Ditulis oleh Naznin Onn, Pengurus Perunding Operasi Squarelet
Tidak dapat dinafikan bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah tulang belakang ekonomi kita. Perniagaan-perniagaan ini menyediakan pekerjaan untuk 7.3 juta orang dan menjana 38%, atau kira-kira RM580 bilion daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia. Walaupun terdapat lebih daripada satu juta PKS yang beroperasi di negara ini, 70% daripada perniagaan ini menghadapi masalah aliran tunai.
Dengan ekonomi global yang hampir mengalami kemelesetan pada kadar pertumbuhan 2.6%, keperluan untuk rizab tunai yang mencukupi adalah penting untuk mengekalkan operasi harian. Pada masa yang sama, peluang untuk PKS menjadi semakin terhad kerana syarikat-syarikat besar dengan aset kewangan yang besar terus berkembang dan mengekalkan dominasi dalam pasaran. Malah, 22% daripada perniagaan mikro dan kecil berasa kurang yakin tentang prospek pertumbuhan mereka. Tambahan pula, landskap perniagaan di Malaysia menjadi semakin sengit, dengan pemain tempatan dan antarabangsa sentiasa bersaing untuk mendapatkan bahagian pasaran.
Di sebalik semua kekeliruan luaran ini, masalah sebenar bagi PKS terletak pada satu faktor khusus: Saiz sesebuah syarikat itu memainkan peranan penting.
Salah satu masalah yang dihadapi oleh PKS adalah menguruskan rangkaian ejen dengan berkesan disebabkan oleh pengalaman yang terhad. Sebagai perusahaan kecil dan sederhana, adalah perkara biasa untuk mempunyai sumber dan pengalaman yang terhad dalam bidang masing-masing. Malangnya, jika terus berdiam diri dan tidak mengambil tindakan, hal ini akan mengakibatkan operasi yang kurang efisien dan perkembangan yang terhalang. Pada masa yang sama, PKS mungkin menghadapi kesukaran untuk menavigasi tugas pengurusan ejen yang rumit tanpa menggunakan pengetahuan dan pengalaman daripada pakar dalam bidang tersebut. Ini boleh menyebabkan kesilapan yang boleh menjejaskan prestasi keseluruhan perniagaan mereka.
Selain itu, PKS juga sering kekurangan sumber dan kemahiran untuk menganalisis data jualan dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan keputusan inventori dan pengeluaran yang kurang baik yang boleh menjejaskan aliran tunai. Tambahan pula, beberapa PKS goyah disebabkan oleh kurangnya konsistensi dalam sektor perniagaan akibat ketiadaan proses yang selaras. Sebarang perubahan atau keputusan mendadak dalam polisi juga memerlukan pekerja dan ejen untuk menyesuaikan diri mereka dengan cepat. Tanpa sebarang panduan yang betul, hal ini akan mengakibatkan isu yang tidak diingini. Perubahan yang berterusan ini boleh mencipta ketidakpastian dan kualiti yang berubah-ubah, lantas menjadikan perniagaan menghadapi rintangan dalam merancang dan melaksanakan strategi jangka masa panjang.
Namun begitu, adalah mustahil untuk syarikat ini dalam mengatasi cabaran dan rintangan dalam jangka masa pendek. Walau bagaimanapun, PKS boleh mendapatkan bantuan yang mereka perlukan tanpa mengambil masa yang terlalu lama. Misalnya, mereka boleh mendapatkan pakar daripada penyedia penyelesaian teknologi pihak ketiga. Hal ini boleh memberikan PKS pelbagai penyelesaian inovatif yang direka untuk meningkatkan dan menyokong operasi mereka serta memastikan kelestarian yang berterusan. Usahawan boleh memanfaat penyedia sistem berejen seperti Squarelet, untuk mengenal pasti, meningkatkan, dan memperkasa pelbagai aspek syarikat mereka dan mendapatkan semula kelebihan daya saing mereka.
