Laut Hitam Turki tersenarai dalam “Tempat Terbaik untuk Dikunjungi pada tahun 2024”.

KUALA LUMPUR, 19 January 2024 – Wilayah Laut Hitam berlatarkan pantai yang menakjubkan di Türkiye telah dimasukkan dalam senarai  tempat terbaik untuk dikunjungi (The Best Places to Visit) CNN Travel pada tahun 2024, iaitu senarai tahunan yang menampilkan perspektif berbeza buat mereka yang gemar melancong. Di bahagian utara Türkiye, Wilayah Laut Hitam yang berbentuk bulan sabit dan deretan pantainya mendapat pujian kerana geografi dan iklimnya yang unik, tapak bersejarah, laluan tersembunyi – dan teh yang enak.

Laut Hitam Turki tersenarai dalam
“Tempat Terbaik untuk Dikunjungi pada tahun 2024”.
Rize Kaçkar Mountain

Laluan Alam Semula Jadi dan Sejarah di Türkiye

Menampilkan cerun pergunungan yang subur kehijauan dan pesisiran pantai yang bersempadankan lautan membiru, Wilayah Laut Hitam di Türkiye merupakan salah satu permata tersembunyi negara ini yang menanti untuk diterokai dengan khazanah warisan budaya, keindahan alam semula jadi dan pelbagai aktiviti. Pinggir pantai yang berliku di Laut Hitam ternyata terkenal kerana mempunyai laluan yang paling indah di Türkiye.

Perjalanan di sepanjang pantai yang panjang di wilayah ini turut menawarkan peluang untuk meneroka kubu-kubu purba, pantai yang unik dan perkampungan nelayan yang tenang berhampiran pelabuhan. Laluan yang sesuai untuk peminat berbasikal, Laut Hitam juga menarik minat kalangan pencinta pengembaraan dengan kehijauan hutannya, air terjun yang dramatik dan tanah tinggi yang luar biasa serta sukan lasak seperti berakit, trekking, mendaki gunung dan mendaki batu-batuan.

Laut Hitam Turki tersenarai dalam
“Tempat Terbaik untuk Dikunjungi pada tahun 2024”.
Trabzon Sis Plateau

Menjadi tapak kepada tamadun dan budayahazanah sejarah dan warisan budaya.  Kawasan berkenaan terdiri daripada beberapa destinasi bersejarah termasuklah Biara Sümela yang diasaskan di Trabzon pada abad keempat dan didedikasikan kepada Virgin Mary; Istana Zil di Rize, 750 meter di atas paras laut; Muzium Kapal Bandırma (Bandırma Gemi Müzesi) di Samsun, kota Perjuangan Negara dan Tanjung Yason di Ordu iaitu asal usul Legenda Altınpost.

Kawasan dataran tinggi yang dilitupi awan dan kehidupan kampung yang menarik perhatian, Wilayah Laut Hitam juga terkenal dengan pekan-pekan keciln yang berbeza sejak zaman dahulu, Wilayah Laut Hitam mempunyai kya yang menawan. Safranbolu, Tapak Warisan Dunia UNESCO Karabük; Kastamonu, dengan rumah bersejarah yang mengekalkan seni bina bandar tradisional Turki sehingga ke hari ini; Mudurnu dan Göynük, destinasi Cittaslow di Bolu; dan Amasra, dengan keindahan alam semula jadinya yang menakjubkan.

Laut Hitam Turki tersenarai dalam
“Tempat Terbaik untuk Dikunjungi pada tahun 2024”.
Karabük Safranbolu

Pengembaraan Kulinari Laut Hitam

Iklim hujan dan tanah yang subur di Wilayah Laut Hitam juga menyumbang kepada budaya kulinari yang unik di kawasan berkenaan. Tanaman yang tumbuh di wilayah ini termasuk kale, jagung dan chard yang merupakan antara elemen asas masakan Laut Hitam. Wilayah Laut Hitam juga terkenal dengan pengeluaran teh dan kacang hazel. Kacang hazel Türkiye yang paling sedap ditanam di Ordu dan Giresun, manakala Rize menjadi pusat kepada 60% daripada pengeluaran teh Türkiye. Teh di Türkiye bukan sekadar minuman yang sederhana. Ia merupakan sebahagian daripada gaya hidup tempatan yang tidak dapat dipisahkan, begitu sebati dengan budaya Turki. Minuman itu yang  santai dan menyenangkan, ialah komponen sarapan yang paling popular dan jenis minuman yang paling banyak diambil di Türkiye.

Laut Hitam Turki tersenarai dalam
“Tempat Terbaik untuk Dikunjungi pada tahun 2024”.
Turkish Tea

Ikan, terutamanya ikan bilis Laut Hitam yang terkenal, merupakan tunjang utama di sepanjang pantai Laut Hitam. Ikan kecil itu digunakan untuk masakan istimewa tempatan seperti ikan bilis bird (hamsi kuşu), sejenis hidangan ikan bilis goreng bersalut tepung dan pilaf dengan ikan bilis (hamsili pilav). Pide (roti pipih Turki berintikan pelbagai bahan) juga sangat terkenal di wilayah Laut Hitam, tetapi pide  tempatan Samsun paling terkenal. Semua tiga daerah Samsun iaitu Bafta, Çarşamba dan Terme, mempunyai pide berbeza dengan dohnya yang unik dan bahan-bahan lain seperti daging kisar atau keju. 

© 2023 BlackButterfly DesignArts