LG MENINGKATKAN TAHAP PEMBERSIHAN RUMAH UNTUK RAKYAT MALAYSIA DENGAN LG CORDZERO™ALL-IN-ONE TOWER™

Teknologi inovatif LG All-in-One Tower™ menetapkan standard baharu untuk kebersihan dan kemudahan rumah.

Kuala Lumpur, 19 Oktober 2023 —LG Electronics Malaysia (LG) dengan bangganya memperkenalkan LG CordZero™ All-in-One Tower™, tambahan terbaharu kepada segmen perkakas rumah jenama tersebut. Vakum tanpa wayar ini membawa tahap pembersihan yang terhebat kepada isi rumah dengan mentakrifkan semula cara penjagaan ruang kediaman.

Direka bentuk khas untuk pemilik rumah, LG CordZero™ All-in-One Tower™ menawarkan penyelesaian penjagaan rumah yang komprehensif yang melangkaui kaedah pembersihan tradisional. Justin Choi, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia berkata bahawa ciptaan vakum tercanggih ini membuktikan komitmen LG terhadap inovasi dan kemudahan.

“Vakum terbaharu kami yang dilengkapi dengan All-in-One Tower™ yang inovatif dapat menyampaikan prestasi pembersihan yang luar biasa untuk rakyat Malaysia, dengan gabungan prestasi, kemudahan dan kebersihan. Kami yakin bahawa vakum tercanggih keluaran kami ini akan mentakrifkan semula pengalaman pembersihan untuk rakyat Malaysia sambil meningkatkan taraf hidup mereka,” kata Justin Choi.

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati persekitaran rumah yang lebih bersih dengan mudah tanpa membuang masa dengan All-in-One Tower™ yang menawarkan sistem penyingkiran habuk automatik bebas tangan apabila vakum berada di stesen dok. Menara ini juga menggabungkan sumber cahaya LED UVC terbina dalam yang berfungsi hingga 2 jam sebaik sahaja vakum diletakkan di stesen dok untuk menghalang pertumbuhan bakteria dalam beg habuk1. Menara ini merangkumi Sistem Penapisan 3 Langkah, yang diperakui oleh Persatuan Alergi BAF British, yang menangkap habuk halus secara berkesan untuk memastikan udara yang lebih bersih di dalam rumah.

All-in-One Tower™ menyediakan penyimpanan yang cekap ruang untuk vakum dan aksesori, termasuk 2-in-1 Combination Tool, Crevice Tool, dan Mop Nozzle2.Selain itu, menara inovatif ini turut dilengkapi dengan DUAL PowerPack™, bateri yang boleh ditukar ganti dan boleh dicas semula untuk sesi pembersihan hingga 120 minit tanpa gangguan dan tanpa perlu menunggu untuk pengecasan semula.

Dikuasakan oleh teknologi Smart Inverter Motor™ and Axial Turbo Cyclone™ LG, vakum terbaharu ini mempunyai daya sedutan yang kuat dan berterusan. Fungsi pintarnya memisahkan habuk dan kotoran daripada pelbagai jenis lantai dengan berkesan, menjana aliran udara yang kuat di dalam motor yang berputar dengan pantas tanpa geseran, menjaminkan daya ketahanan yang luar biasa. Sistem Penapisan 5 Langkah vakum ini dapat memisahkan kotoran dalam tong habuk dan menapis 99.999% baki habuk dan kotoran. Dengan teknologi LG Kompressor™, tong habuk tidak perlu dikosongkan dengan kerap kerana inovasi ini dapat memampatkan habuk terkumpul hingga 2.4 kali.

“Kami berdedikasi untuk memastikan pelanggan setia kami di Malaysia dapat menikmati kemudahan harian bukan sahaja melalui perkakas rumah kami yang inovatif tetapi juga dengan aplikasi ThinQ™ LG. Sama seperti barisan perkakas kami yang lain, vakum kami yang baharu ini juga dikuasakan oleh aplikasi rumah pintar ThinQ™ yang membolehkan pengguna mengakses panduan pembersihan penapis, memantau sejarah dan pengurusan pembersihan serta menjalankan diagnosis pintar. Kami percaya bahawa penyelesaian penjagaan rumah kami akan membolehkan pelanggan menyambut era baharu kehidupan di rumah dengan mengubah ruang kediaman mereka menjadi tempat yang bersih dan selesa,” kata Justin.

Siri LG CordZero™ A9 kini boleh didapati pada harga berikut:

ProdukMSRP (RM)
A9T-MAX4,999.00
A9T-CORE4,499.00
A9K-ULTRA*4,199.00
A9K-MAX3,699.00
A9N-LITE2,299.00

*Model eksklusif daripada pengedar sah LG.

© 2023 BlackButterfly DesignArts