LG Styler™: Penjagaan dan Pembersihan Lengkap Pakaian Untuk Keluarga di Malaysia Sedia Untuk Tempahan Awal

LG Styler yang unik dan berprestasi tinggi adalah Almari Pintar ataupun Smart Wardrobe yang mampu mengurangkan 99.9% bakteria dan virus serta mengekalkan bau yang segar pada pakaian

PETALING JAYA, 16 Julai 2021: LG Electronics (LG), pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah mengekalkan keunggulan dalam pasaran ini dengan memperkenalkan LG Styler™ premium, yang juga dikenali sebagai ‘Almari Pintar’ ataupun ‘Smart Wardrobe’ bagi pasaran di Malaysia. LG Styler™ adalah almari pintar yang menjanjikan ‘Gaya Dalam Pembersihan’ ataupun ‘Hygiene in Style’ menggunakan teknologi canggih bagi mengekalkan kebersihan dan kesegaran pakaian, di samping mengekalkan jangka hayat pakaian.

Pelanggan boleh membuat tempahan awal dalam pembelian LG Styler™ ini bermula 17 sehingga 31 Julai 2021 dengan tawaran harga diskaun sebelum pelancarannya pada 1 Ogos 2021. Sebanyak 50 pelanggan pertama yang membuat pembelian LG Styler™ semasa dalam tempoh tempahan awal ini akan menerima Penulen Udara 360° LG PuriCare™ secara percuma.

LG Styler™: Penjagaan dan Pembersihan Lengkap Pakaian Untuk Keluarga

Dikenali sebagai salah satu produk yang mempunyai rekabentuk yang anggun dari Red Dot Award tahun ini, LG Styler™ mengenengahkan rekabentuk yang moden dan terperinci dari segi bentuk dan fungsinya, di samping memenuhi kehendak pelanggan melalui penggunaan teknologi terkini dan fungsinya dalam kebersihan dan penjagaan pakaian.

“Sebagai sebuah almari pintar, LG Styler™ adalah salah satu produk yang bergantung kepada keberkesanan teknologi stimnya, iaitu satu hasil dari penyelidikan dan pembangunan yang bertahun lamanya.  Kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami melalui teknologi berinovatif dan peralatan rumah terkini seperti LG Styler™, terutama ketika ini, di mana kebersihan adalah perkara termasuk pakaian kita yang menjadi keutamaan untuk semua,” kata Kim Kyutae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

Penjagaan Pakaian Yang Bersih dan Sihat

LG Styler™ telah diterapkan dengan inovasi dan ciri-ciri praktikal yang amat sesuai dengan keperluan dan kemudahan bagi cucian kering di rumah.   

  • Mensanitasi & Menyegarkan: LG Styler™ mengurangkan 99.9% virus, bakteria dan alergen secara efisien melalui teknologi terkini TrueSteam™ dari LG. Ia juga mudah mensanitasi fabrik dan bahan lain yang sukar atau tidak mungkin dicuci secara tradisional.  TrueSteam™ menggunakan kandungan air 100 peratus, tanpa penambahan bahan kimia. ‘Moving Hanger’nya yang telah dipaten pula membantu untuk menghilangkan habuk, alergen dan kedutan serta menghilangkan bau pakaian melalui operasinya yang senyap – hanya 41dB dan 200 vibrasi seminit. Hasilnya adalah pakaian yang berbau segar seperti bunga-bungaan! LG Styler™ juga menyahhidratkan almari dan ruangan tertutup bagi mengekalkan persekitaran yang sentiasa segar.
  • Pengeringan Yang Cermat: Melalui sistem pam haba, sistem pengeringan rendah suhu mampu mengeringkan pakaian dengan lebih cepat berbanding dengan cara pengeringan udara.  Keringkan pakaian anda secara cermat bagi pakaian yang memerlukan penjagaan rapi tanpa bimbang ia mengecut atau rosak kerana haba yang panas.  Penjagaan sut, pakaian sejuk dan pakaian lain yang memerlukan penjagaan rapi akan menjadi lebih mudah. 
  • Ruangan Pants Press:  Ruangan ‘pants press’ ini memudahkan pemakaian sut.  Ia pantas dan mudah digunakan untuk sut seluar di samping mengekalkan lipatan sempurna yang pada kebiasaannya sukar apabila digantung.
LG Styler™: Penjagaan dan Pembersihan Lengkap Pakaian Untuk Keluarga

Almari Pintar Dengan Rekabentuk Mesra Alam Sekitar

LG Styler™ juga diterapkan dengan fungsi pintar dan mesra alam sekitar yang dapat membantu anda menyumbang kepada kesedaran dan kelestarian alam sekitar. 

  • LG ThinQ™: LG ThinQ adalah teknologi yang membenarkan anda mengawas pakaian anda di mana anda berada pada setiap masa menggunakan telefon pintar anda.  Hubungkan LG Styler™ kepada aplikasi LG ThinQ™ menggunakan Wi-Fi dan anda sudah boleh mengawal penggunaan tenaga atau menambah pusingan penjagaan yang baru menggunakan Cycle Download.  Aplikasi ini juga akan memberi anda pemakluman apabila pakaian anda telah dibersihkan dan sedia untuk dipakai.  
  • Mesra Alam Sekitar: LG Styler™ menggunakan teknologi TrueSteam™ yang beroperasi menggunakan hanya air, tanpa bahan kimia.  Sistem pam habanya juga kurang menggunakan tenaga bagi tujuan pengeringan.  Ia bukan hanya menjimatkan tenaga dan kos, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan alam sekitar.

LG Styler™ tidak terhad kepada penjagaan pakaian dan sanitasi sahaja. Barangan peribadi seperti beg tangan (yang sesuai untuk pembersihan wap), tali pinggang dan permainan lembut juga boleh disanitasi di dalamnya.  Paling menarik adalah LG Styler™ ini sesuai untuk digunakan oleh semua pengguna, sama ada atlit, pemilik haiwan atau pencinta koleksi pakaian, LG Styler™ adalah untuk semua golongan masyarakat!

Harga dan Kesediaan

Bagi mendapat informasi atau pembelian LG Styler™, layari laman web LG Electronics Malaysia atau kunjungi pengedar sah LG terdekat dengan anda di seluruh negara, selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. 

ModelWarnaHarga (MSRP)
S3WF – LG Styler™ in WhitePutih8,499
S3MFC – LG Styler™ Essence Mirrored FinishPerak8,499

Tambahan lagi, bertepatan dengan ketibaan LG Styler™ ke Malaysia, pelanggan boleh membeli LG Styler™ semasa tempoh tempahan awal bermula 17 Julai hingga 31 Julai 2021 pada harga diskaun iaitu RM7,399.  Sebanyak 50 pelanggan pertama yang membeli produk ini dalam tempoh tempahan awal ini, LG akan memberi SATU Penulen Udara 360° LG PuriCare™ (bernilai RM3,300) setiap seorang, siapa cepat dia dapat.  Jangan lepaskan peluang menarik ini dan juga peluang untuk memiliki kedua-dua LG Styler™ dan Penulen Udara 360° LG PuriCare™!

Layari pautan ini untuk maklumat pengedar sah LG terdekat dan miliki LG Styler™ berinovatif semasa tempoh tempahan awal ini.

Untuk maklumat lanjut tentang LG Styler™, layari https://www.lg.com/my/lg-styler atau ikuti laman Facebook LG di https://www.facebook.com/LGEMalaysia/ untuk maklumat terkini, berita serta promosi.

© 2023 BlackButterfly DesignArts