Kempen Pembersihan Pantai Sunplay Berjaya Menjana Rm40,000 Untuk Inisiatif Membersihkan Pantai Di Sekitar Lembah Klang

Lebih daripada 1,172 kg Sampah Dikumpulkan dari 7 Pantai

Kuala Lumpur, 14 Mac 2022 – Kerjasama Sunplay dengan Watsons dan Glimpse of Malaysia (GoM) telah berjaya mengumpulkan RM40,000 untuk disalurkan kepada dana kempen pembersihan pantai.

Inisiatif kempen pembersihan pantai ini yang dilancarkan pada 1 November tahun lalu bertujuan untuk memastikan kelestarian persekitaran dan kehidupan laut dengan mengurangkan sisa sampah-sarap di dalam laut.

Inisiatif ini yang membabitkan aktiviti pembersihan sebanyak tujuh pantai telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 1,172kg sampah. Sampah-sarap yang dikutip kemudian diasingkan dan dilupuskan melalui kaedah pelupusan sampah yang sesuai. Pasukan pekerja Rohto Mentholatum (M) Sdn Bhd dengan lebih daripada 125 sukarelawan dari seluruh negera telah mengambil bahagian dalam aktiviti pembersihan pantai ini yang dijalankan selama tiga bulan.

Pantai-pantai yang dipilih untuk kempen ini adalah Pantai Remis di Kuala Selangor, Tanjung Harapan di Pelabuhan Klang, Pantai Bagan Lalang di Tanjung Sepat, Pantai Kelanang dan Pantai Morib di Banting, Pantai Batu Laut di Tanjung Sepat dan Pantai Cunang di Tanjung Sepat.

Pengurus Besar Rohto-Mentholatum,  Lim Mei Yuen berkata, dia amat menghargai sokongan orang ramai dalam menjayakan kempen ini. Beliau juga berharap bahawa kempen ini dapat membantu meningkatkan kesedaran mengenai keadaan pantai di negara kita dalam kalangan masyarakat, dan menggalakkan mereka supaya sentiasa menjaga kebersihan pantai demi memberikan sumbangan secara positif terhadap persekitaran dan kehidupan laut.

Kerjasama Sunplay dengan Watsons dan Glimpse of Malaysia (GoM) telah berjaya mengumpulkan RM40,000 untuk disalurkan kepada dana kempen pembersihan pantai.

“Kempen pembersihan pantai ini merupakan salah satu inisiatif jenama Sunplay untuk memberikan sumbangan kepada alam sekitar. Sebagai jenama pelindung matahari terkemuka di negara ini, kami bukan sahaja berhasrat untuk memberikan perlindungan terhadap cahaya matahari yang terbaik untuk pengguna, namun kami juga berharap untuk terus melestarikan alam sekitar untuk generasi masa depan kita,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Projek Kanan GoM, Darshan A /L Balasubramaniam menyatakan  terima kasih atas usaha Sunplay dalam menyumbang kepada persekitaran laut.

“Bahan buangan daripada aktiviti manusia merupakan faktor utama pencemaran laut. Sekiranya tidak dikendalikan dengan betul, bahan-bahan yang dihanyutkan ke dalam laut akan menjadi ancaman terhadap kehidupan laut. Oleh itu, kami amat berbesar hati terhadap kerjasama dengan Sunplay untuk mengurangkan jumlah sampah-sarap di dalam laut dan bertambah baikkan keadaan pantai di sekitar Lembah Klang,” kata Darshan.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sunplay, sila log masuk ke: https://www.facebook.vom/MySUNPLAY atau http://www.mentholatum.com.my/product_suncare.php

© 2024 BlackButterfly DesignArts