Libresse® Menghidupkan Wonders of the Womb

Alami keunikan penerokaan maya ke dalam rahim melalui inisiatif berterusan #KnowYourV

Kuala Lumpur, 1 Jun, 2022 – Pernahkah anda terfikir untuk meneroka perjalanan awal kehidupan manusia? Kini peluang menerokai pengembaraan yang unik itu terbuka melalui kempen Libresse® Wonders of the Womb (WoW). Pelancaran Wonders of the Womb: A Virtual Discovery (Keajaiban Rahim: Suatu Penerokaan Maya) menjadi intipati kempen yang menawarkan pengalaman interaktif unik menerusi laman mikro kempen Wow Libresse® di https://libressemy.com/wow/.

Inisiatif lain termasuklah promosi runcit dan siri inisiatif di lapangan sama ada di pusat beli-belah, universiti dan lokasi lain melalui trak bergerak yang menjelajah ke seluruh negara. Selain itu, Libresse® juga turut berkerjasama bersama penyokong pergerakan pro-sosial Peduli Merah yang cukup berdedikasi dalam menangani isu kemiskinan haid; ini semua dilakukan semata-mata bagi meningkatkan kesedaran dan menormalisasikan perbincangan tentang Zon-V dan kesihatan haid wanita.

Walaupun kita berada didalam zaman yang moden, pemahaman tentang kesihatan Zon-V masih rendah. Kajian pengguna kami menunjukkan bahawa dua (2) daripada tiga (3) wanita mengalami kesukaran untuk bertanya soalan atau bercakap secara terbuka berkenaan topik ini,” kata Cheryl Wang, Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia. “Ini jelas menunjukkan bahawa masih terlalu banyak yang perlu dilakukan bagi merapatkan jurang maklumat dalam pengetahuan tentang Zon-V.”

“Sebagai peneraju jenama dalam bidang kebersihan feminin, kami akan terus meningkatkan komitmen kami untuk menyokong perjalanan wanita bagi meneroka dan memahami Zon-V. Lebih utama sekali, kami bertekad untuk membina persekitaran di mana wanita tidak terhalang daripada mempelajari tentang Zon-V mereka, malah lebih diperkasakan untuk menjalani kehidupan yang diinginkan tanpa berasa malu atau ragu.”

Kempen Libresse® Wonders of the Womb ini membuka peluang kepada wanita untuk menyelami sistem reproduktif mereka dan mengetahui lebih banyak tentang anugerah kewanitaan – rahim – organ unik dimana kehidupan bermula – sebenarnya lebih kuat daripada yang disangkakan oleh kebanyakan wanita – bahkan ia adalah otot yang paling kuat dalam badan seseorang wanita dan mampu mengembang sehingga 1,000 kali daripada saiz asalnya bagi menyokong perkembangan janin, dan akan kembali ke saiz asal selepas melahirkan anak. Inilah yang berlaku setiap kali seseorang wanita mengandung.

Dr Patricia Lim Su-Lyn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi menambah, “Pengetahuan dan pemerkasaan tentang Zon-V perlu datang seiring. Ramai wanita muda mempunyai pelbagai persoalan tetapi takut hendak bertanya, akibatnya ramai yang tidak tahu cara menjaga Zon-V mereka dengan lebih baik. Malah mereka juga tidak mengenali tanda-tanda yang menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan tidak mendapatkan nasihat doktor.”

“Daripada akil baligh dengan permulaan haid sehinggalah perkara-perkara penting yang berkaitan kewanitaan seperti kesuburan, kehamilan, dan menopaus, wanita sebenarnya memerlukan penjagaan kesihatan reproduktif jangka panjang dan lebih kerap berbanding lelaki. Maka, memperkasakan mereka dengan pengetahuan dalam menjaga dan melindungi Zon-V serta mengekalkan kesihatan adalah sangat penting.”

Ambillah langkah pertama dalam perjalanan ini dengan memanfaatkan alatan interaktif Libresse® Wonders of the Womb: A Virtual Discovery di https://libressemy.com/wow/ untuk meneroka model rahim maya 3D dan mengetahui fakta-fakta menarik tentang organ reproduktif yang penting ini.

Libresse® juga mempelawa wanita meninjau laman TikTok rasmi Libresse®, https://www.tiktok.com/@libressemalaysia untuk menonton siri video pendek yang bukan sahaja informatif malah menghiburkan dalam menyentuh semua aspek berkenaan anggota Rahim, dan menjemput wanita untuk mengikuti acara kempen Wonders of the Womb Libresse® yang boleh distrim secara langsung di laman Facebook (@libressemalaysia) dengan anjuran bersama Peduli Merah dan Persatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada hari Rabu, 8 Jun, dari jam 8.00 – 10.00 malam.

Acara ini akan menghimpunkan barisan penceramah terhormat, termasuklah Dr Fatimah Al-Attas, Professor Madya UIAM, Kampus Gombak merangkap Penasihat Peduli Merah dan Dr Patricia Lim Su-Lyn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi. Wanita di seluruh Malaysia boleh mendengar dan berinteraksi dengan pakar-pakar ini ketika mereka menerangkan pelbagai topik berkaitan kesihatan Zon-V, termasuklah isu kemiskinan haid yang jarang dibincangkan.

“Haid adalah fitrah seorang wanita. Pengetahuan berkenaan kesihatan haid seharusnya boleh diakses oleh semua wanita dan tidak sepatutnya dikaitkan dengan stigma atau rasa malu,” kata Dr Fatimah Al-Attas. “Wanita mengalami kemiskinan haid apabila mereka didiskriminasi atau dikecualikan daripada kehidupan social dan mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan produk haid ataupun pendidikan berkenaan sistem reproduktif seksual. Kekurangan perhatian dan penjagaan kesihatan yang efektif dengan harga mampu milik, bekalan air yang bersih, kemudahan sanitasi yang sewajarnya, serta privasi bagi menguruskan kesihatan haid mereka juga menyumbang kepada isu kemiskinan haid ini.”

Melalui kerjasama dengan Peduli Merah, Libresse® turut berjanji ntuk menyumbangkan 10,000 pek tuala wanita kepada golongan kurang berkemampuan sempena Hari Kebersihan Haid Sedunia.

Jangan ketinggalan mengikuti semua aktiviti eksklusif kempen Libresse® Wonders of the Womb dan promosi runcitnya, termasuk mengumpul koleksi bantal lembut Womb Sisters yang boleh didapati dengan setiap pembelian produk Libresse® bernilai RM35.

Nantikan berita terkini berkenaan kempen Libresse® Wonders of the Womb dan rangkaian produk penjagaan feminin Libresse, termasuk produk intimawear™ by Libresse® iaitu rangkaian seluar dalam boleh dibasuh dan guna semula yang inovatif, di platform rasmi Libresse® Malaysia di TikTok, Instagram dan Facebook (@libressemalaysia).

© 2024 BlackButterfly DesignArts