KUALA LUMPUR, 17 April 2020 – Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad merupakan antara ribuan di rumah yang menyertai sesi MILO® Rentak Aktif Senam Aerobik secara ‘livestream’ (penstriman langsung) menerusi laman Facebook MILO® Malaysia pada Ahad, 12 April, menjelang minggu kelima Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
MILO® Rentak Aktif Senam Aerobik merupakan siri kelas kecergasan atas talian yang diadakan pada setiap hujung minggu bagi menggalakkan rakyat Malaysia kekal aktif sementara berada di rumah sepanjang tempoh PKP. Sesi Ahad lalu yang merupakan sesi kedua MILO® Rentak Aktif Senam Aerobik meneruskan inisiatif MILO® Aktif Negaraku berkongsi kebaikan sukan serta menerajui gaya hidup aktif untuk semua rakyat Malaysia.
Aranols berkata MILO® bukan sahaja berusaha memberikan inspirasi serta sokongan kepada rakyat Malaysia untuk mengorak langkah pertama ke arah gaya hidup aktif, tetapi juga menyedarkan mereka bahawa gaya hidup aktif seharusnya diteruskan dalam norma baharu PKP.
“Kami berasa teruja kerana dapat berkongsi cara untuk membantu rakyat Malaysia kekal aktif dalam tempoh ini. Kesihatan dan kesejahteraan haruslah dijaga, terutamanya sekarang sepanjang kita berada di rumah, baik mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak ataupun yang telah mempunyai rutin tersendiri untuk kekal aktif.”
Aranols disertai keluarganya yang seronok mengikuti sesi tersebut. “Dengan adanya kecanggihan media sosial, walaupun berjarak jauh antara satu sama lain, kami berjaya menyatukan rakyat untuk kekal aktif. Kebaikan MILO® tidak dapat dipisahkan daripada kebaikan sukan. Justeru, kami ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia betapa mudahnya untuk mengamalkan gaya hidup aktif.”
Tambahnya, sebagai pengamal gaya hidup aktif, beliau memahami cabaran rakyat yang ingin kekal aktif dan cergas dalam tempoh PKP. “Dalam kita bersabar menunggu tempoh PKP tamat serta pihak berkuasa mengesahkan selamat untuk kita bergerak aktif di luar rumah, sama-samalah kita memanfaatkan MILO® Rentak Aktif. Semasa berada di rumah, saya menggalakkan semua supaya mengamalkan rutin kecergasan secara tetap.”
Kelas berdurasi sejam ini dikendalikan oleh jurulatih kecergasan Annie Tan, Shafiq Mickey, Sheena William, dan Vivien Lee yang masing-masing berkongsi dua rutin kecergasan yang mudah diikuti. Mereka memulakan sesi dengan rutin MILO® Rentak Aktif mengikut rentak lagu MILO® Aktif Negaraku yang penuh bertenaga bagi menyuntik semangat gaya hidup aktif.
Sekiranya anda terlepas mengikuti sesi minggu lalu, anda masih boleh mengikutinya di laman acara Facebook MILO® Malaysia, atau menyertai Facebook ‘livestream’ yang berikutnya pada Ahad ini, 19 April bermula jam 4.30 petang.
Serentak sepanjang tempoh PKP, MILO® Malaysia juga menganjurkan #ZonAktifMILO menerusi media sosial, satu lagi cara yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengubah ruang rumah mereka menjadi Zon Aktif untuk diri sendiri dan keluarga. Ikuti MILO® Malaysia di Facebook serta Instagram untuk maklumat lanjut.