Langkah pertama untuk #SamaSamaStop Merokok: Nicorette bekerjasama dengan mQuit Services sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia untuk membantu 25,000 perokok di Malaysia

Selangor, 7 Jun 2022 – Setiap tahun di Malaysia, dianggarkan lebih 27,000 kematian rakyat Malaysia yang direkodkan adalah dikaitkan dengan tabiat merokok1.

Hasrat untuk berhenti merokok mungkin sangat mencabar, namun dengan bantuan produk-produk Terapi Penggantian Nikotin (Nicotine Replacement Therapy, NRT) seperti Nicorette, boleh membantu perokok meninggalkan tabiat mereka buat selamanya. Produk NRT Nicorette membantu melegakan simptom penarikan (withdrawal symptoms) dan mengurangkan keinginan nikotin, yang sering dialami oleh orang ramai apabila mereka mula-mula berhenti merokok. Selain itu, NRT juga boleh membantu pengguna mengurangkan jumlah rokok yang dihisap.

CHIN KEAT CHYUAN,  Pengarah Urusan Johnson & Johnson, berkongsi bahawa falsafah syarikat menggariskan tanggungjawabnya untuk mengutamakan keperluan dan kesejahteraan pelanggan. “Sebagai salah sebuah syarikat penjagaan kesihatan terbesar di dunia, kami komited melaksanakan tanggungjawab kami untuk membantu rakyat Malaysia menjadi lebih sihat, dan salah satu caranya ialah dengan menyokong akses yang lebih baik kepada penjagaan kesihatan di seluruh dunia. Bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia, Nicorette berganding bahu dengan mQuit Services dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menggalakkan perokok di Malaysia memulakan gaya hidup yang lebih sihat. Kempen ini selaras dengan objektif mQuit Services, sebuah program berhenti merokok yang diiktiraf oleh KKM. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat mencapai sasaran untuk membantu 25,000 orang perokok di Malaysia dalam mengorak langkah pertama #SamaSamaStop merokok. Mereka boleh mengunjungi mana-mana farmasi yang mengambil bahagian untuk mendapatkan rundingan percuma oleh ahli farmasi dan menerima pelan berhenti merokok yang disesuaikan bersama dengan kit permulaan,” jelasnya.

Nicorette tersedia dalam dua format untuk memastikan ia dapat menampung pelbagai jenis keperluan perokok bagi membantu mereka berhenti merokok:

  1. Nicorette Invisi Transdermal Patch – Jumlah nikotin yang terkawal menyerap melalui kulit ke dalam aliran darah, membantu mengawal keinginan nikotin sehingga 16 jam.
  2. Nicorette Gum – Berfungsi dengan cepat untuk melegakan keinginan dan gejala penarikan. Terdapat dalam dua kekuatan berbeza: 2mg atau 4mg.


Mulakan perjalanan #SamaSamaStop merokok anda dengan Nicorette! Bermula hari ini sehingga 30 Jun 2022, temui mana-mana ahli farmasi di Farmasi Caring, Farmasi Alpro dan Farmasi Keluarga Health Lane berhampiran anda untuk mengetahui lebih lanjut.

© 2023 BlackButterfly DesignArts