You are currently viewing Kementerian Pengangkutan Menyokong Pelan Pembangunan Untuk Sektor Pengangkutan Berdaya Tahan Di Malaysia

Kementerian Pengangkutan Menyokong Pelan Pembangunan Untuk Sektor Pengangkutan Berdaya Tahan Di Malaysia

  • Post category:Teknologi

redBus bakal menerajui masa depan yang lestari menggunakan penyelesaian inovatif untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dengan sokongan daripada Kementerian Pengangkutan

Kuala Lumpur, 18 Julai 2022 – Malaysia kini sedang bersiap sedia untuk beralih ke era pendigitalan secara menyeluruh disebabkan oleh pandemik bagi memanfaatkan keadaan ini sepenuhnya. Statistik terkini membuktikan bahawa 80% rakyat Malaysia adalah pengguna internet yang aktif, dan 94% daripada mereka yang berada di kawasan bandar lebih menggemari transaksi digital berbanding wang tunai dan cek. Perkembangan digital ini telah meluaskan lagi peluang bagi pelbagai industri di Malaysia, termasuk sektor pengangkutan, bagi menyediakan inovasi digital yang mampu mempertingkatkan keselesaan pengguna.

Sejajar dengan perkembangan ini, platform e-tiket bas terbesar dunia, redBus, kini bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi memperbaiki kaedah pengangkutan rakyat Malaysia dengan melaksanakan peralihan sistem bertaraf antarabangsa yang lebih sistematik dan lestari. Pada Perjumpaan Operator Bas 2022 baru-baru ini, Prakash Sangam, Ketua Pegawai Eksekutif redBus telah mengetuai perbincangan bersama Krishnan Ramaswami, Naib Presiden Kanan – Asia Tenggara Bisnes redBus, bersama Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, telah menegaskan rancangan komprehensif mereka yang bakal memberi kesan melalui sejumlah produk baru dan bagaimana ia akan membentuk semula sektor pengangkutan di Malaysia.

Kementerian Pengangkutan Menyokong Pelan Pembangunan Untuk Sektor Pengangkutan Berdaya Tahan Di Malaysia
Yang Berhormat Dato Henry Sum Agong, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia

“Pertemuan kami dengan salah satu pemimpin negara adalah bertujuan untuk menguraikan visi masa depan pengangkutan antara bandar di Malaysia, supaya kami dapat bekerjasama untuk mengadaptasi penyelesaian yang kreatif untuk masa depan industri ini. Semenjak pasca pandemik ini, kami telah melihat trend yang jelas bahawa rakyat lebih suka membeli produk dan perkhidmatan atas talian. Industri pengangkutan juga dapat memperoleh keuntungan yang lebih jika lebih perhatian diberi pada medium atas talian yang berlaku sekarang, ”kata Prakash ketika pertemuan itu.

“Kerajaan komited untuk memastikan rakyat dapat bergerak dengan selamat, efisien dan mampan, bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan juga menampung ekonomi yang kompetitif. Untuk tujuan ini, kami mengalu-alukan segala usaha yang dikemukakan untuk mengurangkan masa pengguna di kaunter bas dan terminal, promosi tempahan nirsentuh dan perjalanan menggunakan e-tiket yang memudahkan perjalanan penumpang, tempahan pelbagai perjalan menggunakan satu pembelian tiket dan banyak lagi. Saya gembira kerana rancangan inovatif redBus telah menunjukkan komitmen terhadap keselamatan dan kemudahan penumpang yang selaras dengan apa yang ingin dicapai oleh kerajaan, ”kata Yang Berhormat Dato Henry.

redBus juga membincangkan beberapa penyelesaian inovatif mereka untuk masa depan pengangkutan di Malaysia, antaranya termasuk Bus Pass untuk pembelian tiket secara pukal, pelancaran perkhidmatan feri untuk pelanggan redBus dan tempahan terakhir untuk membolehkan perjalanan kecemasan dalam masa yang singkat menggunakan e-tiket.

“Lebih ramai rakyat Malaysia kini yakin dan bersedia untuk menggunakan bas sebagai mod pengangkutan antara negeri di mana permintaan tinggi dapat dilihat semasa musim perayaan Raya Aidiladha, yang akan meningkatkan komitmen kami untuk memberi pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan lebih mudah kepada rakyat Malaysia,” simpul Prakash.