow Channel) yang pantas menyerap, bagi mencegah kebocoran supaya pengguna rasa lebih kering dan selesa.

“Libresse® sentiasa komited untuk menggalakkan keterbukaan dan memecahkan tabu yang menghalang wanita daripada berasa selesa dan yakin dengan badan mereka sendiri,” kata Deenie Ong, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia. “Apabila kita memperkasakan wanita dengan pengetahuan dan menggalakkan perbincangan yang lebih terbuka mengenai kesihatan Zon-V, kita boleh menormalkan soal haid dan mendedahkan mitos Zon-V, supaya wanita dapat mengenali badan mereka dengan lebih baik serta membuat keputusan yang tepat mengenai kesihatan mereka.”

Kempen dan inisiatif oleh Libresse® untuk menormalkan dan menggalakkan lebih banyak perbincangan terbuka serta pembelajaran mengenai kesihatan Zon-V telah diiktiraf di seluruh dunia, dengan kempen “Know Your V” dan kerjasama berterusan dengan pakar kesihatan. Pada tahun lalu, Libresse® menjadi jenama penjagaan feminin pertama di Malaysia yang menerima Anugerah daripada Prinsip Pemerkasaan Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Wanita-WEP) dalam kategori Responsif-Gender bagi memperkasakan wanita dalam pasaran dan komuniti. Ini mengukuhkan komitmen Libresse® untuk melakukan lebih banyak lagi, terutama dalam memecahkan tabu zon-V yang biasa.

“Dengan pelancaran Libresse® SensitiV™, kami berharap dapat mencetuskan perbincangan baharu mengenai penjagaan dan kesihatan vulva, dengan sokongan daripada rakan pakar kami seperti Dr Patricia Lim yang akan menawarkan kepakaran perubatannya untuk pelancaran pendidikan Zon-V kami yang komprehensif di media sosial. Ini termasuklah sesi bulanan “Ask Libresse®” (“Tanya Libresse®”) di Instagram dan tandapagar khusus, #vulvavisdom, yang wanita boleh gunakan untuk berkongsi pengetahuan atau pengalaman mengenai kesihatan Zon-V serta membimbing orang lain sepanjang perjalanan kewanitaan mereka,” tambah Ong.

Pad, liners, pencuci intim dan tisu basah intim Libresse® SensitiV™ kini boleh didapati di pasaraya atau farmasi seluruh negara dari RM3.90-RM20.30. Cubalah ia sekarang dan dapatkan hadiah istimewa – dengan pembelian minimum RM20 produk Libresse®, termasuk satu pek Libresse® SensitiV™ yang baharu, anda berpeluang menebus kotak hadiah eksklusif Libresse® SensitiV™ Daily Intimate Care yang bernilai RM20 (sementara stok masih ada).

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.libresse.com.my, ikuti Libresse® di media sosial media di   www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_my).

© 2023 BlackButterfly DesignArts