Kulit Lebih Cerah dan Lebih Dilindungi dengan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA ++++ yang Baharu

Alami keserasian ideal antara pencerahan dan perlindungan daripada sinar matahari untuk kulit

Kulit Lebih Cerah dan Lebih Dilindungi dengan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA ++++ yang Baharu

Kuala Lumpur, 2 Oktober 2024 – Malaysia mengalami sinaran matahari sepanjang tahun, menyebabkan kerosakan UV yang berpanjangan dan membimbangkan. Kerosakan ini boleh menyebabkan bintik hitam, penuaan pramatang atau pigmentasi, serta tona kulit yang tidak sekata. Safi telah membuat kajian terperinci untuk menghasilkan produk unik yang melindungi kulit daripada sinaran UV dan membantu mencerahkannya pada masa yang sama. Oleh itu, Safi Malaysia memperkenalkan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++, inovasi terbaru dalam penjagaan kulit, yang menawarkan wanita-wanita di Malaysia dengan perlindungan dan penjagaan kulit dalam satu langkah mudah.

Kulit Lebih Cerah dan Lebih Dilindungi dengan Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA ++++ yang Baharu

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ yang memberikan 100X Vitamin C, diekstrak daripada Kakadu Plum, boleh menembusi lapisan dalam kulit (hingga lapisan paling dalam epidermis kulit) untuk mengurangkan ketaraan bintik-bintik hitam dan mencerahkan kulit. Ia juga diperkaya dengan dua bahan istimewa: Asid Glikolik, yang membantu mengelupas sel kulit mati dan mempercepatkan pembaharuan sel, dan Niacinamide, yang mengurangkan pigmentasi untuk tona kulit lebih sekata.

“Kita warga Malaysia sering terdedah kepada sinaran matahari setiap hari, yang boleh menjejaskan kesihatan kulit kita,” kata Kazlina Kassim, Pakar Jenama dan Penyelidikan di Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd. “Safi Perfect White Sunscreen dihasilkan untuk memberikan perlindungan matahari yang lengkap tetapi juga boleh menyerikan kulit. Kami ingin memberi pelanggan kami produk yang membantu mencerahkan dan menyerikan kulit mereka, sambil melindungi daripada sinaran UV yang memudaratkan kulit.”

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ memberikan perlindungan yang menyeluruh dengan SPF 50+ PA++++, yang melindungi kulit anda daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya. Ia membantu mencegah kulit menjadi kusam akibat pendedahan matahari yang berpanjangan. Formula yang ringan dan tidak berminyak ini tidak meninggalkan kesan putih dan memberikan perlindungan yang tahan lama di samping membantu mencerahkan kulit.

Pelindung Matahari Safi Perfect White 3X Advance Brightening SPF 50+ PA++++ adalah ideal untuk kegunaan harian dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh didapati pada harga yang mesra poket iaitu RM19.90, pelindung matahari ini membolehkan anda mendapatkan perlindungan matahari yang berkualiti tinggi. Kini, anda boleh melakukan aktiviti luar dengan yakin tanpa risau akan keselamatan dan kesihatan kulit anda.

Ia boleh didapati di semua farmasi dan peruncit kecantikan terkemuka termasuk Watsons, Guardian, dan kedai dalam talian seperti TikTok, Shopee dan Lazada.

© 2024 BlackButterfly DesignArts