Libresse® Memperkenalkan Kempen “KNOW YOUR V” untuk Meningkatkan Kesedaran Zon-V Di Kalangan Wanita

Hasil tinjauan menunjukkan dua daripada tiga wanita tidak cukup tahu mengenai Zon-V mereka sendiri

Permainan-atas meja pertama dilancarkan, untuk memecahkan tabu dan mendidik wanita mengenai Zon-V, dengan senario sebenar untuk meraih keyakinan sosial

Petaling Jaya, 30 April 2020 – Libresse® melancarkan kempen “KNOW YOUR V” untuk memberi pengetahuan dan fakta kesihatan tentang Zon-V supaya lebih ramai wanita mendapat maklumat dan memperkasakan ilmu mengenai badan mereka sendiri, dan boleh menentukan aspek penting berkaitan kesihatan mereka.

Dalam tinjauan yang dijalankan oleh Libresse® baru-baru ini, menunjukkan bahawa pengetahuan mengenai Zon-V di kalangan wanita Malaysia amat rendah, dengan 69 peratus tersilap mengenalpasti sebahagian diagram sistem reproduktif wanita. Tambahan pula, 63 peratus responden berkata mereka tidak pernah melihat dan tidak pasti apa itu vulva. Tinjauan itu juga mendapati empat daripada 10 wanita berasa tidak selesa menggunakan perkataan ‘faraj’ dalam perbualan, yang meneruskan lagi budaya tabu terhadap perbualan mengenai Zon-V.

Hasil tinjauan ini menunjukkan wujudnya jurang pengetahuan yang signifikan, yang mana boleh menghalang wanita daripada mengambil tindakan sewajarnya apabila berhadapan dengan masalah biasa seperti jangkitan atau menyebabkan kelewatan dalam mengenalpasti simptom masalah kesihatan yang serius.

Untuk membantu meningkatkan kesedaran pengetahuan berkaitan Zon-V, Libresse® berganding bahu bersama Perunding Obstetrik dan Ginekologi Dr Patricia Lim Su-Lyn untuk memberikan maklumat berwibawa mengenai kesihatan Zon-V dengan cara menarik dan menyeronokkan, dengan pengalamannya dalam dunia perubatan dan pemahamannya terhadap kesihatan Zon-V melalui kempen digital dan inisiatif Pendidikan yang sedang dijalankan.

“Libresse® sentiasa memperjuangkan kesihatan dan kesedaran Zon-V dengan pemberdayaan wanita kerana ini menjadi pusat kepada kesihatan dan kesejahteraan wanita. Lagi pun, anda perlu tahu badan sendiri untuk membolehkan anda menjaganya dengan baik. Hasil tinjauan ini jelas menunjukkan bahawa kita perlukan perubahan kerana tujuh dalam 10 wanita sangat berminat untuk mengadakan lebih banyak perbincangan terbuka dan pendidikan mengenai kesihatan Zon-V. Oleh itu, kami berharap aktiviti dan inisiatif yang dianjurkan sebagai sebahagian daripada Kempen “KNOW YOUR V” ini dengan sokongan Dr Patricia Lim, akan dapat membantu wanita supaya lebih bermaklum dan yakin mengenai kesihatan Zon-V,” kata Verene Lee, Pengurus Pemasaran-Penjagaan Wanita, Vinda Marketing (M) Sdn Bhd.

Libresse® Memperkenalkan Kempen “KNOW YOUR V” untuk Meningkatkan Kesedaran Zon-V Di Kalangan Wanita
Libresse® KNOW YOUR V

Untuk menarik lebih ramai wanita dan mengalakkan kesedaran berkaitan Zon-V, Kempen “KNOW YOUR V” memperkenalkan ‘The V Game’. Permainan atas meja interaktif yang julung kali diadakan ini akan diberikan melalui media sosial, di sekolah, dan di pusat beli-belah. Dirancang untuk menggalakkan perbualan mengenai Zon-V di kalangan wanita dari semua peringkat umur, pemain akan mengambil peranan dalam situasi harian yang dihadapi wanita, daripada haid bulanan kepada perbualan mengenai kesihatan Zon-V. Permainan ini akan memberi panduan dan solusi kepada pemain yang membantu mereka menyelesaikan situasi berkenaan, di samping menyediakan fakta bagaimana wanita boleh menjaga dan menyayangi diri mereka, termasuklah penjagaan sewajarnya untuk Zon-V.

