Levi’s® Kembalikan Gaya Saiz Longgar 90-an dengan Levi’s® SilverTab™ untuk Musim Luruh 2022

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2022 – SilverTab™ asalnya dilancarkan oleh jenama Levi’s® sedekad yang lalu, telah menjadi koleksi popular 90-an kerana gaya longgarnya yang memberi inspirasi buat peminat hip-hop dan pemain papan selaju. Sama seperti Levi’s® Orange Tab yang mewujudkan rupa budaya saingan pada tahun 1960-an dan 70-an, Levi’s® SilverTab™ adalah pakaian rasmi tahun 1990-an. Kini, selepas diperkenalkan semula pada tahun 2018 – dan kapsul Levi’s® SecondHand pada tahun 2020 – SilverTab™ kembali secara rasmi untuk Musim Luruh 2022 dengan koleksi saiz longgar baharu yang diinspirasikan daripada gaya tahun 1990-an.

Menghidupkan semula bukan sahaja gaya dan kesesuaian koleksi asal 90-an SilverTab™, koleksi baharu tahun 2022 juga mengembalikan gaya asli era 90-an. Menampilkan tab berwarna perak asli pada poket denim dan tampalan belakang SilverTab™, koleksi itu termasuk pelbagai seluar jean bersaiz besar, Trucker dan seluar pendek, serta kemeja-T dan baju grafik bersaiz lebih besar, juga terdapat aksesori, yang semuanya membawa kembali rasa nostalgia 90-an.

Ciri utamanya ialah memperlihatkan bayangan pemakai yang longgar dan besar. Sebahagian produk Levi’s® SilverTab™ yang asal menjadi terkenal kerana hanya sedikit saja jenama arus perdana menawarkan saiz tersebut pada masa itu. Ia benar-benar rupa bersaiz longgar yang dicari oleh pemain papan selaju tahun 90-an dan artis hip-hop. Gaya ini memberikan pemakainya budaya tersembunyi yang menentukan gaya era itu. Longgar dan gedoboh, mudah dan rendah, luntur dan pudar, mungkin dengan satu atau dua lipatan yang koyak dan berbulu. Sukar untuk membayangkan sesuatu yang lebih unik bagi tahun 90-an daripada gaya tersebut.

Sebagai sebahagian daripada koleksi baharu 2022, Levi’s® mencipta semula saiz padanan longgar yang sama—ditambah dengan warna pudar sempurna—yang merakamkan gaya asli tahun 90-an, tetapi dengan cita rasa moden. Gaya yang menyerlah termasuk jean ‘94 Baggy SilverTab™ untuk wanita dan kedua-dua jean Loose SilverTab™ dan jean Straight SilverTab™ untuk lelaki. Setiap satu didatangkan dalam rangkaian warna pudar indigo—serta cucian Green Machine khas pada koleksi Loose lelaki—dan menampilkan tab berwarna perak klasik pada poket belakang serta tampal belakang ikonik dengan logo SilverTab™ di atas imej Two Horse Levi’s®. 

Jean dalam koleksi itu juga ada padanan SilverTab™ Trucker bersaiz longgar, yang menampilkan tab berwarna perak dan tampalan belakang SilverTab™. Untuk wanita, terdapat tambahan nostalgia tahun 90-an disebabkan oleh SilverTab™ Overall, baju luar denim Levi’s® klasik yang didatangkan dalam saiz SilverTab™ yang bersaiz longgar. Turut disertakan dalam koleksi ini ialah rangkaian kemeja-T grafik yang menampilkan logo SilverTab™ asal, serta SilverTab™ Oversized Shirt dengan corak kotak-kotak untuk lelaki dan SilverTab™ Loose Shirt berjalur untuk wanita.

Aksesori-aksesori turut mendapat sentuhan penuh SilverTab™ 90-an termasuk Grommet Strap Belt dengan Roller Buckle untuk wanita, tali pinggang Dua Serampang untuk lelaki dan Topi Baldi korduroi lembut untuk lelaki dan wanita. Kesimpulannya, ini adalah koleksi yang sempurna untuk membawakan sedikit nostalgia tahun 90-an buat gaya bersaiz longgar moden.

Koleksi SilverTab™ boleh didapati mulai 30 Ogos di levi.com.my, semua kedai Levi’s®, dan gedung serbaneka terpilih di seluruh negara. Kedai Levi’s® Tailor ada di Lot 346A, Tingkat 3, Suria KLCC, Kuala Lumpur dan Lot 3.20.00 Pavilion Bukit Jalil.

© 2023 BlackButterfly DesignArts