Dalam dunia yang penuh dengan kemungkinan di mana setiap gadis diberi kuasa untuk mengalami masa remaja yang tidak terhad, kami meraikan semangat mereka yang tidak terbendung
Kujala Lumpur, 12 Oktober 2021 – Hari Gadis Remaja Antarabangsa kini masuk tahun ke-10, diraikan pada Oktober 11, bagi mengutamakan hak gadis, serta memperkasakan mereka untuk membuat keputusan yang memberi kesan kepada hidup mereka. Bencana pandemik dan jurang digital yang semakin meluas lagi tidak seimbang memberi impak kepada gadis dan wanita di seluruh dunia. Satu kajian terkini kendalian Kotex, jenama milik Kimberly-Clark, mendapati gadis belasan tahun di Asia Pasifik kini membesar dengan tekanan yang serius dan melihat peluang untuk memberi sokongan kepada komuniti gadis.
Kajian itu menekankan bahawa cabaran klasik diharungi gadis remaja yang menjangkau umur akil baligh, turut meliputi isu seperti perubahan iklim sejagat, pembulian siber dan jangkaan daripada masyarakat yang tidak realistik. Kebanyakan gadis remaja percaya kekangan sosial adalah faktor penghalang kepada kebebasan, namun sekitar tiga suku kalangan gadis remaja menjadikan wanita dewasa sebagai rakan sekutu. Perubahan tanggapan terhadap haid dan kelaziman berkaitan haid di sesetengah wilayah di dunia ini dianggap sebagai suatu keharusan supaya tidak kekal menjadi stigma di kalangan masyarakat.
Dapatan daripada kajian ini menggariskan intisari perayaan Hari Gadis Remaja Antarabangsa 2021 dan memperakui arah tuju gadis remaja menelusuri perjalanan menuju masa depan pilihan masing-masing. Sebagai dorongan kepada usaha penting ini, Kotex menggiatkan usaha menarik penglibatan komuniti gadis di rantau Asia Pasifik menerusi kempen #GirlUnrestricted. Kempen yang meliputi seluruh rantau berkenaan bertujuan membawa suara gadis remaja demi menangani stigma haid di kalangan masyarakat dan membina masa depan cemerlang menerusi pendidikan.
“Kotex menggalakkan para gadis menelusuri alam remaja mereka mengikut cara mereka sendiri, seterusnya menjadi dewasa berpandu pilihan sendiri dan bukan paksaan. Kami percaya gadis remaja yang mendewasa tanpa kekangan adalah alam remaja yang penuh kemungkinan positif. Menerusi acuan kendiri, gadis remaja boleh mengharungi kembara kehidupan berteras kemaafan berbanding hukuman, menghadapii kesilapan tetapi tidak berundur bahkan mara ke perjalanan selanjutnya. Hal ini sejajar dengan tujuan Kotex untuk menghindar halangan kemajuan gadis remaja, sama ada stigma datang haid atau faktor-faktor lain kemasyarakatan,” jelas Martina Jezdikova, Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia. “Dengan semangat Hari Gadis Remaja Atarabangsa, kempen anjuran Kotex – #GirlUnrestricted menggalakkan gadis remaja meraikan keunikan mereka, sama ada tabah dengan segala kekurangan atau sebaliknya, serta melihat alam remaja sebagai perjalanan hidup penuh kemungkinan positif dan bukan mengikut arah yang telah ditetapkan.”
Di Malaysia, Kotex beriltizam memastikan tiada gadis tercicir ketika mengharungi alam remaja, tanpa mengira latar belakang sosial. Baru-baru ini, Kotex Malaysia dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN:girls), telah bekerjasama menderma pek tuala wanita bagi membantu dan menyokong pihak berkeperluan. Usaha ini dikuatkan melalui kempen Teroka Lokal dengan pemasaran koleksi Limited Edition, yang berinspirasi empat negeri di Malaysia. Melalui kerjasama ini, Kotex Malaysia dan WOMEN:girls bertujuan membantu 20,000 gadis remaja dan wanita.
“Kami berbesar hati kerana dapat berganding bahu dengan jenama seperti Kotex yang turut berkongsi tekad khususnya dalam menyedia peluang yang seimbang buat gadis remaja dan wanita, sama ada di bidang pekerjaan, akses kepada keperluan asas dan haid, dan juga pendidikan mengenai haid. Amat sedih apabila mengetahui, di sebalik kemajuan yang telah dicapai negara ini, masih ada gadis remaja dan wanita di kalangan masyarakat kita yang masih menghadapi kesukaran dalam memperolehi keperluan haid. Harapan kami adalah supaya dapat membantu golongan hawa memperkasa diri dan mencapai kecemerlangan masa depan,” jelas Izza Izelan, Pengarah Eksekutif di WOMEN:girls.
Untuk memulakan pelancaran kempen #GirlUnrestricted, sebuah video telah disiarkan ke seluruh rantau Asia Pasifik untuk menyeru gadis remaja melazimkan keunikan pengalaman menuju alam dewasa mengikut tahap kendiri. Video ini juga menampilkan Rose Nicotine – seorang ‘influencer’ tempatan. Kotex Malaysia, selain berganding bahu dengan Women:Girls, turut melancarkan Projek Kotex #SheCan awal tahun ini bagi memperkasa gadis muda Malaysia untuk mengurus tempoh haid masing-masing dengan maruah dan integriti. Projek ini bermatlamat untuk mendidik 100,000 gadis remaja sekolah tinggi tentang kepentingan kebersihan menstrual, kesihatan mental dan positiviti tubuh badan sebagai usaha menangani tanggapan stereotaip terhadap haid di kalangan masyarakat.
“Kami sangat teruja melancarkan kempen Kotex #GirlUnrestricted dalam meraikan Hari Gadis Remaja Antarabangsa. Setiap gadis menghadapi perubahan ketika membesar. Sebagai mana mereka mengalami haid, kami percaya golongan muda ini juga dapat mengharungi apa jua dalam kembara kehidupan. Peranan kami bukanlah untuk menyediakan segala jawapan kepada setiap persoalan tetapi menggunakan pengaruh kami sebagai jenama yang digemari bagi mencipta lebih banyak peluang untuk suara gadis remaja didengari, disokongi dan supaya mereka saling meraikan sesama mereka,” tambah Martina. “Kimberly-Clark dan jenama Kotex akan tegar fokus menghapuskan stigma, menambah baik akses dan mempertingkatkan kesan positif utama untuk wanita dan gadis remaja dalam hal ehwal pendidikan dan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.”
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Kotex #GirlUnrestricted, sila lawati https://youtu.be/GtyLYMY8V_g.