Selain inisiatif digital, media sosial dan aktiviti di pusat beli-belah, Libresse® memperluaskan kempen “KNOW YOUR V” ke sekolah-sekolah terpilih sebagai inisiatif jangka panjang untuk berkongsi ilmu mengenai akil baligh, haid dan penjagaan Zon-V di kalangan pelajar perempuan berusia 10 tahun dan ke atas. Sejak 2014, kempen Libresse® di sekolah telah mencapai lebih 605,000 pelajar di seluruh negara dan menerima maklum balas positif daripada sekolah, guru dan ibu bapa, yang merangsang kesinambungan usaha pendidikan ini.

Selaris dengan usaha untuk mencapai seramai mungkin wanita, Dr Lim menyokong usaha kempen ini mendidik wanita supaya mereka akan menjadi lebih bermaklum dan proaktif terhadap kesihatan Zon-V sendiri.

“Ilmu adalah kuasa, dan wanita perlu dididik dari awal usia untuk menjaga kesihatan Zon-V mereka sendiri – tiada sesiapa yang boleh melakukannya untuk mereka. Ini termasuklah mencatat kitaran haid setiap bulan dan sebarang kelainan, melakukan pemeriksaan faraj sendiri dan berjumpa pakar ginekologi untuk pemeriksaan tahunan,” kata Dr Lim.

“Ia adalah sebabahagian daripada badan anda, anda tidak perlu rasa malu untuk memeriksanya sendiri dan memberi kebenaran kepada pakar ginekologi memeriksa Zon-V anda. Anda perlu tahu bagaimana rupanya apabila ia dalam keadaan sihat, dan menyedari jika ada sesuatu yang tidak kena. Berjumpa pakar ginekologi hanya ketika hamil atau mendapat jangkitan seperti dilakukan kebanyakan wanita sebenarnya tidak cukup. Saringan kesihatan seperti Pap Smear sangat penting untuk mengesan masalah kesihatan yang boleh berlaku lebih awal.

“Sebagai satu jenama, Libresse® ingin mencapai wanita dari semua peringkat umur dan segenap lapisan masyarakat, oleh itu Kempen “KNOW YOUR V” membawa kami jauh melangkau program sekolah dan aktiviti biasa di pasaran. Ini sejajar dengan usaha kami untuk menyokong perjalanan hidup setiap wanita supaya mereka menjalani kehidupan yang diinginkan, termasuklah menyediakan produk V-Zon yang sesuai untuk penjagaan intim harian dan ketika haid,” kata Lee.

Libresse® menawarkan wanita produk penjagaan sanitari berkualiti yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi berpaten untuk memenuhi pelbagai keperluan wanita:

·       Tuala wanita direka dengan teknologi SecureFit™ dan Deep Flow Channels (DFC) bagi memastikan ia lebih sepadan dengan “V” wanita, dan memastikan darah haid diserap segera dan disalurkan sekata pada pad supaya kawasan intim itu kering dan terlindung sepanjang masa.

·       Selain itu, pelapik seluar dalam Libresse® pula direka dengan paten CurveFit™ bagi memastikan ia sepadan dan kekal di tempatnya, supaya anda berasa segar dan bersih sepanjang hari.

·       Untuk menggalakkan amalan penjagaan bahagian intim harian bagi kesihatan Zon-V, Libresse® juga menawarkan rangkaian V-Care yang mengandungi pencuci intim dan wipes dengan pH-seimbang dan diuji secara dermatologi serta pelapik seluar dalam dengan pengudaraan yang tinggi.

Untuk keterangan lanjut mengenai Kempen dan akitiviti “KNOW YOUR V” Libresse®, sila kunjungi www.libresse.com.my atau ikuti Libresse® di media sosial di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_My).

© 2023 BlackButterfly DesignArts