Artis Korea Terkemuka Tersebut Akan Menyertai Barisan Artis Ternama Konsert, Termasuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Phei Yong, Dan Ramai Lagi!
Kuala Lumpur, 21 Oktober 2024 – Tahun ini, CUCKOO International meraikan pencapaian tahun ke-10 dalam mencipta kediaman yang lebih sihat dan menginspirasikan rakyat Malaysia untuk menjadi #SAMASAMAHealthier. Untuk menyambut pencapaian ini, mereka akan membawa pelakon Korea terkenal, Kim Soo-Hyun, ke pesta sambutan ulang tahun mereka yang terbesar dan berbilang bahasa iaitu Pesta Muzik CUCKOOTOPIA untuk menyambut #SAMASAMA dan menjadikan acara tersebut benar-benar tak dapat dilupakan untuk semua rakyat Malaysia.
Bakal berlangsung pada 16 November 2024 di Surf Beach, Sunway Lagoon, CUCKOOTOPIA adalah sebuah pesta muzik yang dianjurkan oleh CUCKOO International untuk berterima kasih kepada semua kerana memberi sokongan teguh sepanjang sedekad yang lalu. Kim Soo-Hyun, terkenal dengan lakonan watak-watak beliau dari pelbagai drama popular seperti “Queen of Tears” baru-baru ini, akan membuat penampilan khas di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA untuk meneruskan misi CUCKOO demi menggalakkan lebih ramai orang untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, dan mendorong mereka untuk menjadi Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator).
En. Hoe Kian Choon (KC Hoe), Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, menyatakan keterujaan beliau terhadap pesta muzik tersebut, “Dekad yang lepas adalah sangat luar biasa, dan kami rasa terhutang budi terhadap rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami. Pesta Muzik CUCKOOTOPIA adalah cara kami untuk membalas balik kesetiaan dan penghargaan yang diberi pelanggan-pelanggan dan peminat-peminat kami selama bertahun-tahun. Kami telah menyusun khas barisan artis berbilang bahasa supaya sesiapa sahaja pun boleh menikmati sambutan dan persembahan yang kami sediakan. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua orang dan saya harap anda semua akan berseronok nanti di Pesta Muzik CUCKOOTOPIA!”
Pengunjung pesta tersebut akan menikmati sambutan paling besar yang pernah dianjukan oleh Syarikat ini, dengan lebih dari 18,000 orang yang dijangka hadir dan menampilkan barisan artis yang hebat dari pelbagai latar belakang, termasuklah Duta Jenama CUCKOO Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, dan Phei Yong, bersama artis yang diminati ramai seperti 3P, 蔡恩雨Priscilla Abby, Siti Nordiana, Joe Flizzow, Tomok, DOLLA, 菲道尔 Firdhaus, dan Bunkface. Sambutan besar-besaran ini mempamerkan kemajuan pesat Syarikat ini sepanjang dekad yang lalu dan komitmennya untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa.
Bagi sesiapa yang berminat, ticket Pesta Muzik CUCKOO boleh dimenangi melalui cara-cara berikut:
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif lain yang juga sebahagian dari sambutan ulang tahun ke-10 CUCKOO International, termasuk aktiviti yang boleh memberikan peluang untuk memenangi tiket ke Pesta Muzik CUCKOOTOPIA, sila kunjungi https://www.cuckoo.com.my/10th-anniversary atau berhubunglah dengan CUCKOO di media sosial (Instagram: @cuckoo_official | Facebook: @CUCKOOInternational).