Kibarkan Bendera Ungu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan

Laman web KitaJaga.co menawarkan jalan yang mudah dan selamat untuk mengalakkan orangramai  membantu mereka yang mengibarkan bendera putih

Kuala Lumpur, Malaysia – Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa di seluruh negara, ramai rakyat mengalami kesempitan hidup sehingga ada yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas harian seperti makanan dan susu bayi serta membayar sewa. Keadaan yang begitu terdesak akibat PKP yang berlanjutan sehingga menjejaskan kelangsungan hidup sesetengah golongan masyarakat khususnya keluarga berpendapatan rendah, telah mencetuskan gerakan bendera putih.

Gerakan bendera putih ini mendapat sambutan di luar dugaan dalam kalangan warga Malaysia sehingga menarik perhatian dunia. Namun begitu, ramai juga yang tersekat langkah untuk tampil menghulurkan bantuan kerana khuatir tentang risiko kesihatan. Walaupun sekatan pergerakan telah dilonggarkan, ramai yang masih lagi berwaspada untuk berada di luar rumah.

Untuk menjawab seruan golongan miskin dan kurang bernasib baik, KitaJaga.co didirikan bertujuan merapatkan jurang antara mereka yang memerlukan bantuan dan mereka yang ingin membantu dengan berkesan.

Kempen Bendera Ungu dilancarkan untuk memperkasakan golongan Bendera Putih supaya mereka masih diutamakan, disamping mendorong rakyat Malaysia yang dermawan mengekalkan semangat memberi. Jikalau bendera putih mewakili orang yang memerlukan bantuan, maka bendera ungu mewakili semangat murah hati orang Malaysia.

Reza Razali, pengasas Kita Jaga, berkata, “Ketika sentiment rakyat di Malaysia agak murung, kami percayai orangramai daripada pelbagai lapisan masyarakat sememangnya murah hati dan ingin membantu.  Usaha kami melalui Kita Jaga bertujuan meraikan semangat tersebut dan menyatukan rakyat di bawah satu bendera. Masalah ini telah menjejaskan kehidupan ribuan orang Malaysia; selain daripada meluaskan kesedaran, Kita Jaga menawarkan satu penyelesaian untuk mengalakkan orangramai menghulkurkan bantuan. Ini merupakan usaha rakyat Malaysia demi membantu rakyat Malaysia.”

Reza berkata inisiatif itu bertujuan untuk mengatasi cabaran risiko kesihatan kerana akan ada pasukan untuk mengurus pengambilan dan penghantaran. Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat mendorong lebih ramai orang untuk tampil membantu.”

Mereka yang ingin menyertai Kempen Bendera Ungu, hanya perlu mengikuti beberapa langkah berikut:

  1. Mendaftar di KitaJaga.co
  2. Pasang bendera ungu maya ke lokasi anda
  3. Menyiapkan sumbangan (seperti keperluan harían, barangan bayi, keperluan alat tulis, dll.)
  4. Umumkan kepada Pasukan Bendera Ungu yang sumbangan anda telah disediakan

Pasukan Bendera Ungu akan mengumpulkan sumbangan anda untuk dihantar ke rumah dengan bendera putih, tanpa caj dan sekaligus memastikan keselamatan penderma dan penerima.

Kibarkan Bendera Ungu untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan

Kini, jumlah bendera putih di KitaJaga.co melebihi bendera ungu pada nisbah 17:1 dan penyertaan bendera ungu semakin merosot. Ini menunjukkan keperluan mendesak agar lebih ramai penderma tampil ke hadapan memenuhi permintaan dan membantu mereka yang memerlukannya.  

Orangramai dialu-alukan menyertai Kempen Bendera Ungu yang dilancarkan pada bulan September lalu berlangsung di beberapa lokasi dan negeri. Layari www.kitajaga.co untuk mengetahui maklumat terkini dan mendaftarkan diri.

© 2024 BlackButterfly DesignArts