
Daripada Penyakit Biasa hingga ke Superbug, Strepsils Menyuarakan Amaran mengenai Kos Tinggi akibat Penyalahgunaan Antibiotik
KUALA LUMPUR, 23 July 2025 – Strepsils, jenama untuk kelegaan tekak terkemuka di dunia, baru-baru ini menganjurkan Panel ‘Resist Resistance’, menghimpunkan tokoh terkemuka daripada Kementerian Kesihatan, termasuk Dr. Ho Bee Kiau, Pakar Perunding Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bandar Botanic, Klang, dan Dr. Rahela Ambaras Khan, Ketua Cawangan Farmakoterapi, Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lumpur. Panel itu turut termasuk pakar perubatan terkemuka Profesor Dr. Baharudin Abdullah, Perunding Kanan, Jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala dan Leher, Universiti Sains Malaysia; Dr Mohazmi Mohamad, Pakar Perubatan Keluarga, Jabatan Perubatan Penjagaan Utama, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya; dan Dr. Koh Kar Chai, Presiden Persatuan Alumni Manipal Malaysia, untuk menangani ancaman rintangan antimikrob (AMR) yang semakin meningkat.
Panel ini menyuarakan amaran kritikal mengenai penyalahgunaan antibiotik yang berleluasa di Malaysia, menekankan keperluan yang mendesak untuk amalan penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab. Satu contoh yang biasa tetapi berbahaya ialah rawatan sakit tekak. Walaupun kebanyakannya berpunca daripada virus dan tidak memerlukan antibiotik, ramai warga Malaysia masih menuntut atau mengharapkannya—menimbulkan peningkatan bakteria tahan antibiotik. Penyalahgunaan ini bukan sahaja membahayakan, malah ia membantu membentuk masa depan di mana jangkitan ringan sekali lagi boleh membawa maut. Perbincangan panel yg bertujuan untuk memperbetul tanggapan salah yang bahaya ini dan menggalakkan pilihan yang berasaskan maklumat serta mampu menyelamatkan nyawa. Sebagai sebahagian daripada penjagaan tekak yang bertanggungjawab, panel mengetengahkan peranan rawatan yang menyasarkan simptom, yang membantu mengurangkan sakit tekak, bengkak dan kesukaran menelan—menawarkan kelegaan yang berkesan untuk sakit tekak akibat jangkitan virus tanpa menyumbang kepada rintangan. Produk seperti semburan Strepsils menunjukkan bagaimana terapi bersasar dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap antibiotik.
Di Malaysia, penggunaan antibiotik yang berlebihan amat membimbangkan – kajian terbaru mendapati bahawa hanya 2.8% daripada kes sakit tekak di klinik penjagaan primer awam disebabkan oleh Streptococcus Kumpulan A (GAS), satu-satunya punca bakteria biasa yang memerlukan antibiotik, namun 22.3% daripada pesakit ini masih menerima antibiotik, yang mana lebih 90% daripada preskripsi ini dianggap tidak diperlukan.
Bagi mengatasinya, perbincangan panel menyoroti Konsensus Sakit Tekak Pelbagai Disiplin Malaysia, satu set garis panduan klinikal yang baru dilancarkan bertujuan membantu golongan profesional penjagaan kesihatan membuat diagnosis yang tepat dan mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak sesuai. Rangka kerja ini menggalakkan pengurusan sakit tekak berasaskan bukti dengan tumpuan yang kuat pada pendidikan pesakit dan pilihan rawatan bukan antibiotik.
