Kempen Ramadan 2022 di Laman Media Sosial Tourism Selangor Tawar Hadiah Pelbagai Baucar Bufet Ramadan!
Bulan Ramadan yang penuh keberkatan menjelang tiba, dan Kempen Ramadan oleh pihak Tourism Selangor yang dinanti-nantikan kini kembali; kali ini lebih besar dan meriah! Kempen yang berlangsung bermula 1 April hingga 15 April ini akan dijalankan di laman sesawang rasmi Tourism Selangor; www.selangor.travel dan landasan media sosial rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan aplikasi TikTok rasmi Tourism Selangor. Pelbagai hadiah menarik ditawarkan sepanjang Kempen berlangsung seperti baucar bufet ramadan di hotel-hotel terkemuka sekitar Negeri ini!
Adalah tidak dinafikan, bulan Ramadan yang mulia memberi peluang kepada umat Islam untuk mengeratkan hubungan mereka dengan Yang Maha Esa. Namun, seiring dengan elemen kerohanian, aktiviti berbuka puasa secara bufet di restoran-restoran dan hotel-hotel juga sering menjadi pilihan sepanjang bulan ini. Justeru, pihak Tourism Selangor berbesar hati menganjurkan beberapa pertandingan sepanjang tempoh Kempen, yang menawarkan baucar bufet Ramadan dari 12 hotel seperti tersenarai bagi memberikan sebuah pengalaman gastronomi yang tidak akan anda lupakan!
Tahun ini, Cyberview Resort & Spa menganjurkan bufet Ramadan jamuan berbuka puasa dengan hidangan lazat yang anda tidak mahu ketinggalan! Dari 3 April hingga 1 Mei 2022, penduduk Cyberjaya dan kawasan sekitarnya boleh menikmati bufet Ramadan di sini yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa yang tidak akan mengecewakan seperti Nasi Dagang Kelantan, Patin Pais Tempoyak, Aneka Laksa, Udang Segar Dengan Cili Mentega, Asam Pedas Johor/Tempoyak Sungai Pahang, Kambing Panggang Madu, Mexican Bunuelos dan Zalabiyeh. Jangan lupa untuk cuba bufet Ramadan mereka dengan harga RM 138 untuk dewasa dan RM 69 untuk kanak-kanak.
Alamat : The Lodge, Persiaran Multimedia, Cyber 7, 63000 Cyberjaya, Selangor..
Bulan Ramadan ini, berbuka puasa bersama orang tersayang dengan menjamu selera dengan hidangan bufet di Makan Kitchen dari 3 April hingga 3 Mei 2022 di DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside. Rasai warisan makanan Malaysia dengan 80 hidangan lazat mewakili 13 Negeri. Anda juga berpeluang memenangi perjalanan menaiki belon udara yang indah untuk dua orang dengan tempahan bufet ini! Ayuh bersama-sama nikmati juadah “Jelajah Selera” mereka dengan harga RM178 (dewasa) dan RM89 (kanak-kanak), manakala kanak-kanak di bawah 5 tahun makan secara percuma.
Alamat : 42, Jalan P5/5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Menu Istimewa bertemakan “Balik Kampung” menanti anda sekeluarga di Tenera Hotel. Bufet Ramadan di Grand Ballroom di sini menawarkan menu yang pelbagai bagi memenuhi citarasa yang berbeza, sesuai untuk semua tetamu yang diraikan. Bulan Ramadan merupakan masa yang terbaik bagi meraikan keluarga dengan 40 gerai yang menghidangkan lebih 100 menu pilihan bermula pada 4 April sehingga 30 April ini. Hotel Tenera juga menyediakan promosi istimewa pada harga RM88 bagi seorang dewasa hanya untuk 10 hari pertama Ramadan sahaja. Manakala, bagi hari-hari berikutnya, harga untuk seorang dewasa adalah RM118, dan RM59 untuk kanak-kanak (5 – 12 tahun). Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah makan dengan percuma.
