KL Dilanda Fenomena Tidur! Apakah kejutan bakal IKEA berikan

Persembahan Dengan Pakaian Tidur Di Hadapan Replika Bantal Gergasi
Pembuka Tirai Festival Tidur Sepanjang Bulan

KL Dilanda Fenomena Tidur! Apakah kejutan bakal IKEA berikan

Kuala Lumpur, 6 September – Jalan-jalan sibuk di Kuala Lumpur seakan-akan berhenti seketika pada hari ini apabila IKEA Malaysia mempersembahkan pusat bandar raya ini dengan satu acara tidur yang menakjubkan.

Sekumpulan warga kerja berjalan ke arah replika bantal gergasi IKEA di Pusat Beli-belah Lot 10. Tiba-tiba, orang ramai terkejut apabila mereka menukar pakaian pejabat mereka kepada pakaian tidur yang selesa, daripada pakaian tidur biasa, kain pelikat, hingga kepada baju kelawar!

Persembahan memukau itu merupakan kemuncak minggu yang penuh kejutan daripada IKEA, sebagai sebahagian daripada kempennya untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan tidur berkualiti, lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan “FOMO” (Sindrom Ketakutan Kehilangan) dan kebergantungan terhadap dunia digital.

KL Dilanda Fenomena Tidur! Apakah kejutan bakal IKEA berikan
KL Dilanda Fenomena Tidur! Apakah kejutan bakal IKEA berikan

Menampilkan diri dalami pelbagai baju tidur termasuk pakaian tidur tradisional, Pejalan Tidur IKEA  di tren-tren Kuala Lumpur menyampaikan mesej tentang kepentingan tidur.

Sepanjang minggu ini, para penumpang di MRT laluan Kajang dan LRT laluan Kelana Jaya terkejut melihat kumpulan pejalan tidur IKEA yang terlelap di dalam tren. Dengan berbaju tidur dan memeluk bantal, mereka melambangkan ramai manusia moden yang kekurangan tidur dan mendambakan peluang untuk berehat, biarpun ketika dalam perjalanan berulang-alik ke tempat kerja.

Pada 6 September, Pejalan Tidur IKEA ini mencipta kejutan di stesen Bukit Bintang dengan persembahan tarian spontan yang mengujakan! Di tengah-tengah kesibukan Kuala Lumpur, persembahan ini menjadi ‘oasis ketenangan’ yang memberikan kelegaan sementara daripada hiruk-pikuk bandar raya ini. Ia mengajak rakyat Malaysia untuk berhenti sejenak daripada jadual yang sibuk dan memberi keutamaan terhadap kesejahteraan mereka melalui tidur yang mencukupi dan berkualiti.

Rakyat Malaysia boleh mengimbas kod QR yang tersedia untuk melayari laman khusus yang mengandungi butiran terperinci tentang barisan aktiviti Festival Tidur IKEA yang berlangsung selama sebulan.

Festival Tidur IKEA akan berlangsung di semua gedung IKEA di seluruh negara mulai 7 September. Bersedialah untuk menikmati festival ini yang dipenuhi pelbagai aktiviti hebat sepanjang September ini!

  • Sambut ‘Hari Pakaian Tidur’ di IKEA dengan memakai pakaian tidur paling selesa anda dan tebus sarapan nasi lemak percuma.
  • Dapatkan petua-petua tentang rehat berkualiti serta ketahui 6 elemen tidur yang penting di Bengkel Tidur IKEA yang dikendalikan oleh pakar tidur.
  • Cabar diri dalam Pertandingan Tidur Siang setiap dua minggu. Juara akan membawa pulang pelbagai hadiah hebat!
  • Ahli IKEA Family berpeluang menikmati tawaran yang eksklusif dan hebat untuk produk, makanan, dan promosi rakan kongsi.

KL Dilanda Fenomena Tidur! Apakah kejutan bakal IKEA berikan
KL Dilanda Fenomena Tidur! Apakah kejutan bakal IKEA berikan

Jangan terlepas peluang untuk bertemu dengan pempengaruh kegemaran anda seperti Arwind Kumar dan Joseph (IKEA Damansara), Graeme dan Ming Yue dari Sip & Spill (IKEA Cheras), Sai dari Wabikong dan Dennis Lim Ming (IKEA Batu Kawan). Anda juga berkesempatan menikmati persembahan hebat daripada barisan artis tempatan seperti Zee Avi , Alena Murang, Ezra Kairo dan banyak lagi!

Untuk jadual penuh dan maklumat lanjut, layari ikea.my/SnoozeFest.

© 2024 BlackButterfly DesignArts