Kempen ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ Coway Malaysia Menyatukan Rakyat Malaysia Untuk Melawan Pandemik

Kempen baharu ini bertujuan untuk menyebarkan mesej harapan dan ketabahan pada masa yang mencabar ini

KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2021 – Ketika negara ini meneruskan perjuangan menentang  COVID-19, ramai yang berusaha walaupun menghadapi keletihan dan ketidakpastian dalam menangani cabaran yang timbul akibat pandemik. Dengan semangat ini, Coway Malaysia berikrar untuk terus berdiri seiringan dengan rakyat Malaysia — daripada pegawai kesihatan kepada wira-wira biasa kita yang setia berkhidmat setiap hari — dalam tempoh yang mencabar ini menerusi kempen baharunya ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’.

Kempen ini bertujuan untuk menitikberatkan semangat untuk bersatu sebagai sebuah komuniti bagi mengatasi cabaran yang dihadapi pada masa-masa sukar ini demi membina negara Malaysia yang lebih baik. Pandemik ini terus menimbulkan kesan yang ketara terhadap kesejahteraan, kesihatan dan kewangan seseorang individu. Kempen ini dibina berdasarkan usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) Coway yang memanfaatkan program yang berterusan, membuktikan komitmennya terhadap kesihatan dan kesejahteraan negara dan setiap rakyat Malaysia.

Sempena pelancaran kempen ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ dan mesejnya yang membina semangat, Coway telah melancarkan iklan televisyen baharu yang tidak hanya memaparkan kegigihan petugas barisan hadapan, tetapi juga semangat kebersamaan untuk menyokong komuniti di seluruh negara dalam menangani dan mengatasi cabaran semasa.

“Kerjasama sepasukan dan mengambil inisiatif untuk memberi kesan positif adalah nilai-nilai teras semangat ‘Cowayian’ kami. Tidak kira betapa sukar keadaan yang dihadapi, kita akan mempunyai kekuatan untuk menghadapinya apabila kita bekerjasama sebagai satu pasukan. Kami percaya bahawa kami bertanggungjawab untuk berdiri seiringan dengan rakyat Malaysia dalam menghadapi krisis semasa, dan membantu negara ini menangani COVID-19 — kami akan terus berusaha sehingga ia berakhir,” kata Kyle Choi Ki Ryong, Pengarah Urusan Coway Malaysia.

Coway adalah antara syarikat multinasional pertama yang mengambil inisiatif pada awal pandemik tahun lepas. Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuklah sumbangan wang tunai RM300,000 kepada dana Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); beratus-ratus penulen udara yang dihantar ke lebih daripada 38 hospital awam yang dikhususkan untuk merawat pesakit COVID-19; dan 100,000 keping pelitup muka yang disumbangkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Beribu-ribu kit “Stay Safe” yang terdiri daripada pembersih tangan dan pelitup muka juga diberikan kepada penunggang dan pelanggan GrabFood.

Manakala pada tahun ini, syarikat ini menaja 101 penulen udara Coway kepada empat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega di Lembah Klang untuk membantu Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). Selain daripada sumbangan ini, Coway juga menaja tiga penulen udara dan tiga penulen air kepada Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Bandar Tun Razak di Cheras, bagi memberikan kualiti udara yang bersih dan lebih baik terutamanya di kawasan berisiko tinggi seperti pusat penilaian.

Menyedari betapa pentingnya amalan kebersihan dalam memerangi virus ini, Coway memperkenalkan lima perkhidmatan tambahan baharu untuk pelanggannya tahun lepas, yang menggunakan kaedah pensterilan yang canggih untuk meningkatkan tahap kebersihan di rumah. Coway juga melancarkan perkhidmatan pembasmian kuman kepada orang ramai, dengan Perancang Kesihatan dan Juruteknik Homecare melakukan proses pembasmian kuman di tempat awam seperti sekolah dan kawasan perumahan untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.

Baru-baru ini, Coway telah menyumbang RM400,000 kepada Program Bantuan Bakul Makanan MERCY Malaysia yang membawa manfaat kepada 3,600 keluarga dalam komuniti yang memerlukan. Meneruskan kolaborasinya dengan MERCY Malaysia, Coway juga menyumbangkan enam unit penulen udara kepada inisiatif Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial organisasi itu. Penulen udara itu akan ditempatkan di ruang “kesejahteraan” yang didirikan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang berfungsi untuk meringankan tekanan kerja yang dihadapi oleh para petugas kesihatan.

Choi menambah, “Sejajar dengan visi kami untuk menjadi syarikat Best Life Solution, kami percaya dapat memberikan kesan yang baik dan positif dengan mengubah kehidupan pelanggan, kakitangan dan juga masyarakat secara umum. Kempen ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ hanyalah sebahagian daripada pelan CSR jangka panjang kami di Malaysia, dan kami merancang untuk meneruskan lebih banyak inisiatif dengan capaian yang lebih luas untuk memperkukuhkan kesihatan negara secara keseluruhannya.”

Untuk menonton video ‘Kita Berdiri Teguh Seiringan’ yang menyentuh hati dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang membina semangat ini, layari www.youtube.com/
CowayMalaysiaOfficial
atau www.coway.com.my/westandasone

© 2023 BlackButterfly DesignArts