Kempen “Sending Love & Care” Berjaya Kumpul RM50,000 Untuk Tampung Pendidikan 55 Kanak-Kanak Kurang Mampu

Kuala Lumpur, 15 Februari 2022 – Oxy yang berkolaborasi dengan PINTAR Foundation dan Watson telah berjaya mengumpul sejumlah RM50,000 melalui kempen “Sending Love & Care” bagi membantu pendidikan pelajar-pelajar kurang berkemampuan di Lembah Klang.

Melalui kempen yang berlangsung selama sebulan itu, RM0.50 daripada hasil jualan setiap produk Oxy yang dijual di outlet Watson seluruh negara telah disalurkan kepada tabung pendidikan bagi membiayai kelas-kelas tambahan dan menyediakan bahan pembelajaran untuk sekumpulan 55 pelajar B40 dari SK Bukit Pantai di Jalan Chanderai, Taman Bukit Pantai.

Ketua Pengurus PINTAR Foundation, Norzalina Mason melahirkan rasa gembira dapat berkolaborasi bersama Oxy dalam membantu para pelajar kurang berkemampuan pada waktu pandemik Covid-19 ini.

Kempen “Sending Love & Care” Berjaya Kumpul RM50,000 Untuk Tampung Pendidikan 55 Kanak-Kanak Kurang Mampu
General Manager of Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen and PINTAR Foundation’s General Manager, Norzalina Masom at the cheque presentation ceremony

“Para pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini terdiri daripada mereka yang menghadapi kesukaran belajar disebabkan pelbagai faktor termasuk kekurangan sumber teknologi seperti komputer atau telefon mudah alih yang menghalang mereka mendapat akses untuk pembelajaran dalam talian.

“Memandangkan para pelajar sudah boleh kembali ke sekolah, kami berharap agar program tuisyen selepas waktu persekolahan yang ditaja oleh Oxy dapat mengembalikan momentum pembelajaran kurikulum dan meningkatkan prestasi akademik mereka khususnya untuk subjek teras termasuk Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains,” tambah Norzalina.

Program tuisyen selepas waktu persekolahan yang dijangka bakal bermula pada April 2022 memberi peluang kepada para pelajar untuk menghadiri 14 sesi tuisyen bagi setiap subjek sepanjang tahun persekohan. Selain itu, dana yang dikumpul melalui kempen tesebut akan turut diguna untuk membangunkan sebuah perpustakaan mini di sekolah tersebut bagi menggalakkan tabiat membaca di kalangan para pelajar.

Berucap di majlis penyerahan cek, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd, Lim Mei Yuen, berkata bahawa program tuisyen selepas waktu persekolahan tersebut merupakan program pertama untuk OXY, namun berharap mereka berpeluang untuk menghulurkan lebih banyak sumbangan seumpama itu di masa akan datang.

“Pendidikan adalah amat penting dalam membuka pelbagai peluang seseorang. OXY bersama-sama PINTAR dan Watson melalui program ini membantu kanak-kanak kurang berkemampuan untuk memperbaiki tahap akademik mereka agar mereka cemerlang di sekolah dan seterusnya memiliki masa hadapan yang lebih baik,” ujarnya.

Kempen ‘Sending Love & Care’ merupakan usaha sama serantau syarikat Mentholatum bertujuan untuk berbakti kepada masyarakat.

“Kempen ini tidak akan berjaya tanpa sokongan orang ramai. Kami ingin melahirkan rasa penghargaan kepada para pelanggan OXY yang menyokong jenama dan kempen ini,” tambah Lim lagi.

Oxy adalah jenama penjagaan kulit untuk remaja. Produk Oxy diformulasikan untuk mengelakkan jerawat, tanda cela dan parut jerawat. Produk Oxy telah terbukti berkesan mengatasi masalah kulit yang biasa dialami para remaja seperi kulit mudah berjerawat, berminyak dan berbintik hitam.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang Oxy untuk menyokong kempen ini, sila layari https://oxy.com.my/ atau laman Facebook: https://www.facebook.com/OxyMalaysia/

© 2024 BlackButterfly DesignArts