KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’ BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA

KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’ BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 1 Disember 2023 – Sunplay, jenama pelindung matahari yang dipercayai di Malaysia, mengumumkan kejayaan melaksanakan inisiatif CSR tahunan syarikat buat kali ketiga yang bertema ‘We Care for the Ocean 2023’. Menerusi kerjasama dengan Watsons, Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS) dan aktivis tindakan iklim Melissa Tan, impak yang berkesan telah dicapai dalam menangani pencemaran pantai di tujuh buah lokasi di serata Malaysia.

“Peluang bekerjasama dengan Watsons, MNS dan Melissa Tan telah meningkatkan capaian usaha kami dan menjadikan kempen ini benar-benar berjaya. Kami telah dapat mengumpulkan dana sebanyak RM40,000 sepanjang bulan November,” kata Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd.

KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’
BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Melissa Tan, Climate Action and Sustainability Advocate

Lim seterusnya berkata, “Kami teruja dengan jumlah sisa yang berjaya dialihkan dari pantai-pantai kita”.

Kempen pada tahun ini telah disertai oleh seramai 256 orang sukarelawan. Mereka berjaya mengumpulkan sebanyak 1,490kg sisa dari tujuh buah pantai di Malaysia. Jumlah ini melebihi sisa yang terkumpul pada tahun lepas yang sebanyak 1,348kg.

Usaha pembersihan dibahagikan kepada beberapa buah lokasi termasuk Pantai Sekendi di Sabak, Selangor, di mana sisa sebanyak 165.9kg telah dikutip; Pantai Sungai Kajang di Tanjong Karang, Selangor, dengan 720.9kg sisa; Pantai Redang di Sekinchan, Selangor, sebanyak 80.3kg sisa; Pantai Batu Laut di Tanjung Sepat, Selangor, dengan 23kg sisa; Pantai Cunang di Tanjung Sepat, Selangor, mengumpulkan 116kg sisa; Pantai Blue Lagoon di Negeri Sembilan, sebanyak 284.3kg; dan Pantai Morib di Selangor, dengan 99.2kg sisa.

KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’ BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Pantai Cunang
KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’
BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Pantai Redang, Sekinchan
KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’
BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Pantai Sekendi
KEMPEN SUNPLAY ‘WE CARE FOR THE OCEAN 2023’
BERJAYA MEMBERSIHKAN 1,490 KG SISA DARI PANTAI-PANTAI DI MALAYSIA
Pantai Sungai Kajang

“Kami percaya fokus utama kempen ini menyerlahkan misi persatuan kami yang memberi penekanan terhadap pemuliharaan dan penghargaan terhadap alam sekitar. Kami juga

berbesar hati dapat berganding bahu dengan ahli-ahli pasukan di mana usaha ini memberi kami peluang untuk menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar”, kata Pengarah Eksekutif MNS, En. I.S. Shanmugaraj.

“Kita bukan sahaja perlu meningkatkan kesedaran tentang pencemaran laut tetapi kita juga perlu menggalakkan rakyat Malaysia untuk bertindak. Kita perlu menghentikan pencemaran plastik di peringkat sumber. Pilihan yang kita buat pada setiap hari menyumbang secara langsung kepada masalah pencemaran. Harapan saya adalah untuk setiap beg sisa yang terkumpul akan menggalakkan setiap orang untuk mengurangkan satu beg sisa setiap hari,” kata Melissa Tan, Aktivis Tindakan Iklim dan Kemampanan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen CSR Sunplay “We Care for the Ocean”, sila layari laman Facebook rasmi Sunplay Malaysia.

© 2023 BlackButterfly DesignArts