Lebih 5,000 Peserta di Malaysia Berlari Lebih 321,000 Kilometer dalam Larian Maya Herbalife Nutrition 2021

Kuala Lumpur, 20 Disember 2021 – Dengan matlamat mendorong orang ramai mengamalkan gaya hidup aktif, Larian Maya Herbalife Nutrition yang diadakan pada bulan Oktober 2021 telah disertai seramai lebih 5,000 peserta di Malaysia, yang secara keseluruhan berlari sejauh lebih daripada 321,000 kilometer! Dalam pada itu, mereka juga merupakan sebahagian daripada 25,000 pelari di seluruh rantau Asia Pasifik yang mencatatkan jarak larian sejauh lebih 1.57 juta kilometer sepanjang acara selama sebulan tersebut. Lebih membanggakan, jumlah jarak yang dicapai secara terkumpul oleh peserta di serata rantau APAC tahun ini ialah hampir tiga kali jarak tahun lepas – cukup untuk mengelilingi bumi hampir 40 kali.

Sebagai sebahagian daripada kempen Get Moving With Good Nutrition (Jom Gerak dengan Pemakanan Sihat), tahun 2021 merupakan tahun kedua larian maya ini diadakan, untuk mendorong orang ramai terus bersenam sambil menghadapi situasi mencabar sepanjang tempoh dua tahun lepas.

Lebih 5,000 Peserta di Malaysia Berlari Lebih 321,000 Kilometer dalam Larian Maya Herbalife Nutrition 2021
Steven Chin, Senior Director:General Manager, Herbalife Nutrition Malaysia and Singapore

Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar, Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura, berkata, “Sejajar dengan usaha kami untuk menangani isu kealpaan tentang kesihatan dan menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal aktif, Larian Maya 2021 menarik lebih ramai peserta tahun ini. Kejayaan acara ini amat penting kerana situasi pandemik terus menjejaskan gaya hidup sihat dan menyebabkan lebih ramai orang mengamalkan rutin harian yang kurang aktif. Dalam usaha menyokong rakyat Malaysia dalam perjalanan ke arah kesihatan dan kesejahteraan, Herbalife Nutrition juga berkongsi petua untuk membina momentum dan bersiap sedia untuk rutin larian bagi pelari yang baru hendak bermula dan juga pelari tegar, disokong oleh amalan pemakanan yang sihat.”

Lebih 5,000 Peserta di Malaysia Berlari Lebih 321,000 Kilometer dalam Larian Maya Herbalife Nutrition 2021
Dr Tee E Siong, President of the Nutrition Society of Malaysia (NSM)

Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), juga berkongsi pandangan tentang inisiatif ini dan berkata, “Selama hampir dua tahun, kita lebih cenderung mengamalkan gaya hidup kurang aktif kerana kebanyakan kita terperap di rumah – dan ini sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan kita. Sebab itulah kita perlu kekal aktif dan lebih banyak bergerak untuk menjaga kesihatan kita.”

Mengulas mengenai pengalamannya, Roseline Yap dari NSM berkata, “Saya telah berlari sejauh 100km hasil dorongan daripada Larian Maya Herbalife Nutrition 2021! Cabaran ini membolehkan saya menguji keupayaan diri. Apabila kita ada sasaran, usaha kita lebih mudah dan konsisten memandangkan kita ada motivasi harian.”

Larian Maya Herbalife Nutrition 2021 ialah acara kemuncak kempen Get Moving With Good Nutrition (Jom Gerak dengan Pemakanan Sihat), sebuah inisiatif tahunan anjuran Herbalife Nutrition untuk membantu para pengguna Asia Pasifik membuang tabiat kurang sihat, mengamalkan gaya hidup aktif yang sihat dan membina masyarakat yang menyokong kehidupan sihat. Semua peserta yang menamatkan larian diberikan pingat dan e-sijil Larian Maya Herbalife Nutrition 2021 dan juga pelbagai hadiah.

© 2023 BlackButterfly DesignArts