KyoChon 1991 Malaysia Disahkan Halal

Rangkaian Ayam Goreng Korea Antarabangsa Diiktiraf Halal oleh JAKIM untuk rakyat Malaysia

Kuala Lumpur, 11 Mei 2023 —  KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea Antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Dalam sidang media yang diadakan di cawangan The Gardens Mall hari ini, KyoChon 1991 Malaysia mengumumkan bahawa 15 cawangan mereka kini disahkan halal oleh JAKIM. Ini termasuk 10 cawangan di Selangor, 2 cawangan  di Johor, 2 cawangan di Pulau Pinang, dan 1 cawangan di Negeri Sembilan. Cawangan-cawangan terlibat adalah di Pusat Membeli-belah 1 Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Pusat Membeli-belah IPC, IOI Mall Puchong, Central i-City, Seksyen 9 Bangi, Bandar Botanik Klang, Prima Sri Gombak, Cheras Traders Square, Johor Bahru City Square, The Mall Mid Valley Southkey, AEON Mall Nilai, Arena Curve Pulau Pinang dan Sentral Jaya Pulau Pinang.

Meskipun KyoChon 1991 sejak dari mula lagi tidak menghidangkan daging khinzir dan hanya menggunakan bahan-bahan halal import Korea yang terbaik, KyoChon 1991 Malaysia berbesar hati untuk mendapat pensijilan rasmi daripada JAKIM agar pelanggan yakin bahawa piawaian halal sentiasa menjadi keutamaan dan dipraktikkan dalam penyedian sajian mereka.

KyoChon 1991 Malaysia Disahkan Halal
KyoChon 1991 Malaysia – Sidang Media Pensijilan Halal

“Pensijilan halal JAKIM merupakan matlamat penting untuk KyoChon 1991 sejak jenama ini dilancarkan di Malaysia pada Disember 2013. Kami amat bertuah kerana pemberi francais memberi sokongan penuh dan melabur untuk kilang automatik bernilai jutaan dolar bagi penghasilan sos dan perapan KyoChon 1991. Ini bermakna pelanggan KyoChon 1991 di Malaysia boleh menikmati rasa dan kualiti bahan yang sama seperti apabila menjamu selera di KyoChon 1991 di Korea kerana semua sos dan perapan berasal dari kilang halal yang sama!

Kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka yang membolehkan kami berkembang kepada 35 cawangan di seluruh negara. Sebagai perintis rangkaian ayam goreng Korea di Malaysia, kami bersyukur kerana rakyat Malaysia telah menjadikan kami sebagai pengendali KyoChon 1991 yang paling berjaya di luar Korea dan ingin memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa kami sentiasa mematuhi piawaian makanan dan keselamatan yang tertinggi dan amat gembira kerana telah secara rasmi disahkan halal oleh JAKIM sebagai jenama yang boleh anda percayai. Bagi meraikan kejayaan ini, kami berbesar hati menawarkan diskaun 15% kepada pelanggan kami apabila menjamu selera di KyoChon pada bulan ini,” kata Terry Goh, Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia.

KyoChon 1991 Malaysia Disahkan Halal
Pelawat dibawa melawat ke dapur oleh Terry Goh, Chief Executive Officer, KyoChon 1991 Malaysia

Pensijilan halal telah menjadi perjuangan berterusan bagi kebanyakan rangkaian dalam industri makanan dan minuman di Malaysia. Walaupun perlu melalui proses yang amat rumit, KyoChon 1991 Malaysia berdedikasi untuk menjadi jenama yang boleh dipercayai oleh pelanggan di Malaysia. Kesemua cawangan telah menjalani proses pengauditan oleh JAKIM. KyoChon 1991 Malaysia bakal mengumumkan lebih banyak cawangan yang disahkan halal tidak lama lagi.

KyoChon 1991 Malaysia Disahkan Halal
Kyochon Kitchen – Disebalik Tabir

Hadir pada sidang media KyoChon 1991 Malaysia untuk pemerolehan pensijilan halal mereka hari ini ialah Terry Goh, Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon 1991 Malaysia, dan Mohd Fakarudin bin Mas’od, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)yang menyampaikan sijil halal kepada KyoChon 1991. Untuk meraikan kejayaan ini bersama semua rakyat Malaysia, KyoChon 1991 Malaysia menawarkan potongan 15% bagi santapan di cawangan, bawa pulang dan pesanan melalui web dari 12 Mei – 13 Jun 2023 (tiada perbelanjaan minimum diperlukan). Pastikan anda ke KyoChon 1991 dan sertai sambutan kejayaan kami dengan menikmati ayam goreng asli Korea kegemaran anda!

Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran terkini KyoChon 1991 Malaysia serta pensijilan halal layari laman web mereka di: https://www.kyochon.com.my/.

© 2023 BlackButterfly DesignArts