Unity Walk and Pertunjukkan Bunga Api terbesar i-City Tahun Baru Cina ini
i-City, 6 February 2024: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan menganjurkan Festival Perpaduan Etnik di i-City, sempena Tahun Baru Cina.
Festival Perpaduan Etnik yang berlangsung pada 17 dan 18 Februari bertujuan untuk memupuk perpaduan etnik di Malaysia sejajar dengan konsep Malaysia MADANI.
Dua acara utama yang dijadualkan bersama festival ini ialah persembahan bunga api yang spektakuler, mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia pada 17 Februari (8 malam) dan Unity Walk pada 18 Februari (7 pagi).
Menurut Pengarah i-City, Monica Ong, acara ini juga akan menampilkan aktiviti seperti demonstrasi pertahanan diri, pertunjukan fesyen, panggung rakyat, dan persembahan budaya dan banyak lagi.
“Festival Perpaduan Etnik adalah sebahagian daripada sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan di i-City. Sepanjang tempoh ini, pengunjung akan menikmati suasana meriah sambutan dan pada masa yang sama, menjelajahi permainan dan tarikan baru seperti Digital Sports Arena, Immersive Winterland, dan Race Karting, antara lain.
“Antara acara menarik yang menanti adalah persembahan Tarian Singa Akrobatik dan Tarian Naga pada 11 dan 24 Februari 2024, God of Prosperity mengedarkan buah oren dan kemasukan percuma ke Muzium Lilin Red Carpet 2 serta pembukaan tarikan mini baharu.”
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cynthia Lee di [email protected] atau 0193707200