Kenikmatan baharu Magnum, Magnum Macadamia Salted Caramel kini tiba di Malaysia!

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati variasi terbaharu Magnum!

KUALA LUMPUR, September 2019 – Variasi Magnum yang terbaharu, Macadamia Salted Caramel kini tiba di Malaysia! Kenikmatan Magnum sebenar ini sememangnya berbaloi untuk dinikmati, bagi mereka yang mencari kenikmatan kini boleh #TakePleasureSeriously dan nikmati aiskrim enak keluaran Magnum.

Direka teliti oleh ahli pakar coklat menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi, Magnum Macadamia Salted Caramel menawarkan kenikmatan unggul dengan rasa aiskrim salted caramel yang mengiurkan dicelup coklat susu Belgian dan Macadamia panggang rangup dari Australia. Setiap gigitan menjanjikan rasa hebat koko, kekacang halus, dan rasa masin salted caramel yang seimbang.

“Magnum merupakan peneraju bahan-bahan berkualiti tinggi dan aiskrim premium. Di Magnum kami mensasarkan untuk memberikan pengalaman terbaik menggunakan bahan yang bukan sahaja berkualiti tetapi didapatkan secara beretika. Aiskrim Magnum terbaharu yang disahkan oleh Rainforest Alliance, direka khusus menggunakan bahan-bahan seperti coklat Belgian dan kekacang Australia, -, menjanjikan pengalaman unggul kepada pengguna. Dengan pelancaran terbaharu – Magnum Macadamia Salted Caramel ingin memberi inspirasi kepada mereka yang sentiasa mencari kenikmatan untuk #TakePleasureSeriously dan nikmati semua pengalaman dalam kehidupan mereka,” kata Shiv Sahgal, Direktor Pemasaran, Foods & Refreshments, Unilever Malaysia 

Nikmati Magnum baharu hari ini dengan mendapatkan Magnum Macadamia Salted Caramel di pasaraya utama, hypermarket, kedai serbaneka, dan di laman e-commerce seperti Lazada, Shoppee dan PrestoMall.

Magnum Macadamia Salted Caramel-KV

Magnum Macadamia Salted Caramel kini boleh didapati dalam stik saiz biasa pada harga RM4.90 atau dalam pek aneka dengan 6 aiskrim mini (4 Magnum Mini Macadamia Salted Caramel dan 2 Magnum Mini Classic) pada harga RM14.10 satu pek.

Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, layari laman web Magnum (https://www.magnumicecream.com/my/en/home.html) atau ikuti Magnum Malaysia di Facebook (https://www.facebook.com/MagnumMalaysia/).

© 2023 BlackButterfly DesignArts