Kerjasama Ibu-Anak Menjayakan Kedai Runcit Kecilan Ke Perniagaan eDagang Ternama

Kerjasama Ibu-Anak Menjayakan Kedai Runcit Kecilan Ke Perniagaan eDagang Ternama

Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, Puan Jasbinder Kaur tidak pernah terfikir untuk memulakan sesebuah perniagaan sehinggalah Malaysia dilanda pandemik pada tahun 2020. Apabila rakyat Malaysia dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai menghadapi kesukaran mendapatkan barangan keperluan harian. Pada ketika itu, Puan Jasbinder melihat peluang untuk memenuhi keperluan komuniti sekeliling.

Diinspirasi oleh kejayaan anaknya, Mandip, beliau nekad untuk memulakan perniagaan sendiri. Dengan kesungguhan dan kecekalan diri, Puan Jasbinder memulakan PK Grocery, yang kini berkembang menjadi perniagaan atas talian yang berjaya di Lazada – satu pencapaian mengagumkan yang mencerminkan perjalanan beliau yang penuh inspirasi, daripada seorang suri rumah kepada usahawan.

Daripada Suri Rumah Ke Usahawan Perniagaan

Kerjasama Ibu-Anak Menjayakan Kedai Runcit Kecilan Ke Perniagaan eDagang Ternama

Kini pada usia 60-an, Puan Jasbinder tidak pernah menyangka dirinya akan menjadi seorang usahawan. “Saya berusia 58 tahun ketika itu dan tidak pernah terfikir untuk memulakan perniagaan sendiri. Namun, apabila saya telah membuka langkah, saya sedar betapa memuaskan pengalaman ini,” kongsi ibu kepada empat orang anak itu. “Melihat para pelanggan kami menikmati kemudahan yang kami sediakan, dan mengetahui bahawa kami dapat membantu komuniti sekeliling membuatkan pengalaman ini lebih bermakna.”

Dengan sokongan anaknya Mandip, PK Grocery bermula sebagai sebuah perniagaan kecil dari rumah, dengan menawarkan barangan keperluan harian kepada sahabat terdekat dan jiran tetangga sahaja. Fokus mereka kepada barangan keperluan asas seperti barang runcit, produk pembersih rumah, dan lain-lain telah membantu mengekalkan pendapatan yang stabil dan membina reputasi mereka sebagai penyedia produk berkualiti dengan harga yang berpatutan. Apabila berita mengenai PK Grocery tersebar, permintaan pelanggan turut meningkat.

Langkah Strategik Ke Arah eDagang

Kerjasama Ibu-Anak Menjayakan Kedai Runcit Kecilan Ke Perniagaan eDagang Ternama

Melihat perniagaannya berkembang dalam tempoh setahun, Puan Jasbinder dan Mandip menyedari potensi untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka dengan menjual atas talian melalui Lazada. “Membawa perniagaan ke atas talian merupakan satu langkah yang besar kepada saya, terutamanya kerana saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dengan teknologi. Setiap hari merupakan satu pengalaman baharu yang memberikan saya keyakinan untuk terus maju sebagai penjual runcit atas talian,” kata Puan Jasbinder.

Mempelajari cara menggunakan komputer riba dan telefon pintar merupakan cabaran pada awalnya, tetapi dengan sokongan daripada Mandip, Puan Jasbinder akhirnya menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menerajui dunia eDagang. Walaupun penjualan menurun pada awalnya selepas PKP, mereka kekal tabah dan komited untuk mengembangkan PK Grocery.

Dengan mengadaptasi kepada perubahan pasaran, mereka memanfaatkan inisiatif utama Lazada seperti kempen-kempen penjualan dua-digit bulanan yang meningkatkan pendedahan kedai dan menarik pelanggan baharu. Sistem yang diintegrasikan ke dalam platform Lazada untuk pengendalian pesanan, pembayaran, dan penghantaran juga menjadikan peralihan ke eDagang lebih mudah daripada jangkaan mereka. Puan Jasbinder berkata, “Sama ada kempen jualan besar atau kecil, kami sentiasa melihat perkembangan dalam perniagaan kami. Antaranya adalah Jualan Tahunan Terbesar 11.11 Lazada yang merupakan salah satu jualan tahunan yang penting bagi PK Grocery untuk berkembang di Lazada”.

