Setiap Pembelian HA Supreme Booster Serum Hada Labo akan menyumbang RM1 ke Tabung Penanaman Pokok
Kuala Lumpur, 1 Disember 2021 – Kempen ‘We Care for Nature’ Hada Labo kembali untuk tahun kedua dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysia Nature Society (MNS) dan Watsons Malaysia.
Pada tahun ini, Hada Labo telah mengikrarkan dana tanggungjawab sosial (CSR) ‘We Care for Nature’ untuk penanaman semula pokok hutan di Taman Alam Kuala Selangor di mana pokok-pokok jarang ditemui terutamanya di kawasan sungai. Taman Alam Kuala Selangor baru-baru ini telah kehilangan sejumlah besar pokok akibat ekopelancongan.
Menurut MNS, penanaman pokok di sepanjang sungai adalah penting. Selain menawarkan habitat kepada hidupan liar dan meningkatkan bilangan spesies burung, sumber semula jadi serpihan kayu dan sampah daun juga akan menyediakan sumber makanan untuk organisma air tawar dan membantu menyejukkan suhu air untuk memerang dan ikan di sungai.
Dari 1 – 31 Disember, 2021, Hada Labo akan menderma RM1 daripada hasil jualan setiap HA Supreme Hada Labo Booster Serum yang dijual di cawangan Watsons di seluruh negara kepada dana ‘We Care for Nature’.
Hada Labo baru-baru ini memperkenalkan Hada Labo H.A.Supreme Booster Serum yang ditawarkan dalam tiga varian iaitu Hyaluronic Acid (H.A.) Supreme Vita Brightening Booster Serum, H.A. Supreme Cera Hydrating Booster Serum dan H.A. Supreme Cica Soothing Booster Serum untuk menangani masalah kulit yang berbeza. Ia bebas daripada
alkohol, pewangi, minyak mineral dan pewarna, yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.
Menurut Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, ‘We Care for Nature’ ialah komitmen CSR tahunan oleh Hada Labo untuk memberi kembali kepada alam semula jadi dengan cara menanam lebih banyak pokok untuk memerangi pemanasan global.
“Sumbangan kami untuk membantu memulihkan kesihatan bumi juga penting untuk penanaman dan perlindungan kesihatan dan panjang umur masyarakat kita. Persekitaran semula jadi dengan kawasan hijau sentiasa dikaitkan dengan kesihatan yang baik,” kata Lim.
Lim menambah, beliau berharap orang ramai akan menyokong usaha ini dan menyumbang kepada penanaman semula pokok hutan di Taman Alam Kuala Selangor. Hada Labo menyasarkan untuk menanam 700 anak pokok di sepanjang 2km kawasan ban sungai.
Untuk maklumat lanjut atau menyokong kempen ini, layari www.hadalabo.com.my atau ikuti laman facebook mereka: MyHadaLabo