KOSSAN Mencatat Nama Dalam Malaysia Book of Records dengan Program Rantaian Nilai Hijau (GVC)

Kuala Lumpur, 18 Julai 2023 – KOSSAN Rubber Industries Berhad (“KOSSAN”) telah diberi pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records sebagai pengeluar sarung tangan pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama strategik bersama Bank Negara Malaysia (“BNM”) untuk melancarkan Program Rantaian Nilai Hijau (GVC) kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

GVC memperkukuh nilai kemampanan korporat KOSSAN dan memperkasakan pembekal PKS dengan mengenal pasti garis dasar serta bahagian yang menyumbang kepada operasi pelepasan karbon mereka bagi membantu peralihan kepada operasi rendah karbon,  sejerus membuktikan penglibatan KOSSAN dalam usaha menjaga alam sekitar, tanggungjawab sosial, dan takbir urus (ESG).

Sejak pelancaran Program GVC pada 7th Mac 2023, KOSSAN telah mencatatkan kemajuan yang ketara dalam usaha menarik pembekal PKSnya untuk turut sama mengambil bahagian dalam inisiatif kemampanannya. 21% daripada PKS KOSSAN telah mengikuti latihan kemampanan, bagi mendalami hal-hal berkaitan dengan pengurusan dan pelaporan karbon. Sebanyak 72% daripada mereka telah menggunakan perisian perakaunan karbon yang disediakan oleh Pantas. Program ini juga membolehkan PKS mendapat akses kepada Kemudahan Peralihan Karbon Rendah (LCTF) bagi membiayai modal kerja atau perbelanjaan modal PKS yang berkaitan dengan ESG  pada kadar yang berpatutan.

KOSSAN Program Rantaian Nilai Hijau
PKS yang mendaftar untuk program GVC menghadiri sesi latihan kemampanan anjuran KOSSAN

“Untuk mencapai Penghijauan Rantaian Bekalan memerlukan pemahaman dan usaha secara kolektif daripada semua pemegang taruh. Untuk itu, kami berterima kasih kepada pembekal kami atas semangat dan kerjasama mereka untuk menjadi sebahagian daripada program ini. Baru-baru ini, kami telah menerima maklum balas positif dan penghargaan yang memberangsangkan daripada pemegang taruh kami, bahawa, program GVC ini dianjurkan tepat pada masanya dan banyak memberikan sumber maklumat, panduan dan insentif,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOSSAN, Tan Sri Dato’ Lim Kuang Sia.

Kejayaan dalam mewujudkan program perintis untuk para pembekalnya ini menerusi kerjasama strategik dengan BNM adalah selaras dengan matlamat Dasar Kelestarian Prinsip L.I.V.E. KOSSAN untuk mencipta nilai yang dikongsi bersama menerusi sebuah ekosistem yang mampan.

Pengerusi Kelestarian KOSSAN, Lawrence Lim yang menerima anugerah itu berkata, “Kami berbangga kerana mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas usaha kami dan akan meneruskan usaha untuk memupuk amalan kemampanan di KOSSAN, menginspirasikan perubahan positif di industri kami.”

Alam Sekitar adalah salah satu nilai utama KOSSAN yang berteraskan kesediaan untuk menerokai kaedah baru dalam usaha memperjuangkan kemampanan, sama ada memperkasakan pembekal PKS mereka atau berpandukan Prinsip L.I.V.E. KOSSAN.  Anugerah terhormat ini mengukuhkan lagi kedudukan KOSSAN sebagai sebahagian daripada pemacu kemampanan yang membentuk masa depan yang lebih hijau untuk Malaysia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai KOSSAN dan inisiatifnya yang lain, sila kunjungi kossan.com.my. 

KOSSAN Mencatat Nama Dalam Malaysia Book of Records dengan Program Rantaian Nilai Hijau (GVC) – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts