Kempen “MAGGI Sah Malaysia: 50 Tahun Bersama” Bantu Golongan B40 dan Beri Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan

Kempen MAGGI Sah Malaysia yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas, ditutup dengan pengagihan sejumlah 50,000 kit makanan kepada isi rumah B40 yang memerlukan

Nestlé turut merakamkan penghargaan kepada wira dan wirawati barisan hadapan negara termasuk petugas kesihatan dengan sumbangan MAGGI Hot Cup dan MAGGI HotMealz ke hospital dan Pusat Kuaratin dan Rawatan COVID-19 (PKRC)

Meningkatkan Semangat Golongan Memerlukan dengan Berpegang pada Semangat #KitaJagaKita

Sebagai sebahagian daripada kempen MAGGI Sah Malaysia tahun lepas, Peraduan MAGGI Sah Malaysia Beli & Menang telah berjaya mengumpulkan sejumlah 50,000 kit makanan MAGGI untuk golongan B40 di seluruh Malaysia. Kit makanan tersebut mengandungi barangan makanan yang diperlukan, dan diagihkan kepada isi rumah yang memerlukan, sebagai sebahagian dari iltizam berterusan Nestlé Malaysia dalam membantu rakyat Malaysia sepanjang pandemik ini.

Pengagihan sejumlah 50,000 kit makanan MAGGI tersebut dibuat dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), serta Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia (Empire Project) – sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membantu golongan gelandangan, dan Uncle Kentang – aktivis sosial yang menjalankan pelbagai inisiatif kemasyarakatan dalam membantu golongan miskin dan yang memerlukan dengan bantuan makanan dan perkhidmatan pengangkutan.

Kata Dato’ Sri Suhaimi bin Haji Yacob, Pengerusi BSMM KL merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan, “Sempena sambutan 50 tahun MAGGI bersama rakyat Malaysia, kami daripada pihak BSMM turut dilibatkan dalam menyalurkan bantuan – dalam bentuk barangan keperluan harian di bawah jenama Nestlé termasuk jenama MAGGI, kepada golongan yang memerlukan di seluruh Malaysia. Kami berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban masyarakat, sebagai sebahagian daripada inisiatif kami yang senantiasa membantu rakyat terutama di musim pademik ini. Dan diharapkan kita dapat lagi bekerjasama di masa akan datang, meneruskan usaha yang murni ini.”

Selain daripada produk MAGGI, penerima bantuan turut diberikan produk dari jenama Nestlé yang lain termasuk NESTUM, Nestlé EVERYDAY dan MILO, serta jenama rakan kongsi Jasmine Food Corporation Sdn. Bhd. Kit makanan tersebut secara langsung telah membantu sejumlah 50,000 isi rumah dari golongan B40 di seluruh Malaysia dalam menyediakan hidangan yang berpatutan, lazat dan seimbang, termasuk mereka dari PPR Ayer Panas, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus dan Flat Danau Kota, serta mereka  yang telah berdaftar di bawah pengagihan awam di Bandar Baru Puchong. Penerima bantuan di luar wilayah tengah termasuk isi rumah dari golongan B40 di daerah Baling, Kota Bharu, Seremban dan Jerantut, serta di Sabah dan Sarawak.

Wakil MAGGI Malaysia and BSMM mengagihkan kit makanan

kepada penduduk di PPR Pekan Batu

“Kami amat bersyukur dapat meneruskan initiatif yang cukup bermakna ini – yang telah kami mulakan sejak tahun 2020 bagi membantu keluarga yang memerlukan, dalam menyediakan hidangan yang berpatutan dan lazat dengan menggunakan produk MAGGI – serta penambahan bahan-bahan segar termasuk protein dan sayur-sayuran untuk menghasilkan hidangan yang seimbang. Kami kekal komited dalam menghulurkan bantuan – dengan lebih ramai keluarga dan isi rumah memerlukan bantuan dalam mengadaptasi kepada realiti baharu,” kata Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAKANAN, Nestlé (Malaysia) Berhad. 

Memberi Penghargaan Kepada Wira Barisan Hadapan Negara Termasuk Petugas Kesihatan

Bagi mengucap terima kasih dan sebagai tanda sokongan kepada wira dan wirawati barisan hadapan negara termasuk petugas kesihatan atas jasa bakti mereka dalam memerangi pandemik COVID-19 tanpa lelah, lebih dari 95,000 unit MAGGI Hot Cup, 14,700 unit MAGGI HotMealz, berserta 2,000 unit MILO UHT dan 4,800 unit Nestlé JUST MILK, bernilai RM 240,000 telah disumbangkan kepada semua kakitangan termasuk petugas kesihatan di 18 buah hospital dan Pusat Kuaratin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di enam buah negeri: Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Sabah dan Sarawak.

Sumbangan ini dilakukan dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), sebuah pertubuhan sukarelawan khusus untuk khidmat bantuan kemanusiaan.

Antara penerima sumbangan termasuk Hospital Pulau Pinang, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Raja Perempuan Zainab II, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Umum Sarawak, Hospital Bintulu, PKRC MAEPS Serdang dan PKRC Gelanggang Seni.

Kata Norliza binti Mohammad, Ketua Jururawat PKRC Tanjung Chat, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MAGGI di atas sumbangan ini, sebagai tanda penghargaan agar kami di PKRC Tanjung Chat lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam menentang pandemik COVID-19 bersama.”

Pengagihan barangan dan kit makanan mematuhi langkah-langkah keselamatan selaras dengan garis panduan nasional.

Kempen “MAGGI Sah Malaysia: 50 Tahun Bersama” Bantu Golongan B40 dan Beri Penghargaan Kepada Petugas Barisan Hadapan – RAMARAMA
© 2024 BlackButterfly DesignArts