Ketahui Bagaimana Buku Kanak-Kanak Ini Menyemai Budaya Membaca Bagi Generasi Baharu Melalui Teknologi 3D Realiti Berperantara (AR)

Selaras dengan masa depan metaverse, penerbit buku tempatan, Aulad mengeluarkan beberapa buah buku menggunakan teknologi AR untuk kanak-kanak
Buku yang menggunakan teknologi AR ini juga menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 yang dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
Buku Indahnya Berdoa dan Indahnya Ramadhan memaparkan siri-siri doa yang boleh dipelajari secara interaktif

Kuala Lumpur, 13th December 2021 – Berikutan penjenamaan semula Facebook kepada Meta baru-baru ini, seluruh dunia telah bercakap menagenai potensi Metaverse- sebuah dunia yang membenarkan kita semua hidup, bekerja dan bermain di masa hadapan secara perhubungan maya dan realiti berperanta. Selari dengan perkembangan dunia ini, syarikat penerbitan buku Aulad.my, telah memperkenalkan beberapa buah buku yang menggunakan teknologi realiti berperantara (AR) ditujukan khas untuk kanak-kanak pra-sekolah.

Buku cerita AR ini diterbitkan sejajar dengan misi Aulad.my untuk berhubung dengan kanak-kanak generasi baharu untuk menggalakkan mereka belajar dan membaca dengan cara baharu yang lebih menarik minat mereka. Usaha ini juga adalah untuk menyokong  perlaksanaan pembelajaran abad ke-21 yang dibentangkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dimana pembelajaran Abad ke-21 perlu menekankan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

Mengulas mengenai misi Aulad.my, Pengurus Besar Majalah Aulad.my, Zulfadhli berkata  “Melihat kadar celik huruf di Malaysia masih rendah, dan rakyat Malaysia hanya membaca 15 naskah buku sahaja setahun, Aulad.my ingin menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca pada usia seawal mungkin. Ini kerana, membaca adalah jambatan untuk menimba pelbagai ilmu.”

Tambah Zulfadhli “Penggunaan teknologi AR ini juga selari dengan perkembangan dunia yang sedang beralih ke metaverse dimana pada masa hadapan teknologi AR ini merupakan sesuatu yang penting bagi kanak-kanak ini. Memahami generasi Alpha yang membesar dengan penggunaan gadget dan teknologi dalam kehidupan seharian mereka, Aulad.my berharap teknologi AR yang digunakan di dalam buku-buku ini dapat menarik minat dan menyemai budaya membaca di kalangan mereka”

Buku Indahnya berdoa dan Indahnya Ramadhan yang diterbitkan oleh Aulad.my memberikanak-kanak peluang mengenali doa melalui penceritaan menggunakan nama mereka sendiri. Keunikan buku-buku ini adalah, ibu bapa boleh mencetak nama si manja mereka di dalam buku cerita tersebut, dimana setiap helain buku itu dibuat khas dengan menggunakan nama si manja mereka sebagai watak utama. Keistimewaan mencetak nama ini, dapat membuat si kecil yang membaca dan mendengar buku ini merasa lebih gembira kerana ia menceritakan tentang diri mereka sendiri.

Ketahui Bagaimana Buku Kanak-Kanak Ini Menyemai Budaya Membaca Bagi Generasi Baharu Melalui Teknologi 3D Realiti Berperantara (AR)

Selain itu, penggunaan teknologi AR yang terdapat di dalam buku ini dapat menarik minat si kecil untuk mempelajari lebih lanjut tentang doa-doa beserta dengan tontonan animasi 3D yang akan menceriakan hari mereka.  Hanya dengan memuat turun aplikasi khas, ibu bapa boleh mengimbas helaian buku tersebut dan memaparkan animasi 3D untuk si kecil mereka terokai. Buku-buku yang diterbitkan secara eksklusif oleh Aulad.my bukan sahaja tertumpu kepada teknologi AR, malah diperbaiki dengan sentuhan grafik dan lukisan yang menarik agar dapat memupuk budaya membaca buat si kecil dengan harga serendah RM 39.00

Augumented Reality (AR) ataupun Realiti Berperantara merupakan teknologi baharu dimana seseorang boleh melihat sesebuah objek 2D atau 3D secara nyata. Melalui teknologi AR, objek visual yang diperlihatkan didalam buku atau apa jua bahan bercetak akan menghasilkan pemandangan sebenar yang boleh dilihat pada paparan skrin telefon bimbit ataupun komputer. Pembelajaran melalui AR adalah salah satu cabang pendidikan efektif yang membentangkan penerangan serta gambaran secara realiti dan ia dapat dilihat dengan jelas oleh kanak-kanak di alam nyata.

Bermula dengan hanya menjual Majalah Aulad yang memperkenalkan Alif dan Anis sebagai watak utama, Aulad.my berkembang dengan majunya dengan menghasilkan buku-buku aktiviti lain yang bersesuian untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun. Berada lebih dari 21 tahun di dalam pasaran, buku-buku Aulad.my sering digunakan sebagai alat bantuan tambahan pembelajaran.

Buku-buku yang diterbitkan oleh Aulad.my mematuhi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Malaysia, dimana ia amat bersesuaian untuk digunakan oleh si kecil sama ada di rumah mahupun di pra-sekolah sebagai buku aktiviti mereka. Guru-guru di pra-sekolah juga boleh mendaftar sebagai ‘’Rakan Aulad’’ apabila mereka melanggan Majalah Aulad untuk kegunaan pelajar mereka.

Saya berharap buku-buku yang diterbitkan oleh Aulad.my ini, dapat memberi manfaat kepada para ibu bapa dan juga guru-guru di pra-sekolah untuk membantu anak-anak kecil ini melakukan aktiviti yang berfaedah sekaligus mengajak mereka meluangkan masa berkualiti dengan membaca” kata Zulfadhli.

Buku 50 Tajuk Dunia Ceria dan Majalah Aulad merupakan antara buku yang laris dijual kerana isi kandungannya yang menarik minat kanak-kanak untuk melakukan aktiviti pada masa lapang. Selain itu, Aulad.my juga mempunyai beberapa buah buku yang memaparkan tentang agama Islam seperti Buku Indahnya Berdoa dan Indahnya Ramadhan bagi ibubapa yang ingin mengajar anak-anak mereka tentang agama Islam.

Bakal mengadakan jualan cuti sekolah akhir tahun sebanyak 30% diskaun, para ibubapa dan juga guru yang ingin mendapatkan buku-buku Aulad.my boleh membuat pembelian secara atas talian di laman sesawang Aulad.my serta melalui ejen-ejen yang berdaftar di bawah mereka.

Untuk sebarang maklumat lanjut sila layari: https://aulad.my/

© 2023 BlackButterfly DesignArts