Kempen CSR Tahunan Rohto Eye Care “Sending Love & Care: The Joy of Seeing” Membawakan Visi Penglihatan Kepada Lebih Daripada 7,000 Pelajar

Kempen CSR Tahunan Rohto Eye Care “Sending Love & Care: The Joy of Seeing” Membawakan Visi Penglihatan Kepada Lebih Daripada 7,000 Pelajar

Kuala Lumpur, 25 September 2024 – Rohto Eye Care, peneraju dalam menyediakan penyelesaian penjagaan mata yang inovatif, dengan bangganya mengumumkan kejayaan luar biasa bagi kempen CSR tahunan, “Sending Love & Care: Joy of Seeing.” Tahun ini, Rohto Eye Care menjangkaui 7,500 pelajar dari 5 sekolah rendah, dengan lebih 50% daripada latar belakang kurang berkemampuan, untuk mendidik dan memperkasakan mereka dengan pengetahuan penting mengenai kesihatan mata.

Sekolah penerima manfaat kempen tahun ini termasuk SK Seksyen 20, SK Seri Setia, SK Taman Bunga Raya 2, SK Taming Jaya, dan SK Taman Midah 2. Dengan memberikan tumpuan kepada komuniti ini, Rohto Eye Care memberi impak yang besar kepada pelajar yang mungkin tidak mempunyai akses kepada pendidikan kesihatan mata yang penting.

Kempen CSR Tahunan Rohto Eye Care “Sending Love & Care: The Joy of Seeing” Membawakan Visi Penglihatan Kepada Lebih Daripada 7,000 Pelajar

Rohto Eye Care, dengan kerjasama rakan kongsi yang unggul seperti Watsons, Focus Point Vision Care Group Sdn. Bhd., dan PINTAR Foundation, berdedikasi untuk memupuk masa depan yang lebih cerah untuk pelajar-pelajar ini. Kempen ini termasuk:

  • Ceramah Pendidikan Kesihatan Mata: Wakil daripada Rohto Eye Care telah menjalankan sesi interaktif yang cukup menarik, mengajar pelajar tentang kepentingan kesihatan mata, langkah pencegahan dan amalan penjagaan mata yang sihat.
  • Sesi Pemeriksaan Mata: Pemeriksaan mata secara menyeluruh telah dijalankan untuk mengenal pasti dan menangani sebarang isu sedia ada dengan segera.
  • Penajaan Cermin Mata Preskripsi: Bagi pelajar yang memerlukan bantuan visual, Rohto Eye Care telah menyediakan cermin mata preskripsi secara PERCUMA, bagi memastikan setiap kanak-kanak berpeluang melihat dunia dengan lebih jelas.

Untuk menjadikan pembelajaran tentang kesihatan mata menyeronokkan, kempen ini telah menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik, termasuk:

  • Permainan Mini Berkaitan Penglihatan: Permainan seperti Sematkan Ekor sambil ditutup mata, Permainan Memori Padanan Kad dan Cari Warna Ganjil boleh membantu mengukuhkan pelajaran kesihatan mata dengan cara yang menarik.
  • Pertandingan Melukis dan Mewarna: Menggalakkan kreativiti sambil menekankan kepentingan penglihatan, di mana hadiah telah diberikan kepada pemenang di setiap sekolah.
Kempen CSR Tahunan Rohto Eye Care “Sending Love & Care: The Joy of Seeing” Membawakan Visi Penglihatan Kepada Lebih Daripada 7,000 Pelajar

Lim Mei Yuen, Pengurus Besar Rohto-Mentholatum Malaysia, menyatakan keghairahan beliau terhadap inisiatif tersebut: “Ini adalah tahun ketiga berturut-turut kempen ‘Sending Love & Care: Joy of Seeing’  kami. Bermula dengan hanya dua sekolah pada 2022, ia telah berkembang kepada tiga sekolah pada 2023, dan kini mencapai lima sekolah pada 2024, perjalanan kami ini membuktikan kuasa komuniti dan kerjasama. Kami amat berterima kasih kepada rakan kongsi kami – Watsons, Focus Point dan PINTAR Foundation – atas sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi.”

Penyelidikan menunjukkan bahawa rabun jauh semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak kecil disebabkan peningkatan penggunaan peranti digital. Dengan menyediakan pendidikan dan saringan kesihatan mata, Rohto Eye Care menyasarkan untuk mencegah potensi masalah mata dan meningkatkan kualiti hidup pelajar-pelajar ini, sambil memastikan mereka mendapat permulaan yang terbaik dalam hidup.

Pembiayaan untuk kempen “Sending Love & Care: Joy of Seeing” dijana melalui inisiatif unik: di mana RM1 daripada jualan setiap produk Rohto Eye Care di Watsons pada Jun 2024 telah disumbangkan kepada kempen tersebut. Usaha yang didorong oleh komuniti ini mengetengahkan kuasa kolektif sumbangan kecil untuk mencipta perubahan positif yang ketara.

Kempen CSR Tahunan Rohto Eye Care “Sending Love & Care: The Joy of Seeing” Membawakan Visi Penglihatan Kepada Lebih Daripada 7,000 Pelajar

Rohto Eye Care komited untuk meningkatkan kualiti hidup melalui penyelesaian penjagaan mata yang inovatif. Dengan memberi tumpuan kepada pendidikan dan sokongan daripada masyarakat, Rohto Eye Care berusaha untuk memberi impak yang berkekalan kepada kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, memastikan masa depan yang lebih sihat dan cerah untuk semua.

© 2024 BlackButterfly DesignArts