LazMall Brand Members Day melancarkan tawaran eksklusif dengan diskaun hingga 70% di seluruh Asia Tenggara

Jualan tiga-hari ini mengukuhkan komitmen Lazada untuk menyampaikan pengalaman membeli-belah yang terbaik dengan LazMall

LazMall Brand Members Day melancarkan tawaran eksklusif dengan diskaun hingga 70% di seluruh Asia Tenggara

Kuala Lumpur, 20 Ogos 2024 – Lazada kembali dengan LazMall Brand Members Day yang akan dilangsungkan pada pertengahan Ogos ini! Acara dalam talian yang sangat dinanti-nantikan ini akan menampilkan pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun istimewa untuk pembeli yang mempunyai keahlian jenama.

Jualan LazMall Brand Members Day seumpanya akan bermula dari 16 hingga 18 Ogos 2024 di Thailand, dan seterusnya dari 20 hingga 22 Ogos 2024 di Malaysia, Singapura, Indonesia, dan Vietnam. Jualan selama tiga hari ini akan menawarkan tawaran ahli-sahaja untuk pelbagai jenama terkemuka termasuk Abbott, L’Oreal Paris, Philips, Reckitt, Samsung, TCL, Unilever, dan Xiaomi, serta banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa kegemaran ramai.

Jason Chen, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Lazada menekankan pentingnya mewujudkan pengalaman membeli-belah yang menarik dan bernilai, “Lazada komited untuk memberikan Harga Terbaik dan Pengalaman Terbaik kepada pembeli. Dengan inisiatif seperti LazMall Brand Members Day, kami dapat menawarkan tawaran dan diskaun eksklusif untuk para ahli merentasi pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan, sambil mengukuhkan LazMall sebagai destinasi yang dipercayai untuk produk asli dan pengalaman membeli-belah berkualiti tinggi. Selain itu, kempen ini membolehkan kami menyerlahkan program Brand Membership kami yang merupakan program keahlian eksklusif yang membolehkan jenama LazMall untuk berhubung dan memberi ganjaran kepada para pembeli untuk kesetiaan mereka.”

LazMall Brand Members Day menawarkan pelbagai faedah kepada pembeli dengan keahlian jenama di Lazada:

  • Menikmati penjimatan hingga 70% apabila membeli-belah di kedai kegemaran
  • Mengumpul dan menggunakan baucar diskaun eksklusif untuk ahli (tanpa perbelanjaan minimum)
  • Menerima hadiah percuma dengan setiap pembelian
  • Memperoleh sehingga 2x lebih mata keahlian apabila mereka berbelanja
  • Menebus baucar dan hadiah esklusif untuk ahli dengan mata keahlian mereka
  • Membeli set produk edisi terhad dan pakej, yang hanya tersedia semasa jualan

Musim jualan ini juga adalah masa yang paling sesuai untuk menjadi ahli jenama kegemaran kerana pembeli yang mendaftar untuk keahlian jenama pada masa ini akan berhak mendapat faedah tambahan dan hadiah alu-aluan seperti baucar diskaun ahli baharu dan mata ganjaran percuma.

Di Malaysia, Jualan LazMall Brand Members Day diterajui oleh lima jenama utama termasuk Abbott, Eucerin, Philips, Timberland, dan Xiaomi dan lebih 15 jenama sokongan yang menampilkan pelbagai pilihan kegemaran tempatan dan antarabangsa seperti Applecrumby, Aptamil, Bosch, BZU BZU, Dreame, Hisense, Hoppi, Huggies, Hugo Boss Fragrances, Kenvue, Marc Jacobs Fragrances, Nivea, Realme, Senheng dan Vivo. Ramai lagi penjual tempatan di LazMall juga turut serta dalam jualan ini dengan promosi istimewa untuk ahli jenama mereka, memastikan pengguna mempunyai pelbagai pilihan produk dan tawaran yang sesuai dengan keperluan pasaran tempatan.

Beberapa tawaran yang boleh dinantikan oleh pengguna semasa Jualan LazMall Brand Members Day termasuk:

  • Abbott: Tebus mata untuk baucar – 300 mata untuk diskaun RM50 (perbelanjaan min. RM50), atau 500 mata untuk diskaun RM100 (perbelanjaan min. RM100)
  • Eucerin: Tebus 5,000 mata untuk baucar diskaun RM50; dapatkan hadiah percuma Eucerin pH5 Lotion (20ml) dengan setiap pesanan; dan beli set Brand Members Day dengan penjimatan sehingga 60%
  • Philips: Diskaun ekslusif untuk ahli sehingga 15% (tanpa perbelanjaan minimum., terhad kepada RM500)
  • Timberland: Penjimatan sehingga 70% pada produk terpilih; baucar diskaun 30% untuk masa terhad
  • Xiaomi: Penjimatan sehingga 75% untuk pelbagai produk, dengan baucar eklusif untuk ahli bagi diskaun tambahan untuk TV, monitor, peranti boleh pakai, dan vakum robot
LazMall Brand Members Day melancarkan tawaran eksklusif dengan diskaun hingga 70% di seluruh Asia Tenggara

Brand Memberships adalah program kesetiaan eksklusif di LazMall, di mana pembeli boleh menyertai kedai jenama yang mengambil bahagian sebagai ahli untuk menikmati tawaran eklusif seperti mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian, serta kelayakan untuk mendapatkan baucar percuma, hadiah dan banyak lagi yang boleh ditebus dengan menggunakan mata. Dengan membeli-belah dan mengumpul mata daripada kedai kegemaran mereka, ahli jenama boleh meningkatkan keahlian mereka ke peringkat yang lebih tinggi untuk mendapatkan faedah yang lebih baik. Setiap kedai jenama mempunyai program keahlian tersendiri dan tiada had untuk bilangan keahlian jenama yang boleh disertai oleh setiap pembeli. Pembeli boleh menjadi ahli kedai kegemaran mereka dengan mudah dengan mengklik “Join Store Membership” pada halaman jenama yang mengambil bahagian.

“Ahli jenama cenderung untuk membuat pembelian berulang, dengan pembelian yang lebih besar. Oleh itu, program Brand Membership kami direka khas untuk menggalakkan tingkah laku ini. Insentif ini telah menyumbang kepada pertumbuhan dua angka dalam pembelian dan hasil di mana jenama yang mengambil bahagian melaporkan peningkatan sebanyak 1.9 kali dalam GMV berbanding dengan tempoh jualan. Kami berhasrat untuk memanfaatkan kedudukan kami dalam menyampaikan produk yang asli dan berkualiti tinggi melalui LazMall untuk memperkenalkan lebih banyak acara membeli-belah yang memberi ganjaran seperti ini pada masa akan datang,” tambah Chen.

Untuk maklumat lanjut mengenai Jualan LazMall Brand Members Day, sila layari pautan ini mulai 18 Ogos, periksa aplikasi Lazada, atau layari www.lazada.com.my.

© 2024 BlackButterfly DesignArts