“Kementerian Kesihatan sedang meningkatkan campur tangan nasional bagi menangani penyalahgunaan antibiotik. Tumpuan kami adalah pada penguatkuasaan dasar, meningkatkan garis panduan klinikal, dan menjalankan kempen pendidikan berskala besar untuk mengubah kedua-dua tingkah laku awam dan profesional. Membanteras rintangan antimikrob memerlukan tanggungjawab kolektif, dan kami komited untuk mengetuai usaha itu,” kata Dr. Ho Bee Kiau dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
“Sebagai sebahagian daripada usaha pengawasan antimikrob di Hospital Kuala Lumpur, kami melihat secara langsung bagaimana penyalahgunaan—selalunya didorong oleh maklumat yang salah—boleh membawa kepada kegagalan rawatan dan jangkitan tahan dadah. Memperkasakan pesakit dengan pengetahuan yang betul adalah penting untuk mencegah masa depan yang mana jangkitan biasa pun menjadi tidak dapat dirawat,” kata Dr. Rahela Ambaras Khan, Ketua Cawangan Farmakoterapi, Jabatan Farmasi, Hospital Kuala Lumpur.
Menambah sentimen, Profesor Dr. Baharudin Abdullah, salah seorang pengarang Konsensus Sakit Tekakmenyatakan, “Garis panduan klinikal seperti Konsensus Sakit Tekak Pelbagai Disiplin Malaysia direka untuk menyokong keputusan diagnostik yang lebih baik. Apabila digunakan dengan betul, ia membantu mengurangkan kebergantungan pada antibiotik untuk jangkitan virus, yang tidak menerima manfaat daripadanya. Data kami menunjukkan jurang kekal antara apa yang bersesuaian daripada segi perubatan dan apa yang ditetapkan. Merapatkan jurang tersebut adalah penting.”
“Pesakit sering berasa kurang pasti apabila diberitahu bahawa antibiotik tidak diperlukan. Itulah sebabnya pendidikan adalah penting-bukan hanya untuk doktor, tetapi untuk orang ramai. Apabila orang ramai memahami mengapa antibiotik tidak berkesan untuk sakit tekak virus, mereka lebih cenderung untuk menerima rawatan alternatif dan mengelak daripada menyumbang kepada rintangan.” kata Dr Mohazmi Mohamad.
“Kesedaran awam dan garis panduan profesional adalah alat terbaik kami dalam perjuangan ini. Kita perlu beralih daripada pemikiran ‘pil untuk setiap sakit’. Kajian telah menunjukkan bahawa pendekatan ini boleh mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu dengan ketara, yang merupakan langkah kritikal dalam memerangi AMR,” tambah Dr Koh Kar Chai.
Selaras dengan menggalakkan pengurusan sakit tekak yang bertanggungjawab, Konsensus Sakit Tekak Pelbagai Disiplin Malaysia juga menyediakan profesional penjagaan kesihatan dengan panduan berasaskan bukti yang jelas tentang masa antibiotik diperlukan—dan apabila ia tidak diperlukan. Garis panduan ini menekankan nilai diagnosis yang tepat, pendidikan pesakit dan penjagaan yang menyasarkan simptom, mengukuhkan kepentingan penyelesaian yang boleh diakses yang membantu menguruskan sakit tekak virus tanpa bergantung pada antibiotik.
“Penyalahgunaan antibiotik bukan sekadar satu isu perubatan, tetapi krisis kesihatan awam yang memerlukan tindakan segera. Langkah pertama dalam memerangi AMR ialah mengubah cara kita berfikir tentang jangkitan biasa seperti sakit tekak dan menggunakan rawatan yang menyasarkan simptom, seperti semburan Strepsils, berbanding penggunaan antibiotik yang berlebihan,” kata En. Harsh Takru, Pengarah Pemasaran Reckitt untuk Kesihatan dan Kebersihan (Malaysia dan Singapura).
Ketika Malaysia menghadapi cabaran AMR yang semakin meningkat, Strepsils kekal berdedikasi untuk mencipta masa depan yang lebih sihat dengan melengkapkan kedua-dua pesakit dan profesional penjagaan kesihatan dengan pengetahuan dan alat yang diperlukan untuk membuat keputusan penjagaan kesihatan yang bertanggungjawab. Panel ‘Resist Resistance’ bukan sahaja mengukuhkan komitmen ini, tetapi juga menandakan pelancaran rasmi Konsensus Sakit Tekak, satu rangka kerja yang kritikal untuk mengurangkan penggunaan antibiotik yang tidak perlu dan mempromosikan penjagaan sakit tekak berasaskan bukti.