Kuala Lumpur menduduki tempat #2 antara destinasi tersohor kini di Airbnb pada S3

Airbnb mendedahkan destinasi domestik dan antarabangsa yang paling sohor kini dalam kalangan rakyat Malaysia pada S3 2022, dengan Kuala Lumpur menduduki tempat #2 destinasi global Airbnb yang tersohor kini pada S3
Penginapan paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia termasuklah penginapan yang menawarkan pemandangan hebat dan kolam renang

Kuala Lumpur, 22 Disember 2022 — Data baharu daripada Airbnb telah mendedahkan bahawa Kuala Lumpur menduduki tempat kedua antara destinasi paling sohor kini di seluruh dunia pada S3, mendahului destinasi-destinasi pelancongan popular yang lain.

Airbnb mendedahkan senarai 10 destinasi global paling sohor kini pada S3, yang merangkumi destinasi popular di seluruh Asia, Amerika Selatan dan Eropah*:

  1. Kuta, Indonesia
  2. Kuala Lumpur, Malaysia
  3. Itapema, Brazil
  4. Angra dos Reis, Brazil
  5. Bangkok, Thailand
  6. Sydney, Australia
  7. Singapura, Singapura
  8. Málaga, Sepanyol
  9. Melbourne, Australia
  10. Bandar Pattaya, Thailand

Amanpreet Bajaj, Pengurus Besar Airbnb untuk Asia Tenggara, India, Hong Kong dan Taiwan, berkata, “Pembukaan semula lebih banyak negara tahun ini telah mencetuskan permintaan yang tinggi dalam kalangan pengembara antarabangsa yang ingin berhubung semula dengan orang tersayang atau melawat kembali destinasi kegemaran mereka. Ianya amat mengujakan kerana Malaysia, dengan pelbagai tawarannya yang luar biasa, daripada alam semula jadi yang menakjubkan kepada budaya yang kaya dan sajian yang lazat, merupakan pilihan utama pengembara antarabangsa apabila perjalanan kian memulih.”

Walaupun minat untuk melancong ke luar negara meningkat pada tahun ini, perjalanan domestik tetap popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Ipoh meraih tempat teratas sebagai destinasi #1 paling popular di Airbnb dalam kalangan rakyat Malaysia pada S3 2022, diikuti dengan Kuching, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Genting Highlands.

Selaras dengan revolusi perjalanan terbesar yang pernah dilihat dunia, Airbnb telah mencipta cara baharu untuk pengembara mencari penginapan percutian mereka melalui Kategori Airbnb. Dengan lebih 300 juta paparan di seluruh dunia sejak pelancarannya pada bulan Mei, lima Kategori Airbnb tertinggi di Malaysia mengikut median pendapatan pada S3 2022 ialah:

  • Pemandangan hebat
  • Bermain golf
  • Kolam hebat
  • Tepi pantai
  • Tropikal

Berikutan keinginan untuk melancong yang kian meningkat, rakyat Malaysia kini merancang percutian luar negara mereka dengan semangat baharu. Data Airbnb baharu mendapati bahawa destinasi antarabangsa yang paling sohor kini dalam kalangan rakyat Malaysia pada S3 2022, mengikut kedudukan, ialah**:

  1. Bangkok, Thailand
  2. Paris, Perancis
  3. Melbourne, Australia
  4. Greater London, United Kingdom
  5. Seoul, Korea Selatan

*Berdasarkan peningkatan carian destinasi (minimum 50,000) pada S3 2022

**Berdasarkan tinjauan ke atas 82,287 hos Airbnb dengan tempahan antara 1 Jun 2022 dan 31 Dis 2022.

© 2023 BlackButterfly DesignArts