Coway Run 2024 bawakan pengalaman inovatif dan futuristik kepada peserta sambil memperjuangkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia
Kuala Lumpur, 24 September 2024 – Coway, syarikat Best Life Solution, telah berjaya menganjurkan edisi ke-8 acara larian tahunan mereka, Coway Run 2024 dengan tema “Run for Tomorrow” yang telah menghimpunkan lebih 11,000 peserta. Tahun ini, Coway telah mengolah Padang Merbok di tengah kota metropolitan Kuala Lumpur kepada sebuah taman permainan futuristik yang mengetengahkan inovasi dan teknologi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Acara larian tahun ini menawarkan kategori larian separuh maraton (Half Marathon) 21km mencabar yang kembali untuk tahun kedua atas permintaan orang ramai, kategori larian kompetitif 10km dan kategori larian mesra keluarga 5km serta tawaran kategori larian baharu 5km bagi kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun.
Kyle Choi, Ketua Pegawai Eksekutif Coway Malaysia berkongsi, “Kami berbesar hati untuk menganjurkan Coway Run untuk tahun ke-8 di Malaysia yang mencerminkan komitmen teguh kami terhadap inovasi dan teknologi dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan. Coway Run 2024 bukan sekadar satu acara larian, ia mewakili perjalanan Coway bersama rakyat Malaysia ke arah masa depan yang lebih sihat dan cerah yang dititik berat dalam tema tahun ini “Run for Tomorrow”. Sebagai jenama yang mementingkan kualiti hidup, matlamat kami bukan sahaja untuk menginspirasikan orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat tetapi juga untuk mengetuai tanggungjawab dalam memacu pergerakan ini ke hadapan.
Sejak Coway Run dianjurkan pada tahun 2017, acara larian ini kian popular dan menjadi antara acara larian yang dinanti-nantikan dalam kalendar tahunan. Kami amat berbangga kerana berjaya mengumpulkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, umur atau tahap kecergasan mereka. Tahun ini, kami amat teruja untuk memperkenalkan kategori kanak-kanak 5km yang baharu, ia direka khusus untuk kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun. Peserta muda yang merupakan tonggak masa depan negara kita bakal menerima barangan istimewa yang disediakan khas untuk mereka. Kami berharap mereka bukan sahaja dapat memperoleh pengalaman yang bermakna tetapi juga menginspirasikan mereka untuk menjalani kehidupan yang sihat,” tambah Choi.
Bagi memeriahkan acara, Coway turut menjemput rakan kongsi NGO mereka termasuk Nicol David Organisation (NDO) di mana lebih 80 Little Legends, ibu bapa dan guru hadir bagi meraikan kehidupan yang sihat. Larian mesra keluarga 5km menampilkan halangan bersaiz mega yang diilhamkan oleh produk inovatif Coway. Para peserta perlu mengharungi pelbagai cabaran seperti terowong kabus, terowong angin, labirin tilam serta terowong penggelek, setiap satu direka secara kreatif untuk mempamerkan komitmen Coway untuk meningkatkan kesihatan melalui inovasi dan teknologi. Selain itu, Coway Run turut menawarkan pelbagai gerai permainan interaktif di kawasan karnival, hadiah menarik untuk dimenangi serta sesi Bertemu dengan Selebriti eksklusif bersama Aiman Hakim Ridza, Datin Elvina Mohamad, Sean Lee, Anson Yew, Alvn dan Mavis.
Coway Run 2024 memberikan peserta sebuah platfom yang bermakna untuk menyokong komuniti tempatan yang memerlukan. Bagi setiap tiket Coway Run yang dibeli, RM10 akan disumbangkan oleh Coway kepada Coway Happy Water Project, sebuah inisiatif CSR yang memberi tumpuan untuk membekalkan air minuman yang bersih kepada komuniti yang kurang berkemampuan. Dengan cara ini, para peserta bukan sahaja mengambil langkah untuk meningkatkan kesihatan malah mereka turut membantu mewujudkan masa depan yang lebih sihat untuk kominiti yang memerlukan.
Ketabahan dan semangat luar biasa juga turut dipamerkan oleh peserta Coway Run 2024. Chee Hwee Tan melepasi garisan penamat dalam kategori 21km Terbuka Lelaki Malaysia dengan catatan masa 1 jam 24 minit dan 57 saat, memperoleh hadiah wang tunai RM1,000. Manakala bagi kategori 21km Terbuka Wanita Malaysia, Olivia Yu menunjukkan penampilan yang luar biasa, menamatkan dengan masa 1 jam 40 minit dan 2 saat, turut meraih hadiah wang tunai RM1,000.
Bagi kategori 10km Terbuka Lelaki Malaysia, Ahmad Izzat Irfan Shahrul Aznan mencapai masa tamat yang mengagumkan dengan catatan masa 37 minit dan 33 saat, memperoleh hadiah wang tunai RM500. Sementara itu, dalam kategori 10km Terbuka Wanita Malaysia, Anne Sze Chan menang dengan catatan masa 45 minit dan 49 saat, turut memperoleh hadiah wang tunai RM500.
Sumbangan daripada para penaja dan rakan kongsi telah meningkatkan kejayaan Coway Run 2024. Acara tahunan ini bertujuan untuk menjadi mercu tanda yang membawa impak positif kerana ia menggalakkan lebih ramai rakan kongsi korporat berkumpul untuk membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat, menjadikan kehidupan sihat lebih menyeronokkan dan bermakna.
Untuk maklumat lanjut tentang Coway Run 2024, sila lawati www.cowayrun.com.my. Ketahui lebih lanjut tentang produk dan servis Coway Malaysia di www.coway.com.my.