Pengetahuan Adalah Kuasa
Salah satu perkara pertama yang diperlukan oleh PKS dalam masa yang kritikal ini adalah aspek pengetahuan. Mempunyai pandangan berharga dan pemahaman yang kukuh tentang pasaran akan membantu perniagaan meningkatkan amalan pengurusan mereka dan kekal relevan dengan trend terkini. Malah, terdapat pelbagai sumber percuma yang boleh diakses dalam talian di mana PKS boleh mendapatkan pelbagai pandangan perniagaan, misalnya podcast ‘Sembang Squarelet’ yang disiarkan di laman sosial Youtube milik Squarelet sendiri. PKS juga boleh mengatasi sebarang ketidakcekapan operasi yang sering berpunca daripada kekurangan pengetahuan. Oleh itu, adalah penting bagi PKS untuk menggalakkan pembelajaran berterusan dan mendedahkan diri mereka kepada idea, alat, dan metodologi baharu yang akhirnya akan meningkatkan prestasi mereka.
Selain itu, menceburi peluang latihan seperti program latihan SQ Savvy, Briefing & Coaching Squarelet adalah satu langkah penting untuk menyokong pengetahuan perniagaan. Stagnasi adalah faktor yang berisiko tinggi kepada perkembangan perniagaan. Dengan mendapatkan akses kepada program latihan, PKS boleh membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan perniagaan mereka dengan lebih berkesan. Sebagai contoh, latihan mengenai pengurusan ejen, analisis data, dan pengiraan komisen boleh membekalkan pemilik dan pasukan mereka dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menangani tugas-tugas ini dengan cekap. Di samping itu, latihan juga boleh memastikan bahawa setiap ahli pasukan selaras mengenai proses dan standard perniagaan. Konsistensi ini adalah penting untuk mengekalkan kualiti dan kebolehpercayaan dalam operasi yang seterusnya akan meningkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan.
Memastikan Akses kepada Medium Yang Betul
PKS perlu memastikan mereka mempunyai akses kepada alat pengurusan perniagaan yang komprehensif untuk mengatasi cabaran operasi. Dengan mengintegrasikan pelbagai fungsi seperti jualan, pengurusan hubungan pelanggan (CRM), kewangan, dan lain-lain, mereka dapat menyelaraskan operasi dan mengurangkan kerumitan yang timbul daripada penggunaan sistem yang berasingan. Malah, apabila semua maklumat dan proses disentralisasikan, pelbagai jabatan dapat berkoordinasi dengan lebih berkesan dan efisien.
Dalam konteks krisis ekonomi semasa, alat pengurusan kewangan mungkin memberikan ketenangan bagi PKS dengan mempunyai penjejakan kewangan yang terperinci. Penyelesaian kewangan digital juga boleh membantu PKS mengekalkan aliran tunai yang sihat, mengurus perbelanjaan, dan memastikan pematuhan mengikut piawaian perakaunan. Selain itu, PKS juga boleh mendapatkan bajet dan ramalan yang tepat. Dalam masa yang penuh ketidakpastian ini, mempunyai akses kepada alat perancangan kewangan proaktif akan membantu PKS menjangka keperluan masa depan dan menguruskan sumber mereka dengan cekap.
Tidak dapat dinafikan bahawa cabaran yang dihadapi oleh PKS Malaysia adalah sangat dititikberatkan. Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang tidak dapat diatasi. Dengan mengamalkan penyelesaian digital dan mendapatkan sokongan pakar daripada profesional seperti Squarelet, setiap golongan PKS dapat mengatasi cabaran, mendorong pertumbuhan, dan memastikan kedudukan mereka dalam landskap perniagaan yang sangat kompetitif. Konklusinya, masa depan PKS kekal cerah dan berterusan dengan wujudnya alat dan sokongan yang betul, mereka boleh terus berkembang maju dan menyumbang kepada kemakmuran ekonomi negara.