Uni-Charm & MBPJ bersama Dalam Pembersihan Anti Denggi Sempena Sambutan Hari Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18, tahun 2024
Petaling Jaya, 24 Jun 2024 – Sempena Hari Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18 tahun 2024, MamyPoko, jenama lampin seluar bayi terkemuka di Malaysia, dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), telah menjalinkan kerjasama melakukan aktiviti pembersihan dan pemusnahan tempat pembiakan jentik-jentik di rumah pangsa Medan 32, sebuah lokasi “hotspot” demam denggi. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada aktiviti CSR jenama ini yang berterusan, dan kempen #MamyPokoAgainstDengue, telah dilancarkan secara aktif tahun lepas bersama-sama pelancaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants pertama di dunia di Malaysia.
Pelancaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants didorong oleh peningkatan kes demam denggi di Malaysia. Dicipta dan dibangunkan oleh Uni-Charm R&D Jepun, lampin seluar ini memberikan ibu bapa Malaysia cara yang berkesan, selamat dan mudah untuk melindungi bayi mereka daripada gigitan nyamuk.
Usaha inisiatif Anti Denggi ini juga selaras dengan tema sambutan ulang tahun ke-18 MBPJ, yang menekankan penjagaan kebersihan dan keselamatan Petaling Jaya.
Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya, YBrs. Tuan Haji Mohamad Zahri Samingon, yang turut menyokong inisiatif kerjasama yang terjalin untuk kempen anti denggi ini. Beliau memuji semua peserta atas usaha dan dedikasi mereka terhadap kesihatan awam dan usaha meningkatkan kesedaran bagi membendung peningkatan kes denggi.
Program Pembersihan Anti Denggi sempena Sambutan Denggi ASEAN dan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-18, tahun 2024 dimulakan dengan senaman ‘Taiso’ Jepun yang diketuai oleh 57 pekerja Uni-Charm Malaysia, bersama 23 sukarelawan dari MBPJ dan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling (PKD Petaling), sebelum mereka menjalankan aktiviti pembersihan dan penghapusan tempat pembiakan jentik-jentik di kawasan persekitaran perumahan Medan 32.
Penduduk Medan 32 dan Taman Medan Baru juga dijemput untuk menghadiri ceramah anti denggi oleh PKD Petaling dan MamyPoko. MamyPoko ANTIMOS™ Pants turut diedarkan kepada penduduk di kawasan “hotspot” denggi bagi membantu menghalau nyamuk daripada bayi dan kanak-kanak dengan hanya memakai lampin seluar ini.
“MamyPoko menganjurkan kempen #MamyPokoAgainstDengue setiap tahun melalui usaha pembersihan, program kesedaran dan pengedaran MamyPoko ANTIMOS™ Pants kepada komuniti yang layak. Dengan peningkatan kes demam denggi di seluruh Malaysia, kami amat mengambil berat tentang kesihatan anak-anak kecil,” kata Encik Toru Fujita, Pengarah Urusan Kumpulan Uni-Charm Corporation (Malaysia & Singapura).
“Kami menyasarkan untuk bekerjasama dengan organisasi berkaitan bagi mewujudkan kesedaran dan menggalakkan masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga serta mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah demam denggi. Sebagai sebahagian daripada falsafah ‘NOLA & DOLA’ Uni-Charm (Keperluan Hidup dengan Aktiviti & Impian Hidup dengan Aktiviti), ‘Impian’ kami adalah untuk menyediakan persekitaran bebas denggi tanpa rasa gusar kepada anak kecil kami, dan kami berharap aktiviti hari ini dan pada masa hadapan akan membantu merealisasikan impian ini.
“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan MBPJ tahun ini dan menyumbang untuk memastikan Petaling Jaya bersih dan selamat daripada denggi. Pejabat kami terletak di Petaling Jaya, jadi kami merasakan tanggungjawab yang tinggi untuk menyumbang kepada kejiranan kami sendiri, di mana kes denggi kekal tinggi,” tambah Encik Fujita.
Kerjasama antara Uni-Charm Malaysia, MBPJ, PKD Petaling dan penduduk flat itu menunjukkan komitmen bersama untuk meningkatkan kesihatan dan keselamatan masyarakat. Melalui usaha gabungan ini, kedua-dua pihak iaitu MBPJ dan Uni-Charm Malaysia berhasrat untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai penduduk di kawasan ‘hotspot’ denggi untuk mengambil langkah proaktif dalam mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dan mencegah penularan kes demam denggi.
MamyPoko ANTIMOS™ Pants adalah revolusi industri lampin dengan gabungan unik inovasi dan penjagaan. Menampilkan bau ekstrak serai semulajadi pada lapisan luar, ia berkesan menghalau nyamuk sehingga 10 jam, diuji secara dermatologi dan selamat untuk bayi. Lampin ini juga menawarkan 10 jam penyerapan melalui Zon Kering Besar+, memastikan bayi kering dan mengelakkan kebocoran. MamyPoko ANTIMOS™ Pants bertujuan untuk menyediakan penyelesaian yang selamat dan berkesan untuk keselesaan serta perlindungan.