Kejayaan PK Grocery juga disumbangkan oleh usaha kecil yang diamalkan oleh Puan Jasbinder dalam menjalankan perniagaannya. Sebagai seorang usahawan yang bijak, Puan Jasbinder turut menemui cara untuk mengurangkan kos dan beroperasi secara mampan dengan menggunakan kotak kitar semula untuk pembungkusan. Di sambil itu, beliau juga sentiasa berusaha untuk menunjukkan penghargaan kepada pelanggan dengan menyertakan nota-nota kecil ucapan terima kasih bersama setiap pesanan – satu sentuhan peribadi yang telah mendapat sambutan hangat daripada pelanggan.

“Kami ingin menawarkan nilai terbaik kepada pelanggan kami, tanpa menjejaskan kualiti. Saya percaya dengan menunjukkan rasa berterima kasih kepada pelanggan, kami dapat santuni pelanggan secara lebih peribadi,” katanya.

Usaha-usaha beliau membuahkan hasil apabila pada Julai 2024, beliau dijemput untuk berucap di Lazada Seller Summit 2024 yang menjadi sebuah pengalaman yang amat berharga buatnya. “Menerima jemputan untuk berucap di Lazada Seller Summit merupakan satu pengalaman yang tidak mudah dilupakan. Saya tidak pernah menyangka yang saya akan pada suatu hari berdiri di atas pentas untuk berkongsi perjalanan eDagang saya bersama peniaga-peniaga lain dari seluruh negara,” katanya.

Inspirasi Membuka Langkah

Kini dengan impian lebih besar untuk PK Grocery, Puan Jasbinder merancang untuk membuka sebuah kedai fizikal di Petaling Jaya, Selangor, lantas meluaskan lagi perniagaan kepada pelanggan-pelanggan di luar Ipoh, Perak. Mengenangkan perjalanannya sehingga kini, beliau bersyukur atas peluang untuk berdikari dan berasa bangga kerana menjalankan perniagaan sendiri. “Mempunyai kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri memberikan saya kebanggaan yang besar. Lebih lagi, ia merupakan ganjaran terbesar bagi saya.”

Puan Jasbinder percaya bahawa apabila seseorang menghadapi cabaran, kunci kejayaan adalah untuk terus maju ke hadapan. “Dalam kehidupan ini, kita harus sentiasa belajar dan mencuba sesuatu yang baharu. Jangan takut untuk mengambil langkah pertama. Dengan masa, kesabaran, dan keazaman, kejayaan pasti akan tiba,” ujarnya.

Namun, apabila menghadapi situasi yang merunsingkan, beliau mempunyai nasihat yang mudah: “Saya menonton drama televisyen untuk membantu saya relaks dan bertenang,” tambahnya dengan senyuman.

Bagi mereka yang masih teragak-agak untuk menceburi perniagaan eDagang, perjalanan Puan Jasbinder menjadi contoh yang baik: kita tidak pernah terlambat untuk belajar sesuatu yang baharu, menyahut cabaran, dan mencapai kejayaan. Dengan kecekalan, pembelajaran berterusan, dan sokongan keluarga, Puan Jasbinder dan anaknya telah membina bukan sahaja sebuah perniagaan yang berkembang maju tetapi juga menubuhkan legasi yang akan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.

FRASA PILIHAN:

“Dalam kehidupan ini, kita harus sentiasa belajar dan mencuba sesuatu yang baharu. Jangan takut untuk mengambil langkah pertama. Dengan masa, kesabaran, dan keazaman, kejayaan pasti akan tiba.”

Daftar sekarang untuk menjadi peniaga Lazada.

Ringkasan:

Kisah inspirasi Puan Jasbinder dan transformasinya yang luar biasa daripada seorang suri rumah kepada usahawan eDagang yang berjaya di Lazada semasa pandemik. Walaupun menghadapi cabaran awal dengan penggunaan teknologi, beliau kekal tabah dengan bimbingan dan sokongan anaknya. Hari ini, beliau mengendalikan PK Grocery yang menawarkan keperluan isi rumah yang berpatutan. Dengan visi membuka kedai fizikal di Petaling Jaya, perjalanan Puan Jasbinder mencerminkan kecekalan, sokongan keluarga, dan semangat untuk kejayaan.

Kerjasama Ibu-Anak Menjayakan Kedai Runcit Kecilan Ke Perniagaan eDagang Ternama – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts