Komitmen Hijau Coway untuk Masa Depan Mampan melalui Kerjasama CSR

Kesedaran Terhadap Alam Sekitar: Coway Malaysia berjaya menanam 20 pokok melalui FRIM dan mengumpul lebih dari 250 KG sampah sungai bersama EcoKnights

Kuala Lumpur, 9 November 2023 –Coway,syarikat Best Life Solution telah meneruskan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) seiring dengan menyedari kepentingan penjagaan alam sekitar dan mengambil langkah proaktif untuk memacu kemampanan serta komited untuk membina masa depan yang lebih hijau dan mampan untuk peningkatan taraf hidup serta kebaikan masyarakat.

Melanjutkan langkah dalam usaha CSRnya, Coway bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), salah satu institusi terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika, pemuliharaan dan pengurusan hutan lestari. Seiringan inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim iaitu Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen 100 Juta Penanaman Pokok, Coway dan FRIM telah bersama-sama menanam 20 pokok seperti nyatoh taban merah (Palaquium gutta), meranti rambai daun (Rubroshorea acuminata), merawan siput jantan (Hopea odorata), sentul paya (Sandoricum beccarianum), jambu bol (Syzygium malaccense) dan resak irian (Vatica rassak) di FRIM baru-baru ini. Sehingga kini, FRIM telah menyumbang kepada penanaman yang berjumlah lebih daripada 50,000 pokok di Malaysia dan Coway kekal utuh dalam sokongannya terhadap inisiatif kemampanan negara melalui kerjasama tersebut.

Komitmen Hijau Coway untuk Masa Depan Mampan melalui Kerjasama CSR

Pengarah Urusan Coway Malaysia, Kyle Choi berkata, “Di Coway, kami percaya tanggungjawab korporat perlu selaras dengan komitmen kami terhadap inovasi dan kecemerlangan. Kerjasama kami bersama organisasi-organisasi dalam menyokong aktiviti alam sekitar dan melindungi ekosistem mencerminkan dedikasi tidak berbelah bahagi kami untuk mencipta masa depan yang mampan.”

Ketua Pengarah FRIM, Dr Ismail Parlan mengulas, “Kami berbesar hati untuk mengumumkan kerjasama kami bersama Coway dalam menyokong inisiatif Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen 100 Juta Penanaman Pokok. FRIM mempunyai komitmen berterusan untuk mempromosikan amalan perhutanan mampan, dan kolaborasi ini selaras dengan misi kami. Melalui jalinan ini, kami berazam untuk memberikan sumbangan bermakna terhadap pemuliharaan alam sekitar dan untuk menekankan kepentingan penanaman pokok untuk dunia yang lebih sihat. Sokongan daripada Coway dalam usaha ini amat dihargai, dan kami yakin ia akan mendorong pihak lain untuk turut terlibat dalam inisiatif yang serupa.”

Bagi meneruskan komitmen mereka, Coway turut bekerjasama bersama EcoKnights, sebuah organisasi alam sekitar bukan kerajaan yang menumpukan tumpuan ke arah kemajuan amalan mampan untuk persekitaran yang lebih sihat melalui kerjasama melibatkan pihak berkepentingan. Sejak 2021, Coway dan EcoKnights telah bekerjasama untuk memastikan masyarakat sentiasa berada dalam persekitaran bersih dan telah mengumpul lebih 2,000 kg sisa daripada sungai di Lembah Klang. Baru-baru ini, insiatif ini telah diteruskan dan berjaya melakukan pembersihan di Sungai Kayu Ara di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dan membersihkan 252.5kg sampah sungai. Kerjasama antara Coway dan EcoKnights ini akan diperluaskan kepada tiga pembersihan sungai tambahan dalam beberapa bulan akan datang di beberapa lokasi di Lembah Klang. Selain itu, bagi usaha mendidik para sukarelawan tentang pengurusan sisa yang betul, para sukarelawan dapat menyertai bengkel Eko membuat sabun dan mempelajari cara kitar semula minyak masak terpakai menjadi sabun.

Komitmen Hijau Coway untuk Masa Depan Mampan melalui Kerjasama CSR

“Melalui kerjasama melalui entiti yang mempunyai matlamat yang serupa, kami dapat meningkatkan impak kolektif untuk menjaga sumber berharga alam sekitar. Inisiatif-inisiatif ini bukan sahaja sejajar dengan nilai teras kami, ia juga berfungsi sebagai bukti kepercayaan kami sebagai SyarikatBest Life Solution yang menyediakan penyelesaian melangkaui penjagaan dari produk kami. Setiap tindakan kecil mampu menyumbang kepada dunia yang lebih baik dan bersih untuk generasi akan datang dan oleh sebab itu, kami berharap inisiatif-inisiatif ini akan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk turut menjaga dan melindungi warisan alam sekitar di atas muka bumi ini,” kata Choi.

Sebagai sebahagian daripada dedikasi Coway untuk masa depan yang teguh dan mampan, Coway menjalankan aktiviti CSR untuk memelihara alam semula jadi dan komuniti di Malaysia disamping membina kehidupan dan masyarakat yang lebih baik. Coway Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk menyokong aktiviti alam sekitar seperti aktiviti pembersihan sungai, mengutip sampah sambil berjoging (Plogging), menggalakkan usaha kitar semula, pemuliharaan terumbu karang dan banyak lagi. Melalui penjagaan alam sekitar, Coway berhasrat untuk memupuk warisan komuniti yang lebih bersih dan hijau untuk generasi akan datang. Untuk ketahui Coway Malaysia lebih lanjut, sila layari www.coway.com.my.

© 2023 BlackButterfly DesignArts