Khabar Gembira bagi  Semua Wanita – Moom Health Menawarkan Suplemen Revolusioner yang Dirumus oleh Pakar untuk Wanita Moden Asia

Suplemen yang dirumus oleh pakar Moom ini adalah vegan, semula jadi sepenuhnya, diperakui Halal dan bebas GMO, ia direka khusus bagi memenuhi dan menangani keperluan individu.

Kuala Lumpur, 4 Januari 2023 — Dalam tempoh setahun yang lalu, Moom Health telah berjaya memantapkan kedudukannya di kalangan wanita Singapura menerusi penawaran suplemen yang diperibadikan, disokong oleh pakar, dan semula jadi sepenuhnya oleh jenama itu.

Diasaskan pada Jun 2021 oleh dua usahawan adik-beradik, Mili dan Maya Kale, Moom Health telah dicipta bagi mengisi kelompangan dalam pasaran ubat-ubatan semula jadi dan holistik, selepas adik-beradik itu mengalami kekecewaan akibat daripada ketiadaan pilihan dalam menyelesaikan masalah perubatan yang dihadapi mereka. Pada usia 15 tahun, Maya telah didiagnosis dengan Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) dan bergelut selama bertahun-tahun bagi mencari cara untuk merawat gejala selain daripada kerap menggunakan pil perancang kelahiran. Ketika berusia 28 tahun, Mili sering mengalami masalah jerawat akibat ketidakseimbangan hormon dan telah diberikan rawatan retinoid yang menyebabkan beberapa kesan sampingan yang teruk.

Kedua-dua adik-beradik itu sebenarnya sudah lama mengetahui tentang kaedah rawatan tradisional, maka selepas bertahun-tahun menghidap kesan sampingan yang tidak diingini daripada ubat-ubatan moden, mereka akhirnya memutuskan untuk mengumpulkan satu pasukan pakar bagi menghasilkan penyelesaian kesihatan semula jadi. Pasukan penasihat yang menerajui proses formulasi, pengesyoran dan kandungan pendidikan itu terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang kesihatan dan perubatan, terutamanya kesihatan wanita. Ianya membolehkan Moom menghasilkan produk yang disokong dan dirumus oleh pakar bagi menangani sesuatu masalah itu pada terasnya dengan menggunakan bahan semula jadi, yang telah diuji oleh pihak ketiga, dipatenkan dan organik.

Moom Health Menawarkan Suplemen Revolusioner yang Dirumus oleh Pakar untuk Wanita Moden Asia

Selepas menjalani proses penyelidikan dan percubaan selama berbulan-bulan lamanya, Moom telah memperkenalkan dua rangkaian suplemen fungsian yang benar-benar berkesan iaitu de/bloat dan sleep/well. Mengandungi 7 herba dan 2 enzim penghadaman berasaskan buah, de/bloat berfungsi untuk melegakan masalah kembung perut, ketidakselesaan penghadaman, dan ketakcernaan di bawah 60 minit – menyasarkan bakteria usus dan memfokuskan kepada melegakan saluran penghadaman secara semula jadi. Sleep/well mengandungi herba, asid amino, dan melatonin dos rendah yang 100% semula jadi -ia membantu wanita tidur lebih nyenyak, bangun dengan lebih segar, dan menggalakkan tubuh menghasilkan lebih banyak melatonin secara semula jadi untuk pengawalan kitaran tidur yang lebih baik. Namun rangkaian suplemen fungsian Moom itu hanyalah permulaan. Selain daripada rangkaian suplemen fungsian, untuk kegunaan setiap hari, Moom Health turut mencipta sebuah kuiz yang disokong oleh pakar bagi menentukan pelan suplemen yang sesuai untuk memenuhi matlamat dan keperluan kesihatan peribadi setiap individu.

“Menyokong keperluan tubuh badan kita secara holistik, sepatutnya menjadi salah satu rutin harian setiap orang, tetapi malangnya pilihan semulajadi yang ada di dalam pasaran untuk wanita menjaga tubuh mereka adalah terhad. Ianya sangat terhad hingga selalunya amat menghampakan untuk mencari ubat-ubatan semula jadi  yang benar-benar berkesan,” kata Pengasas Bersama Moom, Mili Kale.

“Semasa saya mencari kaedah semula jadi bagi merawat gejala PCOS yang saya hadapi, saya hanya menemui banyak jalan buntu. Tiada satu tempat di mana saya boleh pergi untuk mendapatkan suplemen semula jadi yang telah melalui proses penyelidikan yang teliti dan tidak mengandungi bahan kimia tambahan. Oleh itu, kami memutuskan untuk mencipta jenama kesihatan baharu iaitu suatu jenama yang menggunakan bahan-bahan terbaik, formulasi yang disokong oleh pakar, mudah didapati dan didatangkan dalam bungkusan mesra alam untuk wanita moden Asia,” ujar Pengasas Bersama Moom, Maya Kale.

Memandangkan mereka mempunyai latar belakang dalam bidang pendidikan dan pemasaran, kedua-dua adik-beradik itu mengetahui bahawa mereka inginkan produk mereka dibangunkan dan dimaklumkan oleh pakar dalam pelbagai bidang. Disebabkan itulah mereka telah berganding bahu dengan sebuah panel pakar kesihatan  wanita yang terdiri daripada pakar Naturopati, Pemakanan, Dermatologi, Ginekologi, Kesihatan Seksual, dan Perubatan Tradisional, serta pasukan R&D bagi merumuskan dan mengatur produk, logik pengesyoran kuiz, dan kandungan pendidikan yang menyeronokkan dan berinformasi yang dipaparkan oleh jenama itu di dalam profil Instagramnya.

Baru-baru ini, jenama itu telah berjaya memuktamadkan pusingan pendanaan awal berjumlah AS$1.2 jumlah dengan DSG Consumer Partners, Nuguru, dan Love, Bonito. Moom Health merancang untuk melaburkan dana tersebut ke dalam pembangunan produk dan ketelusan rantaian bekalan, meningkatkan kehadiran runcit mereka danmengembangkan pasukan dan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

“Kami inginkan Moom menjadi lebih daripada sekadar satu lagi pilihan suplemen di pasaran. Ia adalah platform di mana wanita boleh berhubung, mencari penyelesaian bagi keperluan kesihatan mereka yang khusus, dan memberikan galakan kepada orang lain dalam perjalanan holistik mereka,” kata Mili. “Dengan sokongan yang kami terima, ia membolehkan kami untuk terus menjalankan penyelidikan ke atas bahan semula jadi dan produk baharu yang dapat memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang mengalami masalah yang sama dengan kami dan wanita di seluruh dunia!” tegas Maya.

Produk Moom Health boleh didapati di dalam laman sesawang mereka, di mana mereka turut merancang untuk menjual produk berkenaan di lokasi fizikal di seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Moom Health, Mili dan Maya Kale, dan penyelidikan serta bahan yang disokong oleh pakar jenama itu, sila kunjungi www.moom.health atau lihat profil Instagram mereka untuk mendapatkan panduan kesihatan dan maklumat terkini mengenai penyertaan jenama itu dalam pameran-pameran di sekitar Kuala Lumpur.

© 2023 BlackButterfly DesignArts