Koleksi Minion Lipice Mentholatum Baharu Yang Menarik Untuk Menyejukkan, Menyegarkan Dan Menghidrasi Tahan Lama

Mentholatum LipIce baharu kini hadir dalam koleksi Minion edisi terhad. Kumpul semua watak Minions kegemaran anda iaitu Stuart, Bob, Kevin, Dave, Phil, Tim dan Jorge yang ditampilkan pada pembungkusan produk apabila anda membeli Tinted LipIce Lip Balm dan Fruity LipIce Lip Balm.

Selain daripada pembungkusannya yang comel, Mentholatum LipIce baharu menawarkan formula yang ditambah baik dengan ciri baharu untuk memastikan bibir anda kelihatan sihat, terhidrat dan selembut bayi.

Boleh didapati hanya dalam masa terhad, dan pembungkusan yang kelihatan comel ditambah dengan perisa baharu yang menyegarkan serta warna lembut yang menakjubkan ini boleh didapati di farmasi terkemuka pada harga RM14.90 sahaja setiap keping. Fruity Lip Balm (balsam bibir tiada warna) menawarkan kelembapan dan kesegaran yang sensasi manakala Tinted Lip Balm (balsam bibir warna) menawarkan warna semula jadi merah dan merah jambu serta memberikan perlindungan UV. Kedua-dua varian menawarkan penghidratan dan khasiat yang tahan lama kepada bibir.

Maklumat lanjut mengenai varian adalah di bawah:

Mentholatum LipIce Minions Fruity (Tiada warna) (RM14.90)

Rangkaian balsam bibir ini memberikan sensasi yang menyeronokkan, menyejukkan dan menyegarkan apabila digunakan. Ia mengandungi bahan semula jadi seperti Vitamin E, Minyak Argan dan Minyak Biji Meadowfoam untuk menyuburkan dan melembapkan bibir secara mendalam untuk bibir yang kelihatan sihat. Lipbalm Fruity ini juga berkesan melegakan dan mencegah bibir kering dan merekah, terutamanya dalam iklim kering dan sejuk.

Balsam bibir Mentholatum LipIce Minions Fruity terdapat dalam 3 perisa buah iaitu Strawberi, Lemon dan kegemaran Minions, Pisang.

Mentholatum LipIce Minions Tinted (Warna) (RM14.90)

Balsam bibir Mentholatum LipIce Minions Tinted ialah balsam bibir berwarna ultra berkhasiat yang melembapkan dan melindungi bibir anda sambil meninggalkan warna semula jadi yang lembut dengan kesegaran rasa buah. Ia juga diperkaya dengan Super Hyaluronic Acid untuk menutup kelembapan bagi penghidratan yang berpanjangan. Balsam bibir ini mengandungi Minyak Biji Meadowfoam dan Kolagen untuk membantu menambah baik tekstur bibir, memberikan anda bibir yang lebih licin. Ia juga diselitkan dengan Vitamin E, yang merupakan antioksidan yang berkesan untuk membantu membaiki bibir kering, memastikan ia licin dan sihat.

Rangkaian balsam bibir berwarna boleh didapati dalam 2 varian iaitu, Raspberry Red dan Wild Berry Pink, dengan tambahan SPF 15 untuk melindungi bibir anda daripada sinaran UV yang berbahaya.

© 2023 BlackButterfly DesignArts