Leon Fuat Berhad Guna Pakai Tenaga Hijau

Kumpulan syarikat melabur RM5.26 juta bagi memasang panel solar untuk operasi pemprosesan

Shah Alam, 28 Oktober 2021LEON FUAT BERHAD (“Leon Fuat” atau “Kumpulan”), terlibat terutamanya di dalam perniagaan dagangan, pemprosesan dan/ atau pembuatan (secara kolektif dirujuk sebagai “pemprosesan”) produk keluli, mengkhusus di dalam produk panjang berhulung dan rata, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kumpulan telah mengorak langkah ke aras operasi pengeluaran dijana oleh tenaga lestari menerusi pelaburan di dalam panel solar.

Sejumlah RM5.26 juta dilaburkan bagi panel solar sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian Kumpulan dan panel-panel ini akan dipasang berperingkat-peringat bergantung kepada kesiapsediaan tapak projek.

Encik Ooi Seng Khong, Pengarah Urusan Kumpulan Leon Fuat
Encik Ooi Seng Khong, Pengarah Urusan Kumpulan Leon Fuat

Pengarah Urusan Kumpulan Leon Fuat, Encik Ooi Seng Khong berkata, “Kami melihat langkah ini sebagai pelaburan yang baik bagi alam sekitar dalam jangka masa panjang bagi mengurangkan pelepasan karbon CO2 menerusi penggunaan tenaga solar boleh diperbaharui ini dan ia akan menurunkan kos penggunaan tenaga. Inisiatif ini akan membantu kami di dalam inisiatif pengurusan tenaga dan tenaga solar adalah mampan alam sekitar selain berkesan.”

“Kami telah memantau penggunaan kedua-dua elektrik dan bahan api kami sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian sejak tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017 dan maklum terhadap keperluan untuk mendapatkan sumber tenaga yang lebih mampan bagi operasi pemprosesan keluli kami. Panel solar photovoltaic (PV) yang dipasang itu akan memiliki kapasiti 2.1 juta kWh setahun, dan kami menjangka berjimat sebanyak 30% dalam penggunaan elektrik setahun apabila panel solar tersebut lengkap sepenuhnya.”

Untuk tujuan pemakluman, tiga daripada subsidiari Kumpulan terlibat di dalam pemprosesan keluli menggunakan sejumlah 4.9 juta kWh elektrik pada 2020, iaitu peningkatan 37.1% berbanding 2019.

“Kami akan terus membina kapasiti organisasi bagi memiliki masa hadapan mampan sambil menumpukan terhadap strategi menambah baik produktiviti menerusi amalan kelestarian dan memberi nilai kepada pemegang saham kami,” kata Ooi.

© 2023 BlackButterfly DesignArts