Liberty Mutual Insurance Telah Memeterai Perjanjian Jual Beli Saham dengan Kumpulan AmBank untuk Mengambil Alih AmGeneral Insurance Berhad

Kuala Lumpur, 1 Julai 2022 – Liberty Insurance Berhad (LIB), sebuah syarikat dalam Kumpulan Liberty Mutual Insurance (Liberty), telah memeterai perjanjian jual beli saham (SPA) untuk mengambil alih AmGeneral Insurance Berhad (AmGeneral).

Setakat hari ini, AmGeneral dimiliki oleh AmBank Group (AmBank) sebanyak 51 peratus dan 49 peratus lagi dimiliki oleh Insurance Australia Group (IAG). Apabila perjanjian telah termeterai, yang mana tertakluk kepada syarat-syarat penutupan yang ditetapkan, LIB bakal mengambil alih 100 peratus saham daripada AmGeneral, dan hasil jualan daripada saham AmBank adalah dalam bentuk tunai dan syer bersyarat, yang bakal menjadikan AmBank sebagai pemegang saham sebanyak 30 peratus daripada perniagaan LIB dan AmGeneral.

Sebagai sebahagian daripada transaksi ini, entiti yang akan digabungkan akan memeterai satu kerjasama bankasurans eksklusif dengan AmBank selama 20 tahun untuk mengedarkan produk insurans am. Operasi AmGeneral dan LIB bakal digabungkan secara rasmi pada satu tarikh yang akan diumumkan kelak, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.

© 2023 BlackButterfly DesignArts