Alamat : Persiaran Kemajuan, Seksyen 1, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
Raikan kebersamaan dengan orang tersayang dengan Bufet Ramadan “Cita Rasa dan Nostalgia” mereka yang menampilkan hidangan antarabangsa dan tempatan. Manjakan diri dalam keselesaan Bilik Grill Gaya Malaysia Charcoal bermula 2 April hingga 30 April 2022. Menu kambing panggang di sini pasti akan membangkitkan selera anda. Cuba sajian bufet mereka dengan hanya RM170 seorang dan diskaun 50% untuk kanak-kanak. Manakala, kanak-kanak di bawah enam tahun makan secara percuma!
Alamat : Jalan Lapangan Terbang Subang, Saujana, 40150 Shah Alam, Selangor.
Citarasa Berbuka di Hotel UiTM Shah Alam menawarkan pelbagai menu yang ditentukan secara bergilir-gilir bagi sepanjang bulan ini. Sajian bufet di sini termasuk santapan tradisional, stesen masak secara langsung, serta menu kegemaran Malaysia!
Bermula dari 4 April hingga 29 April 2022, berbuka puasalah di sini dengan harga RM73 (dewasa), RM36 (kanak-kanak 4 hingga 11 tahun) dan RM63 bagi golongan warga emas.
Alamat : Persiaran Raja Muda, 40450 Shah Alam, Selangor.
Marilah nikmati “Santapan Rasa Sayang” di AVANTÉ Hotel, Bandar Utama bermula pada 4 April hingga ke 30 April 2022. Hidangan yang ditawarkan adalah pelbagai seperti Daging Dendeng, Kari Kepala Ikan Utara, Ayam Masak Kicap Pedas, Labu Lemak Putih, Bubur Tradisional, makanan laut, Maki & Sushi, ‘Chocolate Fountain’, pencuci mulut dan banyak lagi! Harga bufet Ramadan adalah RM 148 bagi seorang dewasa dan RM 74 bagi seorang warga emas atau kanak-kanak.
Alamat : 1, Persiaran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Raikan bulan Ramadan yang mulia ini dengan menikmati bufet Ramadan bermula dari 4 April hingga 1 Mei 2022 di Mardhiyyah Hotel & Suites. Bufet Warisan Bonda disajikan di sini menampilkan hidangan terbaik dari semua Negeri di Malaysia termasuk hidangan antarabangsa. Buat tempahan sekarang dengan harga RM145 bagi seorang dewasa, RM110 untuk seorang dewasa berumur 60 tahun ke atas, dan RM90 untuk kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun.
Address : No 5, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Ramadan Kampunglicious kembali dibawakan oleh Palm Garden Hotel, Putrajaya, A Tribute Portfolio Hotel tahun ini. Kumpulkan keluarga dan rakan-rakan anda dan jamu mereka dengan cita rasa kampung halaman yang disediakan oleh Chef Eksekutif dan pasukan kulinari di sini. Pilihan menu antarabangsa juga turut ditawarkan. Semuanya mengenai kepelbagaian rasa yang memikat kerana hotel ini membawakan anda seleksi menu seperti kambing panggang, sate, kari sup dalam kawah, ayam golek dan banyak lagi. Bufet Ramadan Kampunglicious akan berlangsung bermula 4 April hingga 2 Mei 2022 dengan harga adalah RM98 bagi seorang dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak.
Address : Resort Villa Golf Course Development Sdn Bhd 228543-V, Palm Garden Hotel, IOI Resort City, 62502 Putrajaya.
Bulan puasa ini, New World Petaling Jaya Hotel menyajikan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa dari Kambing Golek Shawarma, Nasi Ayam Hainan hingga
Ayam Tandori dan Ais Krim Soft Serve, Ais Kacang, air krim Gelato & Sorbet dan banyak lagi Manjakan diri dengan lebih 150 hidangan menerusi bufet Santapan Warisan dengan harga RM158 (dewasa) dan RM 79 (6 hingga 12 tahun) pada 4 April hingga 7 April 2022. Manakala harga pada 11 April hingga 26 April 2022 adalah RM98 (dewasa) dan RM49 (6 hingga 12 tahun).
