Kempen ‘We Care For Society’ Hada Labo Berjaya Mengumpul RM50,000 Untuk Masyarakat Kurang Berkemampuan

30 Orang Wanita B40 Mendapat Manfaat dari Program Ini Sementara 300 Keluarga Berpendapatan Rendah yang Lain Menerima Biskut Raya Melalui Inisiatif ini

KUALA LUMPUR, Jun 8, 2021 – Hada Labo dengan kerjasama Women of Will (WOW) & Watsons telah berjaya mengumpulkan RM50,000 untuk kempen ‘We Care Society’ selama sebulan. Kempen yang dilancarkan bersempena dengan sambutan Raya pada awal Mei, bertujuan untuk menolong wanita kurang bernasib baik melalui latihan kemahiran penghasilan biskut di samping membina keyakinan diri mereka untuk berjaya dan berkembang maju dalam perniagaan dan mata pencarian dalam komuniti mereka.

Melalui kempen tahun ini, 30 wanita dari komuniti B40 terpilih ditawarkan latihan penghasilan biskut sebagai cara untuk meningkatkan kemahiran mereka. Sebanyak 40,000 biskut telah dihasilkan, yang kemudiannya diedarkan kepada 300 keluarga dari 3 Projek Perumahan Rakyat di Lembah Klang, iaitu PPR Batu Muda, PPR Pekan Batu dan PPR Beringin.

Kempen ‘We Care For Society’ Hada Labo Berjaya Mengumpul RM50,000 Untuk Masyarakat Kurang Berkemampuan
These 40,000 cookies baked by the selected B40 women will be distributed to 200 families from 3 People’s Housing Projects in the Klang Valley

Pembuat biskut wanita B40 terpilih, yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang dari RM2,500 kini menetap di Projek Perumahan Rakyat Batu Muda yang terletak di Jalan, Ipoh, Sentul.

Pengurus Besar Rhoto-Mentholatum Lim Mei Yuen mengatakan bahawa beliau gembira kerana kempen ini berjaya dan beliau mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan mereka terhadap Hada Labo dalam menyebarkan kegembiraan dan kemesraan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik semasa perayaan Hari Raya.

Kempen ‘We Care For Society’ Hada Labo Berjaya Mengumpul RM50,000 Untuk Masyarakat Kurang Berkemampuan

“We Care for Society Hada Labo adalah salah satu inisiatif jenama Hada Labo untuk saling menjaga kebajikan sesama sendiri terutama semasa pandemik Covid-19. Sebagai salah satu jenama penjagaan kulit terkemuka sejak satu dekad yang lalu, kami percaya dalam melakukan apa-apa sahaja yang penting untuk mereka yang memerlukan, dan ini termasuk menyokong wanita yang kurang bernasib baik sehingga mereka akhirnya dapat berdikari secara kewangan, “kata Lim .

Hada Labo ‘We Care for Society’ diadakan untuk tahun kedua sebagai komitmen dan inisiatif jenama itu untuk menyumbang kepada masyarakat. Melalui kempen tersebut, RM1 dari hasil penjualan setiap produk lotion Hada Labo di Watsons seluruh negara disalurkan ke dana ‘We Care for Society’. Pada tahun yang lalu, jenama itu juga berjaya mengumpulkan dana untuk wanita B40 kurang berkemampuan yang kehidupannya terkesan akibat wabak Covid-19.

Kempen ‘We Care For Society’ Hada Labo Berjaya Mengumpul RM50,000 Untuk Masyarakat Kurang Berkemampuan
Recipients of Raya Cookies through the Hada Labo We Care for Society Campaign

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi WoW Lakshwin Muruga telah mengucapkan terima kasih kepada Hada Labo atas usaha berterusan untuk membantu wanita yang kurang berkemampuan.

“Walaupun kita berhadapan dengan realiti baharu yang memaksa kita untuk menjauhkan jarak satu sama lain pada tahun ini, tetapi kami berasa gembira kerana mendapat sokongan berterusan dari Hada Labo. Kami bukan sahaja berjaya mambina asas untuk membantu kumpulan wanita B40 mencapai kemandirian kewangan, tetapi melalui pengedaran biskut, kami juga dapat memeriahkan suasana bagi mereka yang memerlukan, ” komen Laskwhin.

Untuk maklumat lanjut tentang Hada Labo, layari https://www.facebook.com/MyHadaLabo/ atau https://hadalabo.com.my/ 

© 2023 BlackButterfly DesignArts