Kempen Ang Pow Melampow Yoodo Menanti Anda

Lebih Banyak Ganjaran Daripada Sebelumnya Dengan angpow 80GB PERCUMA!

Kuala Lumpur, 6 Januari 2023 – Tahun Baharu ini membuka tirainya dengan membawa lebih keseronokan kepada anda kerana Yoodo, perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital, melancarkan kempen AngPOW MelamPOW! Kempen ini menawarkan 80GB angpow PERCUMA kepada semua pelanggan yang beralih kepada Yoodo daripada talian telco mereka yang lain (‘Port-In’) dari 6 Januari 2023 hingga 28 Februari 2023.

“Dalam budaya masyarakat Cina, arnab dikenali sebagai haiwan yang paling bertuah dari dua belas haiwan dalam kalendar zodiak. Sempena ketibaan tahun 2023, kami di Yoodo ingin menyebarkan tuah dan kemakmuran bersama pengguna kami serta menyambut tahun baharu ini dengan tawaran perayaan yang menarik. Dengan kempen AngPOW MelamPOW, pengguna kami akan menikmati penjimatan eksklusif dengan tawaran ‘ONG-some’ kami,” kata Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Kempen AngPOW MelamPOW bertujuan untuk menggalakkan pelanggan menukar talian mudah alih mereka kepada Yoodo untuk menikmati ganjaran 80GB percuma. Untuk menyertai kempen ini dan meraih ganjaran itu, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Yoodo, menempah SIM, kekal nombor asal dan menukarnya kepada Yoodo. Seterusnya, pelanggan perlu membuat tambah nilai RM38 minimum dalam satu transaksi dalam tempoh 8 hari selepas menerima pemberitahuan kempen daripada Yoodo melalui e-mel dan aplikasi Yoodo. Itu sahaja! Usai melakukan langkah-langkah ini, anda kini boleh menikmati 80GB AngPOW MelamPOW.

Pecahan angpow 80GB adalah seperti berikut:

  • Data Berkelajuan Tinggi 20GB – membolehkan pengguna melayari internet mengikut kemahuan mereka!
  • 20GB TikTok Add-On – membolehkan pengguna menyerlahkan kreativiti mereka menerusi video yang menarik dan menyeronokkan!
  • 20GB PUBG Mobile Add-On – membolehkan pengguna merasai pengalaman tempur secara maya dengan rakan mereka!
  • 20GB Boost Add-On – membolehkan pengguna memastikan eWallet mereka kukuh untuk menerima e-Angpow daripada saudara-mara pada Tahun Baru Cina ini!

“Di Yoodo, kami sentiasa berusaha untuk melibatkan diri dengan pengguna melalui cara yang kreatif sambil menawarkan nilai sebenar kepada mereka. Melalui kempen ini, kami boleh memberi penerangan tentang cara mudah untuk pengguna beralih kepada Yoodo. Apa yang perlu mereka lakukan ialah menggunakan aplikasi Yoodo kami untuk beralih daripada pembekal perkhidmatan mudah alih mereka. Ini yang dimaksudkan dengan kemudahan dan keselesaan yang disediakan oleh platform kami, dan secara idealnya, pengguna kami akan merasakan perkara yang sama, tambah Chow Tuck Mun.

Apa yang anda tunggu lagi. Kini, anda boleh menikmati semua data yang diperlukan untuk melayari laman sesawang, bermain permainan dalam talian, membeli-belah dalam talian dan banyak lagi. Berpisah dengan syarikat telekomunikasi anda dan beralih ke Yoodo hari ini!

Untuk maklumat lanjut tentang kempen AngPOW MelamPOW Yoodo, sila layari https://www.yoodo.com.my/cny2023.

© 2024 BlackButterfly DesignArts