Address : Paradigm, 1, Jalan SS 7/26, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
Bulan Ramadan yang tiba diserikan lagi dengan keenakan berbuka puasa di Hotel Premiere bermula pada 4 April hingga 30 April 2022. Menampilkan tema Bufet Ramadan Warna Warni, ianya menampilkan citarasa kampung serta menu makanan Melayu yang popular. Tambahan pula, Hotel Premiere menampilkan stesen memasak secara langsung untuk menu seperti Kuey Teow Goreng, Roti Canai, Pisang Goreng, Popiah Basah, Sate, Apam Balik, dan Murtabak. Dari 16 Mac hingga 3 April 2022, harga Bufet bagi tempahan awal ialah RM98 bagi seorang dewasa. Manakala harga bufet biasa ialah RM 118 bagi seorang dewasa dan RM78 untuk warga emas atau kanak-kanak.
Address : Bandar Bukit Tinggi 1/KS6, Jalan Langat, 41200 Klang, Selangor,
Bufet Ramadan 1001 di Restoran Temasya, Hotel Mövenpick dan Pusat Konvensyen KLIA membawakan anda seribu satu rasa dan citarasa kulinari dengan sentuhan Arab
yang bersesuaian dengan tema hotel. Menawarkan 1001 aroma dan rasa yang menggoda, ini adalah tempat yang sesuai untuk meraikan keluarga, kawan rapat dan mereka yang anda sayangi. Buat pertama kali, Chef Eksekutif dan pasukan kulinari telah memperkenalkan Ouzi Lamb dengan stok kambing yang pastinya menambah rasa. Bermula 5 April – 1 Mei 2022, harga bufet adalah RM128 bagi seorang dewasa, dan RM88 bagi kanak-kanak.
Address : Kompleks Th Sepang, Jalan Masjid Klia, 64000 Sepang, Selangor.
Sheraton Petaling Jaya Hotel menjemput anda untuk “melancong” ke seluruh Malaysia dengan menikmati masakan Melayu warisan istimewa melalui dua bufet Ramadan bertema “Citarasa Rantau” di Feast dan “Santapan Iftar” di Ballroom Banquet. Setiap bufet menampilkan hidangan tempatan seperti Ayam Percik dari Kelantan, Rendang Daging Minang dari Negeri Sembilan, Sayur Paku Belacan dari Sarawak, serta pelbagai hidangan pencuci mulut yang menyelerakan. “Citarasa Rantau” bermula dari 3 April hingga 2 Mei 2022 pada harga RM158 (dewasa) RM79 (kanak-kanak 5-11 tahun), manakala “Santapan Iftar” bermula dari 8 April hingga 29 April 2022 pada harga RM118 (dewasa) dan RM59 (kanak-kanak 5-11 tahun).
Address : Lorong Utara C, Pjs 52, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Selain daripada senarai hotel yang menawarkan hidangan bufet seperti yang dinyatakan di atas, Negeri Selangor turut mempunyai pelbagai jenis restoran dan kedai makan menarik lain yang perlu anda kunjungi terutama bagi berbuka puasa di bulan Ramadan tahun ini. Memandangkan Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia, pemilihan makanan di Negeri ini tidak hanya menepati selera anda, tetapi juga memenuhi perjalanan “Pusing Selangor Dulu!” anda sepanjang bulan Ramadan ini.
Namun, bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong dan pengunjung diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
Jangan lupa layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel dan ikuti laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube Tourism Selangor bagi menyertai pelbagai pertandingan bersempena Kempen Ramadan 2022 Tourism Selangor yang diadakan dari 1 hingga 5 April ini. #PusingSelangorDulu dan pilihlah untuk berbuka di Negeri Selangor!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.