Kempen For Your Sweetheart Lancarkan Pemeriksaan Diabetes Percuma untuk Rakyat Malaysia, Menekankan Kepentingan Pemeriksaan Diabetes Terutama Ketika Pandemik Covid-19

  • Pesakit diabetes adalah 3 hingga 4 kali lebih mudah mengalami gejala Covid-19 yang serius berbanding mereka yang tidak mempunyai diabetes. 
  • Penganjur Kempen ‘For Your Sweetheart’ menawarkan Pemeriksaan Diabetes PERCUMA di klinik-klinik yang mengambil bahagian di seluruh negara.
  • Ubat-ubatan diabetes tidak mempengaruhi keberkesanan vaksin, dan sebaliknya.

Petaling Jaya, 12 Ogos 2021 – Ketika ini, Malaysia masih lagi memerangi virus Covid-19, dengan lebih dari 11,000 kematian berkaitan coronavirus dicatatkan sejak pandemik bermula di negara ini. Tujuh dari sepuluh orang yang menghidap COVID-19 di Malaysia adalah dari kalangan mereka yang mempunyai penyakit diabetes1. Kajian mendapati bahawa penghidap diabetes adalah 3 hingga 4 kali lebih mudah untuk mengalami gejala COVID-19 yang serius berbanding mereka yang tidak menghidap diabetes2. Pesakit diabetes adalah antara kumpulan yang berisiko tinggi untuk menghidapi virus COVID-19 dan Malaysia kini mempunyai lebih daripada 3.5 juta penghidap diabetes. Namun, masih ramai yang tidak menyedari atau lewat mengetahui yang mereka menghidap penyakit diabetes.

Bagi menekankan keperluan dan merapatkan jurang ini di Malaysia, Kempen For Your Sweetheart menjemput semua rakyat Malaysia untuk menjaga kesihatan diri dan orang tersayang menerusi Pemeriksaan Diabetes PERCUMA di klinik-klink yang mengambil bahagian di seluruh negara. Inisiatif murni dalam memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang hubung kait antara diabetes dan penyakit jantung, dan usaha Pemeriksaan Diabetes Percuma ini mendapat sokongan dari Boehringer Ingelheim dengan kerjasama Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS) dan Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES).

Untuk tahun ketiga, kempen kali ini membawakan Pemeriksaan Diabetes HbA1c Percuma untuk semua rakyat Malaysia. Kesedaran dan pengetahuan sama ada seseorang itu menghidap diabetes adalah langkah pertama untuk pengurusan risiko penyakit jantung yang berkaitan dengan diabetes. Ianya penting apatah lagi ketika keadaan krisis Covid-19 semakin meruncing dan penghidap diabetes dianggap golongan berisiko tinggi. Oleh itu, pengesanan dan rawatan awal adalah penting. Kempen For Your Sweetheart cukup teruja dalam memainkan peranan bagi membolehkan rakyat Malaysia mengesan penyakit diabetes lebih awal menerusi Pemeriksaan Diabetes Percuma.

Mengulas mengenai vaksin Covid-19 untuk pesakit diabetes, Dr Miza Hiryanti Binti Zakaria, Pakar Endokrinologi dan Diabetes, Hospital Tengku Ampuan Afzan berkata, “Untuk memenangi Covid-19, beberapa langkah telah dilaksanakan. Ini termasuk memakai topeng pelindung muka, mengamalkan penjarakan sosial dan yang paling penting adalah dengan mencapai imuniti berkelompok melalui vaksinasi. Kumpulan berisiko tnggi, seperti pesakit diabetes, harus divaksin secepat mungkin. Vaksin direka untuk memprogramkan sistem ketahanan tubuh agar dapat mengenali dan menyekat virus yang menyebabkan Covid-19 dengan selamat.”

Dr Miza turut menyatakan bahawa pesakit diabetes perlu konsult dengan penjaga kesihatan atau doktor mereka sebelum vaksinasi bagi membantu mereka merancang pelan pengurusan hari sakit mereka bagi menangani kemungkinan kesan sampingan vaksin. “Ubat-ubatan diabetes tidak mempengaruhi keberkesanan vaksin, dan begitu juga sebaliknya. Beberapa kesan sampingan boleh menyebabkan turun naik gula dalam darah, maka penting untuk mengetahui bagaimana menangani situasi tersebut dan mendapatkan nasihat perubatan jika diperlukan,” tambah Dr Miza.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendapatkan pemeriksaan diabetes percuma Kempen For Your Sweetheart:

  1. Log masuk ke https://www.foryoursweetheart.my/screen-for-diabetes.php
  2. Pilih negeri semasa anda. 
  3. Skrol dan pilih cawangan/klinik pilihan anda
  4. *Tekan ‘Download’ untu memuat turun baucar anda*
  5. Hubungi cawangan/klinik yang mengambil bahagian untuk membuat temu janji Pemeriksaan Diabetes Percuma
  6. Hadirkan diri di cawangan/klinik yang mengambil bahagian pada hari/waktu temu janji yang dijadualkan untuk Pemeriksaan Diabetes Percuma.

*Setiap cawangan/klinik menawarkan bilangan baucar yang terhad, berdasarkan berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Pemeriksaan Diabetes PERCUMA ‘For Your Sweetheart’ bermula dari Julai sehingga Disember 2021.

Kempen ini turut disokong oleh Douglas Lim, pelakon terkenal, pelawak dan penyampai TV. Saksikan video Douglas di sini: https://www.foryoursweetheart.my/

About For Your Sweetheart Campaign

For Your Sweetheart’ Campaign is a nationwide public awareness and education campaign organized by Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS) and Malaysian Diabetes Educators Society (MDES), supported by Boehringer Ingelheim.

The campaign aims to educate the public, especially those living with diabetes, about the link between diabetes and heart diseases. This campaign also aims to highlight the urgent need for those living with diabetes to take care of their heart health. Patients and their caregivers must know their increased risks of developing heart disease. They are encouraged to speak to their doctors or diabetes educator (DE) to learn how they can protect their heart and prevent heart disease.

Malaysia currently has more than 3.5 million people living with diabetes, and this figure is highest in Asia. Diabetes increases a person’s risk of developing heart disease by 4 times and approximately 50.4% of deaths in people with diabetes were caused by diabetes-related heart disease. Yet, not many are aware of this link between diabetes and heart disease. That is the driving force behind the ‘For Your Sweetheart’ Campaign which has been running for the last three years.

For more information about the campaign or diabetes and diabetes-related heart disease, please log on to https://www.foryoursweetheart.my/

Reference:

  1. KPK Press Statement and National COVID-19 Mortality Review Committee, COVID-19 Mortality Statistics in Malaysia – An infographic by Institute for Clinical Research, cross reference : https://codeblue.galencentre.org/2020/10/13/nih-70-of-malaysias-coronavirus-fatalities-had-diabetes/  [Accessed July 2021]
  2. Gregory JM, Slaughter JC, Duffus SH, et al. COVID-19 severity is tripled in the diabetes community: a prospective analysis of the pandemic’s impact in type 1 and type 2 diabetes. Diabetes Care. 2021;44(2):526-532.
© 2023 BlackButterfly DesignArts